. BMW hitam berhenti tepat di hadapan rumah agam Arshad.
Lalu kelibat isterinya dicari.
Ashikin yang sedang khusyuk membelek kelopak bunga yang berada di hadapan rumah agam suaminya dikejutkan dengan kehadiran Arshad.
" Buat apa tu?" Tanya Arshad.
Lebih tepatnya secara berbisik.
Hampir terjelepok Ashikin apabila mendengar bisikan itu.
Kepala ditoleh kasar sehinggakan bibir Ashikin tersentuh bibir suaminya kerana kedudukan mereka yang agak dekat itu.
Dalam diam sempat Arshad mengoyakkan senyuman sinis apabila menangkap raut wajah terkejut isterinya itu.
" Are you try to seduce me? " Tanya Arshad sinis.
Bibirnya tidak lagi bersentuhan dengan isterinya.
Membulat mata Ashikin mendengar tuduhan suaminya.
" No! Awak yang datang tak reti bagi salam.
" Wajah Ashikin semakin memerah apabila teringatkan peristiwa semalam.
Senyuman nakal Arshad terukir.
Wajah isterinya yang semakin memerah menimbulkan idea nakal di benak.
Tangan Ashikin yang sedang duduk mencangkung ditarik lembut.
Ashikin pula hanya mengikut sahaja, seakan terpukau apabila melihat mata Arshad yang menatap dia dengan tatapan redup .
Pinggang Ashikin kemudiannya di rangkul erat.
Wajah Arshad semakin mendekat sehingga hidung mereka berlaga sesama sendiri.
" Aw.. Awak " Ashikin hilang kata kata.
Bibir Ashikin dikucup lembut.
Semakin merah wajah Ashikin apabila diperlakukan sebegitu.
" Kenapa pipi merah merah ni?" Usik Arshad sambil mengusap pipi isterinya menggunakan ibu jari.
Si isteri pula sudah mendengus geram.
Matanya sudah menjeling tajam.
Geram! Dada bidang suaminya di tolak lembut.
Tetapi lengan kekar Arshad menyekat perbuatannya.
" Anak anak tengok nanti! Lepas lah.
" Rayu Ashikin dalam keadaan terpaksa.
" Kejap je.
Bagi 5 minit.
Aku penat.
" Kepala jejaka bermata biru kristal itu sengaja direhatkan di celah leher isterinya yang ditutupi selendang .
" Awak!" Bisik Ashikin keras.
" Aku penat.
Bagi rehat kejap.
" Suara Arshad kedengaran tenggelam timbul sahaja.
" Awak pergi mana penat semacam ni? " " Jumpa Fateh kejap tadi.
" Ashikin terdiam sejenak.
" Syed Al-Fateh? Pewaris Black Phoenix?" Tanya Ashikin menginginkan sedikit kepastian.
Arshad mengangguk perlahan dibalik celah leher isterinya itu.
" Kau kenal ke? " Tanya Arshad menggunakan suara serak basah miliknya.
" Haah, calon suami tu dulu.
" Jawab Ashikin selamba.
" Cakap tu elok elok sikit .
Kang aku rogol kau sia sia je tak boleh bangun.
" Ujar Arshad memberi amaran tak bertapis .
Pelukan di pinggang isterinya juga di eratkan lagi.
" Hehe.. Gurau je.
Lagipun dia dah ada bini, anak sorang lagi tu.
" Tangan kecil Ashikin menggosok lembut belakang badan suaminya itu.
" Tau tak pe.
Macam mana pula kau kenal dia?" Kepala Arshad di angkat untuk menatap lebih jelas wajah isterinya.
Kristal bertemu zamrud.
Lama mereka berkeadaan sebegitu.
" Saya pernah jumpa dia.
Masa tu kumpulan dorang di kepung.
Dan.." Kata kata Ashikin sengaja digantungkan.
Sumber:Internet