. Ashikin memeluk erat lengan suaminya, rumah agam yang tersergam indah di hadapan di tatap kagum.
Sepasang suami isteri datang menyambut kedatangan mereka di hadapan pintu rumah dengan senyuman manis.
Wanita bermata hijau zamrud itu melebarkan senyuman apabila seorang kanak kanak lelaki lebih muda daripada Adam juga turut menyambut kedatangan mereka.
" Lambat.
" Ujar suami pemilik rumah agam itu.
Arshad tersengih.
" Ada hal kejap tadi.
" Jawab selamba jejaka bermata biru kristal.
Zainal, pemilik rumah agam yang gah berdiri di hadapan di dalam Arshad dan Ashikin itu hanya tersengih.
" Dah, dah Jom masuk.
" Pelawa Zainal sambil merangkul kemas pinggang isterinya yang sedang berbadan dua .
Kedua pasangan suami isteri itu hanya mengikut jejak langkah Zainal dan isterinya sahaja.
Suasana rumah yang agak sunyi, namun di setiap penjuru rumah tersedia beberapa orang anak anak buah Zainal mencipta aura ngeri di sekitar kawasan rumah agam itu.
" Silakan duduk.
" Ujar Maisara yang kini sarat mengandung 6 bulan.
Ashikin mengangguk sahaja.
Sofa yang tersedia di ruang tamu menjadi pilihan.
Di sebelahnya pula sang suami.
" Untuk apa korang datang rumah aku ni?" Tanya Zainal straight to the point.
Ashikin tersenyum, beg tangan yang di bawa bersama diselongkar ingin mencari sesuatu.
" Hadiah hari lahir untuk anak korang berdua nanti .
" Jawab Arshad mewakili isterinya.
" Untuk Afiq? " Tanya Zainal pula.
Maisara, isterinya itu pula hanya menyepikan diri.
Menjadi pendengar setia perbualan sahabat suaminya.
" Nope, untuk anak dalam kandungan Maisara.
" Jawab Ashikin pula sambil meletakkan sehelai sampul surat berisi wasiat.
" Apa ni?" Jari telunjuk Zainal menghala ke arah sampul surat tersebut.
" Wasiat untuk waris seterusnya enam kumpulan terbesar Mafia.
" Jawab Ashikin tenang.
Langsung tidak memaparkan riak wajah mendesak.
" Kenapa keluarga aku? Rafael kan ada?" Rambut perang Zainal di raut ke belakang.
Arshad menyatukan kedua tangannya.
" Rafael dah tolak awal perkara ni.
" " Aku tak boleh terima.
Aku tak nak anak anak aku terlibat sama dalam hal ni.
" Tolak Zainal tanpa berfikir panjang.
" Tapi Afiq penerusan seterusnya untuk kumpulan kau kan?" Duga Arshad.
Zainal terdiam buat seketika.
" Sebagai balasan separuh ahli kumpulan aku, aku serahkan untuk waris kumpulan ni.
"Tawar Ashikin pula.
" Sama.
Separuh ahli kumpulan aku akan jadi anak buah waris kumpulan ni.
" Ujar Arshad pula.
Zainal bukam seketika.
Sama ada mahu membahayakan nyawa anaknya di masa hadapan atau membiarkan anaknya berada dalam ketakutan selamanya.
Dunia Mafia bukan calang calang dunia.
Sekali kau masuk, kau kena fikir banyak kali untuk berhenti daripada buat kerja kotor tu.
" Kita orang tunggu jawapan dari kau.
And one more thing, waris terakhir enam kumpulan besar Mafia aku tak jumpa lagi.
Kau tahu mana mana kumpulan yang sekarang makin melonjak nama dia?" Tanya Arshad bernada datar sahaja.
Ashikin tersentak.
Tidak pula dia ingat ada satu lagi kumpulan Mafia yang akan menjadi waris seterusnya.
" Kumpulan terakhir? " Minda Ashikin sedaya upaya mengulang tayang kembali ingatan semasa dia kecil.
Simbol terakhir daripada keenam-enam simbol besar yang terukir dengan emas.
Ya! Dia ingat.
Sumber:Internet