Gelap

Kembar Ku Dari Neraka 54

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kembar Ku Dari Neraka 54

. Langkah kakinya semakin dilajukan.
Perasaan takut menyelubungi dirinya.
Beberapa orang lelaki bertubuh gempal dan tegap tidak berhenti mengejarnya sedari tadi.
Malah dia telah pun memasuki kawasan hutan! Jauh dari bandar dan jauh daripada orang ramai.
Nafas yang telah pun tercungap cungap diendahkan.
Nyawanya lebih penting! Sekiranya dia di tangkap, pasti hidupnya bakal berakhir dengan siksaan kejam.
Derapan kaki berlari tanpa arah tuju di dalam hutan itu.
Tanpa ada rasa ingin menoleh ke belakang, dia meneruskan larian.
Kaki yang telah pun melecet, tidak dihiraukan.
Malah hampir kesemua badannya terkena dedaunan tajam di dalam hutan itu.
Sehingga meninggalkan kesan merah pada badan .
Namun mujur saja pada ketika itu, sang purnama menjadi peneman, jadi tidaklah dia sukar mahu melihat jalan.
"Kejar dia.
" "Pastikan perempuan tu dapat nanti!" "Boss nak perempuan tu segera.
" Jeritan suara garau daripada lelaki yang mengejar, membuatkan tubuh badan dia menggigil hebat! Sehingga tanpa sedar, ada akar pokok besar di hadapan.
BUK Dia jatuh tersembam ke tanah.
"Dia dekat sini!" "Cepat datang sini.
" "Siaplah kau perempuan!" "Berani kau khianat boss.
" Dia telah pun mengalirkan air mata ketakutan.
Kakinya yang terseliuh, menyukarkan pergerakan badan.
" Tak, Jangan dekat!" Pekik dia ketakutan.
Lelaki yang mengejar dia hanya tersenyum sinis.
Pekikan dia diendahkan, lalu tangan dia di ikat ketat.
* Tubuh badan Afifah di tolak kuat sehingga membuatkan gadis itu meluru di hadapan seorang gadis seksi.
" Berani kau khianat aku!" Tengking gadis di hadapan Afifah.
Afifah mengetap bibir.
Segala luka pada tubuh badannya kerana dedaunan tajam didalam hutan tadi menyukarkan pergerakan badannya .
"Tch, kau betul betul mencabar kesabaran aku Fifah!" Rambut Afifah di tarik kuat sehingga dia mendongak ke atas.
"Sakit! Tolonglah Zana lepaskan aku! Lupakan Arshad.
Dia tak nak kau! Biarkan dia hidup gembira.
Sudah cukup dia menderita sebab kehilangan Ashikin dulu.
" Nafas Afifah berombak kencang.
Zana dihadapan tergelak sinis.
"Aku tak akan lepaskan target aku.
Kau pula!" Jari runcing Zana tepat dihalakan ke mata Afifah.
"Aku jual kau!" Afifah tergamam.
Air mata yang sedari tadi bertakung, mengalir juga akhirnya.
"Zana tolonglah.
Kita kawan.
Sanggup kau buat aku macam ni?" "Ada kau nampak muka aku kesah? Pelanggan aku dah tunggu dekat luar tu.
" Afifah menggigit bibir, tangannya yang terikat sedaya upaya di geselkan agar ikatan boleh di buka.
Namun hampa.
Ikatan pada tangannya terlalu ketat! "Lepaskan aku! Zana lepaskan aku!" Jerit Afifah.
Zana yang berjalan keluar daripada bilik kurungan di tatapan penuh pengharapan, agar kawan dia itu mahu membantu buat kali yang terakhir.

Sumber:Internet