. " Aku terima nikahnya Tengku Farah Ashikin Binti Dato Sri Tengku Haikal dengan mas kahwin sebanyak RM 5,000 ringgit, tunai.
" " Sah?" " Sah.
" Arshad menghembus nafas lega.
Kedua tangannya ditadah, untuk mengaminkan doa yang dibaca.
Setelah selesai doa dibacakan, dia bergerak ke arah pelamin kecil yang telah tersedia di ruang tamu rumah.
Seorang gadis yang sedang menanti Arshad di pelamin kecil itu pula tersenyum kecil, air matanya yang mengalir dikesat lembut.
Di tubuhnya pula tersarung baju kurung moden berwarna putih sewarna dengan tudung yang dipakainya.
Anggun saja penampilan si gadis itu.
Arshad melutut di hadapan gadis itu.
Sebentuk cincin disuakan ke hadapan gadis itu.
Si gadis pula tersenyum manis.
Tangan kanannya juga turut disuakan.
Jari manisnya disarungkan cincin itu.
Wajahnya merona merah apabila tiba gilirannya pula untuk menyarungkan cincin berwarna emas itu pada jari manis milik Arshad.
Suaminya.
Beberapa kerdipan cahaya daripada kamera yang digunakan oleh jurukamera merakam gambar perkahwinan CEO terkenal itu.
Malah ada di antara mereka mengusik pengantin baru itu.
" Terima kasih terima aku dalam hidup kau.
" Bisik Arshad lalu mengucup dahi isterinya.
Si gadis hanya terdiam.
Kini hidupnya sepenuhnya bergantung pada si suami.
Zaman bujang dia telah tamat, dan sudah tiba masanya untuk membina masjid untuk kehidupannya yang akan datang.
" Yeah! Masa untuk bergambar dengan keluarga!" Jerit salah seorang anak buah Arshad yang ditugaskan sebagai jurukamera.
Arshad mengangguk perlahan.
Tangan isterinya ditarik lembut untuk berdiri.
Setelah itu, ahli keluarga mereka datang mendekati bersama senyuman bahagia.
Mungkin ini pengakhiran jalan hidup jejaka bermata biru kristal itu.
"Senyum!" Ahli keluarga Arshad dan juga si isteri mengikuti arahan tersebut .
Kebahagiaan majlis perkahwinan itu disaksikan oleh seseorang.
Senyuman sinis menghiasi bibir.
Busur serta anak panah di genggam erat.
Sedia pada bila bila masa sahaja untuk dilepaskan.
" SLUPPP!" Anak panah itu dilepaskan tanpa sebarang perasaan .
Di tanpa mengerikan lagi anak panah itu tepat pada sasaran , menjamah jantung si isteri yang baru sahaja dinikahi oleh Arshad.
Suasana berubah riuh.
Si isteri rebah ke dalam dakapan Arshad.
Baju pengantin yang tadinya putih berubah merah.
Malah keadaan pada masa itu tidak terkawal.
Arshad terduduk di atas lantai.
Anak panah yang menembusi jantung isterinya di genggaman erat.
Dia terpaku seketika melihat keadaan isterinya yang baru sahaja dinikahi itu.
"Maaf.
Nampaknya sekali lagi saya akan tinggalkan awak.
" Bisik isterinya.
Arshad menggeleng kepala kuat.
Air mata jantannya mengalir.
" Tak! Tak! Jangan sekali lagi.
Aku tak nak kehilangan kau lagi! Open your eyes Ashikin.
" Arshad menjerit panik.
Ashikin, isteri kepada Arshad itu hanya tersenyum lemah sebagai balasan.
Anak panah yang menusuk tepat pada jantung itu menarik semua tenaga yang dia miliki.
Malah kesakitan itu kian menusuk.
Dia tidak mampu menahan lagi.
Mungkin kini, tiada lagi peluang kedua untuk dia.
"Jaga Ainul baik-baik.
" Bisik Ashikin sambil mengusap lembut pipi suaminya.
Arshad menggenggam tangan Ashikin yang sedang mengusap pipinya itu.
Keadaan itu seakan hanya milik mereka berdua sahaja pada ketika itu.
Sumber:Internet