. ❤️ARASH❤️ Bibir hangat Arshad mencium lama dahi milik isterinya yang telah sah beberapa minit yang lalu.
Jelas kelihatan di tubir mata isterinya itu mengalihkan mutiara jernih.
Percikan cahaya daripada kamera yang digunakan oleh jurugambar merakam segala detik detik indah mereka berdua pada hari itu .
Malah tidak kurang juga usikan nakal dari sanak saudara daripada kedua pihak pengantin tersebut.
" Arshad sudah, korang berdua bila lagi? " Tanya Yazid yang turut hadir di majlis perkahwinan boss besarnya.
Amril mencebik manakala Ameer menjulingkan matanya ke atas.
Tidak suka akan soalan tersebut.
" Esok esok.
" Jawab Ameer acuh tak acuh sahaja.
Yazid tertawa kecil.
Suka mengusik lagaknya.
" Kau tanya kita orang ni, macamlah kau tu dah ada calon.
" Sinis Amril.
Yazid terdiam.
Tiada jawapan untuk soalan tersebut.
Kedua kembar tersebut tergelak sinis.
Suka melihat lelaki dihadapan mereka itu terdiam membisu.
" Gelak, gelak.
Aku bagi sekali kang padan muka kau.
" Buku lima ditayangkan dihadapan kembar berdua itu.
Makin kuat gelak ketawa kedua kembar apabila sempat menangkap riak wajah Yazid yang semakin memerah.
" Bukan main kuat ketawa korang berdua.
Sampai depan sana terdengar.
Sembang apa? " Celah suatu suara garau, menghentikan tawa kedua kembar itu.
Amril berdehem manakala Ameer mengatur gaya rambutnya.
Suasana seketika menjadi sepi tanpa suara.
Arshad mengerutkan dahinya apabila soalan dia tidak dijawab.
Malah ketiga lelaki yang dia kenali hanya terdiam sepi.
Pelik? Ashikin yang berada di sebelahnya pula tertawa kecil.
" Dorang takut awak lah.
" Lengan suaminya di cuit.
Arshad mengusap tengkuk.
Serba salah pula.
" Tak ada apa - apa lah bang.
Ni tanya Yazid ni haa, bila dia nak kahwin.
" Jawab Ameer bersama tawanya.
Terukir senyuman sinis di bibir raja sehari itu.
" Bila? " Tanya Arshad pula.
Yazid mengerutkan dahinya.
" Bila apa? " " Kau kahwin? " Ujar Arshad bersama gelak tawanya.
Yazid mencebik.
" Esok esok.
" Jawab jejaka itu selamba.
Ashikin menggeleng kepala melihat telatah keempat jejaka tampan di hadapannya.
Suasana majlis pernikahan itu pula kelihatan agak meriah dengan kehadiran beberapa orang ternama yang bekerjasama dengan kedua syarikat yang dipimpin oleh pasangan suami isteri itu.
Gadis bermata hijau zamrud itu menghela nafas lega kerana majlis pernikahannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang datang menganggu.
" Kenapa?" Tanya Arshad apabila menyedari riak wajah isterinya yang berubah keruh.
" Penat.
Tak sangka majlis nikah pun penat sampai macam ni.
" Keluh Ashikin.
Jejaka bermata biru kristal itu tersenyum penuh makna.
" Belum lagi first night kita.
Lagi penat.
" Bisik jejaka itu nakal.
Memerah wajah Ashikin apabila mendengar suara bisikan suaminya itu.
Jika tidak difikirkan mereka kini menjadi perhatian, pasti sudah dia meluku kepala suaminya itu.
Tak tahu malu betul!
Sumber:Internet