. If you love me, why you hurt me so bad? Dia menangis teresak esak.
Tubuh badannya yang dipenuhi kesan merah seakan gigitan di tatap jijik.
Tubuhnya yang juga tanpa seurat benang menambah lagi kesedihan di hati.
Kesan tompokan merah darah pada selimut yang menutupi tubuhnya menandakan dia telah hilang mahkota yang selama ini dijaga rapi.
Dia Mawar Qaseh.
Gadis yang selama ini dipenjara oleh lelaki kejam dihadapan gadis itu.
Yazid! Yazid tersenyum sinis.
Wajah ketakutan Mawar Qaseh di tatap tajam.
" Ini balasan sebab melawan aku.
" Ujar Yazid dingin.
" Awak jahat.
" Gumam Mawar Qaseh.
Air matanya membasahi pipi.
" Sekali lagi kau cuba cuba nak lari dari sini, kau tahu apa akibatnya.
" Yazid berlalu pergi.
Mawar Qaseh hanya mampu menangisi nasibnya.
Tidak mampu untuk berbuat apa apa.
Lelaki itu! Lelaki itu sangat kejam di matanya! Dia takut! Tiap kali bertembung dengan lelaki itu, pasti dia akan mendapat malapetaka.
Hari ni maruahnya tergadai, esok mungkin nyawanya hilang.
Di kerana ayahnya! Dia pula yang terkena tempias permusuhan ayahnya itu.
Mawar Qaseh memeluk lututnya.
Dia trauma mahu berhadapan dengan Yazid.
Lelaki kejam yang sudah berbulan mengurung dia di dalam rumah agam ini.
Apa guna mewah tapi dijadikan hamba? Perlahan lahan Mawar Qaseh menuruni katil.
Selimut turut ditarik bersama.
Pintu bilik mandi dibuka perlahan sebelum kembali ditutup rapat.
Tubuh kecil Mawar Qaseh dirapatkan pada pintu bilik mandi lalu melurut jatuh.
Kosong.
Matanya berubah kosong.
Seakan rohnya sudah ditarik keluar dari jasad.
" Kenapa semua ni terjadi dekat Mawar? Mawar sakit ayah! Kenapa ayah tak datang selamatkan Mawar! Ayah Mawar takut!" Yazid tersenyum puas.
Puas mendera mental dan fizikal anak musuhnya itu.
Dan kini di sinilah diaย berjumpa dengan musuhnya di sebuah kelab malam .
Dengan hajat mahu menggugat kedudukan .
Anuar beriak biasa sahaja berhadapan dengan lelaki di hadapannya.
Langsung tiada gentar.
Namun sekiranya di hadapannya kini adalah Arshad mungkin hatinya tidak tenteram lagi.
" Apa kau nak?" Tanya Anuar.
" Berhenti kacau kumpulan aku kalau kau sendiri takut dengan Arshad tu.
" Jawab Yazid tanpa berselindung.
Anuar tersenyum sinis walaupun hakikatnya dia ketakutan.
" Jangan harap.
Ketua kau ada hutang dengan aku.
" Bohong Anuar.
" Berhenti atau anak kau mati dalam genggaman aku! " Ugut Yazid.
Tangannya menghentak kasar meja bar.
Terhinjut sedikit bahu Anuar.
Sumber:Internet