Gelap

Kembar Ku Dari Neraka 52

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kembar Ku Dari Neraka 52

. Arshad meletakkan tubuh Clara penuh berhati hati di atas tilam biliknya.
Wajah keletihan milik si gadis di tatap lama lalu tangannya mengelus lembut pipi Clara.
"Erk, awak jangan tinggalkan saya.
" Pinta Clara dalam keadaan mata terpejam.
Tangan Arshad yang mengelus pipinya di genggam erat.
Arshad mengerutkan dahinya.
Jari jemari Clara yang memegang tangannya di tarik perlahan lalu di letakkan di atas perut si gadis.
"Shhhh.. Tido je.
Aku tak ke mana mana pun.
" Bisik Arshad.
Punggung di angkat.
Dia penat, mahu berehat seketika.
Namun begitu langkahnya terhenti apabila tangannya di gapai oleh Clara yang masih terpejam matanya.
Dengan hanya sekali rentap, Arshad kembali terduduk malah jejaka itu hampir sahaja mencium si gadis kerana kekurangan keseimbangan badan.
"Hey, tido je lah.
Jangan tarik tangan aku.
" Ujar Arshad dalam nada kepenatan.
Kelopak mata Clara perlahan lahan terbuka.
Dada bidang Arshad di tolak perlahan, sehingga jejaka itu terbaring di atas tilam.
"Kau nak buat apa nih?" Tanya Arshad hairan.
Hatinya mula berasa sesuatu yang buruk bakal terjadi.
"Jadikan saya milik awak," Bisik Clara sambil meniup lembut telinga Arshad.
Jejaka bermata biru kristal itu jelas tersentak.
Tanpa sebarang amaran, dia menolak badan Clara.
Kini giliran dia pula menindih Clara.
Jelas wajah Clara tidak suka dengan posisi dia sekarang ini.
Raut wajahnya yang kian memerah berserta dengan peluh dingin yang semakin banyak merembes keluar membuatkan Arshad mengetahui sesuatu.
"Ciss, dorang suntik kau dengan pil perangsang.
" Bisik hati kecil jejaka itu.
Tanpa sempat di ramal, Arshad yang pada ketika itu mengelamun telah pun tersalah tingkah.
Badannya sekali lagi di tolak.
Clara mengepung jejaka itu menggunakan kedua tangannya.
" Awak.. Kenapa tinggalkan saya? Kenapa tinggalkan saya sorang sorang? Kenapa? Hiks.. Hiks.. Hiks.." Tangisan Clara pecah.
Air matanya jatuh menitis membasahi wajah jejaka bermata biru kristal itu.
Arshad tersenyum kelat.
Hairan melihat si gadis yang beria menangis itu.
Tangan kanannya naik mengusap air mata yang tumpah itu.
" Sejak bila aku tinggalkan kau?" Tanya Arshad lembut.
Rambut merah kehitaman milik Clara di selitkan pada telinga si gadis.
"Tadi, semalam, dulu .." Clara kehilangan keseimbangan apabila tangisan semakin kuat.
Dia memeluk tubuh badan tegap milik Arshad.
Pelukan semakin erat! Arshad mula berasa tidak selesa apabila tangan kecil milik Clara membuka satu persatu butang baju kemeja miliknya.
" What are you doing girl ? " Badan Clara ditolak kuat! Dada jejaka itu berombak kuat.
Perbuatan Clara benar benar mencabar imamnya.
Manakala Clara pula mula bertindak agresif.
Sekali lagi si gadis menindih Arshad.
Tanpa segan silu dia menggigit leher jejaka itu.
" Arghhh! Kau gigit aku!" Jerit Arshad.
Clara tersenyum menggoda.
Pipi kanan jejaka bermata biru kristal itu di usap perlahan.
Deruan nafas Arshad sudah tidak menentu, tatapan menggoda daripada Clara nyaris meruntuhkan imamnya.
Tetapi kelakuan jejaka itu cuba di kawal.
Laci meja yang terdapat berhampiran dengan birai katil di tatap lama.
Terbit sebuah senyuman sinis di hujung bibirnya jejaka itu.
Tanpa mempedulikan Clara yang semakin liar, Arshad mencuba mengapai laci meja.
"Awak nak ke mana? Awak nak tinggalkan saya lagi?" Tanya Clara dalam nada berbisik apabila dia menyedari tubuh badan Arshad perlahan lahan bergerak ke suatu arah.

Sumber:Internet