. Lama tatapan tajam itu menatap wajah suci Ashikin.
Marah, geram, sakit hati, semua terbuku di hati.
Tidak mahu dia berkongsi dengan sesiapa akan hal yang berkaitan dengan hati ini.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?"Tanya Ashikin takut.
Kepalanya sedari tadi tidak tenang untuk bergerak.
Ada saja tempat yang mahu dilihatnya.
" Kau suka? Suka buat aku risau macam ni ? Suka sangat kau tengok aku jadi macam ni ? " Tanya Arshad.
Ingin saja dia meluahkan segalanya yang terbuku di hati.
Namun apakah daya, ego melebihi segalanya.
Ashikin mengetap bibir.
Menyesal.
Perkataan itu sedari tadi berlegar di kepalanya.
" Tak, tapi saya-" " Banyak kau punya alasan.
Tak cukup kau pergi tinggalkan aku dulu!" Arshad menggeleng kuat kepalanya.
Gadis di hadapannya sudah jauh berubah.
Tidak seperti dulu, yang kasar dan dingin.
Ashikin menghela nafas berat.
"Okey, kalau awak dah tak suka saya bagi alasan banyak banyak, senang je.
Bagi saya pergi.
Saya dah tak tahan dengan cemuhan awak tu.
" Luah gadis itu bersama air mata yang mengalir jatuh.
Arshad mengetap bibir.
"Then go! Buat apa tunggu lagi?" Sinis Arshad bersuara.
Tanpa menunggu lama, Ashikin melangkah meninggalkan Arshad yang berada di taman belakang rumah keluarganya.
"Ibu! Nak pergi mana?" Suara anak kecil menghentikan langkah Ashikin.
Kepala di toleh ke arah pintu rumah.
Kelu lidah Ashikin apabila terpandang air mata yang mengalir di pipi anak gadisnya itu.
"Dhiah sayang, ibu tak ada pergi mana mana pun.
" "Ibu tipu! Ayah suruh ibu pergi! Ayah dah tak sayang Ainul ke? Sebab tu suruh ibu pergi!" Kanak-kanak kecil itu mengalirkan air mata.
Arshad tersentak.
"Siapa hantar Ainul balik sini?" Tanya Arshad lembut.
Ainul menggeleng kepala kuat.
"Ayah jahat! Jahat! Jahat!" Pekik kanak-kanak kecil itu.
Kakinya dibawa berlari ke luar kawasan rumah agam itu.
"Allah! Ainul! Ainul nak ke mana tu?" Ashikin sudah gentar.
Jantungnya sudah berdetak tidak keruan.
" Kalau awan tak suka saya, tak payah kecewakan Ainul!" Marah Ashikin.
Tanpa berlengah tubuh tegap milik Farhan yang menghalang laluan di tolak kasar.
Langkah kecil Ainul dituruti.
" Kalau kau tak suka adik aku jangan buat dia macam tu.
Just go.
Jangan letak harap tinggi macam ni.
2 Tahun Shad, 2 tahun.
Dia tunggu kau.
Sampai sanggup bergadai nyawa semata-mata nak lindungi keluarga ni.
Bila musuh dah tak ada, kau layan dia macam ni pula.
Mana rasa belas kasihan kau? " Ujar Farhan sedikit sebanyak memberi nasihat kepada jejaka bermata biru kristal itu.
" Tapi perlu ke sampai palsukan kematian? " Nada suara Arshad sengaja ditekankan.
" Masa tu, kau belum lagi berkuasa sepenuhnya ke atas Black Knight.
Kalau boleh nak aje aku minta tolong kau.
" Ujar Farhan datar.
Arshad mengetap bibir mendengar jawapan muhasabah Farhan itu .
Tanpa berlengah dia beredar, sebelum berlalu pergi, sempat dia berbicara sesuatu.
" Dia milik aku! " Farhan menggeleng kepala perlahan.
Sudah suka, katakan saja.
* Ainul berhenti berlari.
Tertunduk kanak-kanak kecil itu kerana keletihan.
Dada si kecil itu kelihatan berombak kencang saja.
Sumber:Internet