. Yang benar Akeno Akiyoshi Surat wasiat itu habis dibaca.
Terkebil kebil kanak - kanak kecil itu dibuatnya.
Mencuba mencerna ayat yang tersusun itu.
" Siapa punya tulisan ni?" Hembusan nafas kedengaran di bibir kanak - kanak kecil yang diberi nama Ashikin itu.
Surat wasiat tadi pula diletakkan semula ke dalam kotak.
Kaki kecil Ashikin melangkah pula ke arah lambang Phoenix.
" Wah, salah satu penjaga empat penjuru arah mata angin Jepun.
Lagenda Jepun.
" Ujar si kecil Ashikin teruja.
Kotak yang berwarna sedikit keemasan itu membuatkan dia tertarik untuk melihat isi di dalamnya.
Tanpa menunggu lama kotak keemasan yang berada di hadapan lambang Phoenix itu di gapai lalu di buka.
Kosong.
Di dalamnya kosong.
Hanya debu sahaja pengisi di dalamnya.
Berkerut dahi si kecil Ashikin apabila isi di dalam kotak tersebut telah tiada.
" Siapa ambil?" Tanya si kecil Ashikin sendirian.
Raut wajah kecewa terpamer di wajahnya.
Kaki kecilnya sekali lagi di bawa melangkah ke arah lambang Bunga Ros Menjalar .
Namun lambang itu agak berbeza, ianya berwarna hitam tidak seperti lambang yang lain yang diukir dengan emas.
Ashikin mula diselubungi perasaan takut untuk membuka kotak yang berwarna merah darah itu.
Namun hatinya tetap di gagahkan jua agar membuka kotak itu.
Sekeping surat bersama cop rasmi sebuah agensi tertera pada suatu itu.
Tanpa berlengah dia membuka surat tersebut dengan penuh berhati hati.
Takut sekiranya surat itu koyak atau rosak.
Kepada generasi ketiga ku.. Aku tahu kau mungkin tidak mampu untuk memimpin kesemua kumpulan itu.
Dan di kerana itu aku mengizinkan kamu mencari pemimpin buat kumpulan berlambangkan Bunga Ros ini.
Pilihlah menggunakan hati, agar pilihan mu tepat dan pastikan hatimu tiada keraguan ketika memilih calon yang sesuai ketika itu.
Sekiranya calon yang dipilih tidak sesuai untuk memimpin kumpulan ini ianya pasti akan musnah malah besar kemungkinannya untuk memusuhi kumpulan kamu.
Pilihlah generasi ketiga ku.
Yang benar Akeno Akiyoshi Si kecil Ashikin mengaru kepala yang tidak gatal.
" Nama yang sama.
Siapa orang ni?" Gumam Ashikin.
Surat tadi digulung semula.
Kemudian diletakkan kembali ke dalam kotak merah darah itu, lalu disimpan kembali ke tempat asalnya sebelum mengambil kotak yang berada di hadapan lambang Shadow.
Kosong, sama seperti di dalam kotak Phoenix tadi membuatkan si kecil Ashikin hampa.
Kini kotak di bahagian hadapan lambang Wolf pula menjadi sasaran.
Tetapi hasilnya tetap hampa.
" Kenapa dua kotak ni je yang ada isi? Apa maksud Akeno tu? Kumpulan apa? Mesti tanya papa balik nanti!" Pelbagai persoalan berlegar di benak fikiran Ashikin.
" Tapi macam mana tak keluar? Jap! Ada angin.
Dari arah pukul 2.
" Kaki kecilnya berlari ke arah tiupan angin yang dirasainya sebentar tadi.
Bersama sama dirinya pula kotak daripada lambang Musang.
" Ada cahaya!" Jerit kanak kanak perempuan itu teruja.
Semakin jauh kaki kecilnya melangkah semakin jelas cahaya itu, sehingga lariannya menjadi perlahan lalu terus terhenti.
Sumber:Internet