Gelap

Kembar Ku Dari Neraka 53

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kembar Ku Dari Neraka 53

. Arshad berjalan perlahan menuju ke arah sebuah bilik.
Sampai sahaja dia di bilik itu, pintu besi di buka oleh salah seorang anak buahnya.
Anak mata yang berubah hitam kelam menunjukkan sisi dia yang satu itu.
"Let's play.
" Bisik hati kecil jejaka itu.
Dibalik pintu besi itu terdapat sebuah ruangan, agak luas tetapi penuh dengan bau hanyir.
Malah di dalam bilik itu juga terdapat pelbagai alatan siksaan untuk 'mangsa' jejaka bermata biru kristal itu.
"Amacam, best tak duduk sini?" Tanya Arshad penuh dengan nada sinis.
Sudah sebulan lelaki yang berada di hadapannya dikurung tanpa diberi makan dan minum.
Malah susuk tubuh lelaki itu semakin susut.
Susuk seorang lelaki mendongak lemah kepalanya.
Riak wajah ketakutan jelas terpamer, membuat tawa sinis Arshad terletus.
"Tahu pula kau takut.
Cari pasal dengan aku tak pula kau fikir akibatnya.
" Arshad duduk mencangkung di hadapan susuk tubuh itu.
Pelbagai luka torehan serta lebam yang berada di merata tempat pada tubuh lelaki itu ditatap sinis.
"Lepaskan aku Shad.
A.. Aku minta maaf.
Aku ja.. janji tak kacau kau lagi.
" Suara serak lelaki itu membuatkan wajah Arshad menegang.
"Pernah ke kau dengar, ketua Black Knight lepaskan mangsa dia? OH, lepas kau dah buat taik dekat aku, kau nak lari macan tu je?" Rambut lelaki itu cengkam kuat.
Manakala lelaki itu pula menggeleng kuat! Tidak pula dia menyangka kerjanya yang menculik gadis Arshad itu akan berakhir dengan siksaan daripada lelaki syaitan dihadapannya.
" Aku minta maaf Shad.
Aku-" Wajah Malik di toreh tanpa rasa bersalah.
Meraung lelaki itu dibuatnya! Pisau yang digunakan hanya kecil saja saiznya, namun tajamnya tiada siapa yang tahu.
Arshad tersenyum sinis! Tangannya bertindak menekan lebih dalam lagi pisau bersaiz kecil itu.
Raungan daripada Malik ditatap sepi.
Badan Malik yang dipenuhi pelbagai kesan torehan berombak kencang! Sakit yang teramat pada wajahnya menambah lagi kesakitannya.
Satu garisan panjang pada wajah Malik ditatap dengan tatapan kosong.
Lalu tanpa sebarang amaran, Arshad mencungkil biji mata Malik.
Pisau yang bersaiz kecil tadi di cucuk ke dalam mata kanan milik Malik, laluย  Arshad menarik selamba.
Darah membuak buak keluar! Badan Malik menggelupur kesakitan.
Perit yang dirasakan hampir memutuskan nyawanya.
"Aku tak puas lagi.
Lucas, Lee angkat laki ni.
Letak dekat tempat biasa.
" Arah Arshad dingin.
Lucas dan Lee yang kebetulan berada di situ mengangguk patuh.
Badan tidak bermaya Malik di angkat.
Sebuah katil besi di tuju.
Tanpa menghiraukan keadaan Malik yang telah pun tercedera teruk, mereka berdua menghempas kuat badan lelaki itu.
"Arghhh!" Raungan Malik hanya diendahkan saja.
Kedua tangan Malik di ikat menggunakan besi yang telah disediakan di setiap penjuru katil.
Begitu juga kaki.
Malik meronta ronta dengan kudrat yang masih tersisa.
Senyuman sinis Arshad yang semakin melebar membuatkan dia tahu.
Nyawanya pasti akan melayang sebentar lagi.
"Kau nak tahu sesuatu tak?" Tanya Arshad bernada psiko.
Malik menggeleng kuat! Tidak sanggup mengetahui 'sesuatu' yang dimaksudkan oleh Arshad itu.
Arshad tersengih.
Menampakkan gigi taringnya.
" Kau dah sentuh 'permata' aku.
Kau patut tahu akhir jalan 'cerita' kau.
" Ujar Arshad berkias.

Sumber:Internet