. "Ashikin? Kamu ke tu nak?" Suara Datin Sri Tengku Maisara menarik perhatian Clara yang berada di belakang badan Adrian.
Clara tersenyum kelat.
"Bawak anjing anjing lelaki bodoh ni.
keluar.
" Arah Clara bersahaja.
Amril dan beberapa anak buah Gadis Musang Berekor Sembilan mengangguk, patuh.
Anak buah Adrian yang bergelimpangan mati di bawa keluar.
" Clara siapa sebenarnya kau? Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku ke?" Tanya Arshad bertubi tubi.
Mindanya diserang pelbagai persoalan.
" Saya hanya manusia biasa yang diarahkan untuk membunuh.
" Ujar Clara dingin.
Arshad tersenyum kelat.
Tidak menyangka akan penerangan gadis itu.
"Dan untuk Datin, Maaf Saya Bukan Ashikin.
" Arshad dan beberapa orang ahli keluarga jutawan itu tersentak.
Wajah yang begitu seiras dengan Hana ditatap lama.
Pelbagai soalan bermain di minda keluarga itu.
"Jadi kamu siapa?" Kini giliran Dato Sri Tengku Haikal pula menanya.
"Seperti yang saya cakap tadi, saya hanya pembunuh.
Pembunuh yang diarahkan untuk membunuh.
" Jawab Clara bersama tatapan kosong.
Amril menggeleng kepala melihat Clara yang seakan hilang pedoman hidup.
* Di dalam sebuah bilik pula, seorang gadis berpakaian seksi memasuki bilik itu dengan cara melalui balkoni bilik yang tidak terkunci pintunya.
Senyuman sinis terlakar di bibir, apabila matanya menangkap sosok seorang bayi perempuan yang baru sahaja melihat dunia itu.
Amani yang baru sahaja terlena kerana keletihan terjaga semula apabila badannya di sentuh seseorang.
Seseorang yang tidak dia kenali.
Anak mata kelabu bayi perempuan itu menatap lama wajah gadis yang sedang mendukungnya.
"Jadi kau lah cinta hati Afiq dengan Hana.
Interesting, tapi sayang hidup kau tak lama budak.
Sebab kau, kawan aku mati!" Gadis itu bersuara sinis.
Tangannya naik mencekik leher bayi perempuan itu.
Amina, bayi perempuan yang menjadi mangsa deraan si gadis mula mengalirkan air mata.
Mulut kecil bayi itu sudah pun tercebik cebik.
" Uweek.. Uweek.. Hiks.. " Tangisan bayi itu pecah.
Bibirnya yang kian membiru membuat si gadis tersenyum gembira.
"Berani kau sentuh anak saudara aku!" Jerit seorang lagi gadis berhoodie hitam dan merah.
Si gadis yang menjadi pendera tadi tersenyum sinis.
Tidak gentar mahu berhadapan dengan gadis di hadapannya itu.
" Of course berani, nak bunuh orang kena berani.
" Sinis dia menjawab.
Si gadis musang berekor sembilan mengetap bibit.
Samurai yang berada di tangan digenggam erat! Siap untuk melibas dan memotong! " Pergi mampus dengan confiden kau tu! " Tangannya melibas leher gadis itu tanpa sebarang rasa kasihan.
Manakala bayi yang berada di dalam dukungan si gadis di ambil.
Amani yang tidak mahu berhenti menangis di dodoikan bersama dengan alunan zikir.
Bayi itu jelas sekali selesa di dalam dakapan si gadis musang berekor sembilan itu.
Si gadis tersenyum kecil.
Kepala Zana, gadis yang hampir membunuh anak saudara itu di ambil, manakala tangan kanannya mendukung Amani yang elok terlentok pada dadanya.
Sumber:Internet