. My sweet prince I Love You once, Love You still, Always.. 3 Tahun kemudian.. Ombak pantai menghempas kuat batuan di gigi air.
Tidak terkecuali hidupan laut yang melalui kawasan itu.
Udara segar pada pagi itu di sedut rakus.
Pemandangan di waktu terbitnya matahari menjadi latar belakang tempat pelancongan tersebut.
" Maaf, aku hadir dalam hidup kau hanya membawa malapetaka malah membahagiakan kau pula langsung tidak pernah .
Aku bukanlah lelaki yang baik seperti kebanyakannya.
Aku tak layak untuk kau.
" " Awak cakap apa ni? Awak suami sah saya.
Jangan cakap macam tu!" Seorang wanita hamil mencubit lengan kekar milik si suami.
" Kalaulah aku minta ambil kau dengan cara baik.
Kau tak akan terseksa macam dulu.
" CUP " Kenapa kau cium aku? " Tanya si suami hairan apabila bibirnya di kucup si isteri.
" Cakap lagi macam tu, saya bawa baby ni lari jauh dari Babah dia!" Ugut si isteri, Mawar Qaseh.
Kandungan yang baru sahaja berusia 5 bulan lebih itu, diusap sayang.
Yazid tertawa kecil.
Suka melihat wajah masam si isteri.
" Promise tak cakap macam tu lagi.
" Jari keling disuakan.
Mawar Qaseh tersenyum gembira.
Tubuh tegap suaminya didakap erat.
" Suka betul kau peluk aku.
" " Tak boleh ke nak manja dengan suami sendiri?" Cebik Mawar Qaseh.
"Jangan buat muka macam tu.
" " Awak tu cakap...! " Tubuh kecil Mawar Qaseh seakan terbang melayang saja.
" Turunkan saya! Saya berat, nanti awak sendiri yang sakit.
" Pekik Mawar Qaseh akibat terkejut di cembung suami.
Leher Yazid dirangkul kemas.
Yazid tersengih.
" Badan kecil macam ni kau kata berat? Hahaha.. Kau bergurau dengan aku ke?" Tawa kecil terlepas di bibir merah lelaki itu.
Mawar Qaseh mengetap bibir.
Suka ejek orang! " Awak nak bawa saya pergi mana?" Tanya Mawar Qaseh, masih dalam keadaan merajuk.
" Hotel.
Angin dekat sini sejuk.
Tak baik untuk kesihatan kau.
" Jawab Yazid tenang.
Mawar Qaseh terdiam dan pada dalam masa yang sama terharu dengan sifat ambil berat suaminya itu.
" Terima kasih sudi terima saya.
" Bisik Mawar Qaseh.
Wajahnya disorokkan pada dada bidang Yazid, suaminya.
Malu! Yazid tersenyum.
Ini kebahagiaan yang dia impikan.
Tiada keganasan, aman dan tenang dalam masa yang sama.
" I will stay by your side till the end.
" * Setelah tiga tahun peristiwa yang nyaris meragut cinta hati Arshad, keluarga jejaka bermata biru kristal itu kembali bahagia.
Dengan kehadiran pasangan bayi kembar dan juga Adam serta Ainul di sisi mereka sekeluarga, tiada yang lebih indah ikatan kekeluargaan yang terjalin itu.
Di tambah pula dengan kehadiran Adam yang kini 100 peratus mewarisi sikap dingin papanya, Arshad.
Pasangan itu sudah dapat mengagak masa depan kanak kanak lelaki itu.
Peristiwa pada tiga tahun lepas pula mereka jadikan taulan dan pengajaran.
Kehidupan ini tidak sentiasa bahagian, adakala derita singgah sebentar untuk menguji HambaNya.
Sumber:Internet