. Clara menatap lama suasana bandaraya yang begitu sibuk walaupun di malam hari.
Peristiwa di siang tadi masih terngiang di mindanya.
Tanpa disedari satu senyuman manis terukir di bibir si gadis.
"Mungkin cinta pertama awak telah pergi .
Tetapi masih ada ruang untuk cinta kedua bukan?" Bisik hati kecil si gadis.
Tangan kanannya menopang dagu.
Penghadang balkoni digenggam erat menggunakan tangan kiri.
Apartment yang sunyi sepi menandakan yang kebanyakan penghuninya telah tidur diendahkan sahaja.
Angin malam di sedut rakus .
Setiap tamparan lembut daripada angin malam itu pula dihayati dengan penghayatan.
"Tiada yang mustahil untuk saya menyelit di hati awak.
" "Mungkin kita telah tercatat untuk bersama" "Setelah sekian lama 'tidur' awak dah banyak berubah" "Irdy saya cintakan awak.
Cinta yang sama namun dengan perwatakan yang berbeza.
Cinta saya tak akan berkurang walaupun kita telah lama terpisah" "Saya harap awak dapat terima kehadiran diri saya yang baru ni" "Hmm.. T.
F.
A" Lamunan Clara terhenti seketika apabila bunyi deringan daripada telefon rumahnya berbunyi kuat.
"Hmm? Siapa pula call aku malam buta ni?" Ganggang telefon rumah yang tidak jauh daripada balkoni bilik di gapai.
"Hello? Siapa di sana?" * Sebuah gudang lama yang dikawal ketat oleh beberapa orang lelaki berbadan tegap menarik perhatian Naim yang bersama dengan sniper kesayangannya itu.
"Okey Done! " Ujar jejaka itu melalui earpiece.
Cantius tersenyum sinis.
"Rin, kau dah sedia?" Tanya dia penuh ketegasan di dalam nada bicara .
Rin yang berada tidak jauh daripada kawasan gudang lama itu menyahut pendek .
Bilah belati yang berkilat di lagakan sesama sendiri.
" Nadim status sekarang?" Tanya Rin pula bersama segihan yang tidak lekang di bibir.
" Dua orang bawahan Sheng tengah ke bulan tu, dua lagi tengah lalai main judi tapi tu dekat bahagian dalam.
Bahagian luar pula boleh tahan banyak" Amril mengetap gigi mendengar penerangan daripada Nadim itu.
"Aku ingatkan yang di luar tadi" Kedengaran Naim merungut di balik corong earpiece.
"Tunggu apa lagi?! Serang sekarang!" Arah Cantius apabila matanya menyedari ada peluang untuk mereka menembus masuk ke dalam gudang pemprosesan dadah itu.
"Gila! Kerja gila!" Kutuk Rin di seberang gudang.
Namun kakinya tetap juga di bawa melangkah.
* Arshad meraup wajahnya.
Peristiwa di siang hari tadi membuatkan dirinya hampir hilang kewarasan diri.
"Apa yang kau fikir ni Shad.
Dia bukan Ashikin dia Clara.
" Jejaka itu mengusutkan rambut perang miliknya.
Serabut! Bayangan Ashikin selalu saja menempel pada Clara.
Gadis berkaca mata itu sungguh seiras dengan arwah Ashikin!
Sumber:Internet