. 🍁SPECIAL BAB 🍁 15 Tahun Kemudian.. Bunyi tangisan bayi kecil kedengaran di segenap ruangan dewan bersalin.
Air mata dia berjujuran jatuh melihat wajah suci anak ketiganya itu .
Malah wajah anak ketiga dia mengikut wajahnya.
Melihat air mata si isteri, seorang lelaki tersenyum.
Air mata isterinya di kesat lembut lalu di kucup dahi si isteri itu.
Ucapan syukur tidak henti henti meniti di bibirnya.
" Anak kita perempuan, Adam!" Ujar si isteri gembira.
Lelaki tadi, iaitu Adam mengangguk.
Megat Adam Fawwas.
Itu nama panjangnya.
Manakala si isteri pula Nurul Ainul Mardhiah, wanita cantik yang dulunya amat manja.
" Nampaknya Afif sorang je lelaki dalam keluarga kita.
" Adam tersenyum sambil mengusap lembut kepala isterinya.
Ainul mengangguk setuju.
Kesakitan bersalin tadi hilang dalam sekelip mata, selepas kehadiran anak ketiga mereka itu.
" Nak bagi nama apa?" Tanya Ainul sambil menatap wajah si suami.
" Ismah Zulaikha.
" Ujar Adam Ainul tersenyum.
Bahagia memiliki suami penyayang seperti Adam dan dalam masa yang sama tegas dalam mendidik dia menjadi seorang isteri yang taat kepada suami dan juga pada sang pencipta.
" Terima kasih.
" Bisik Adam.
Ainul mengangguk.
* Arshad dan Ashikin tersenyum kecil.
Melihat kebahagiaan anak anak yang di jaga daripada kecil suatu pemandangan yang indah dan akan sentiasa tersemat menjadi kenangan terindah.
" Awak dorang dah besar, dah kahwin pun.
Ni ada anak pula tu.
" Ujar Ashikin sambil menyekat air mata kebahagiaan.
Arshad tersenyum.
Seorang anak lelaki berumur lima tahun senyap berada di dalam dukungannya.
Nama yang diberi pula, Megat Haidar Afif.
" Afif dapat adik lagi.
Suka tak? " Tanya Arshad kepada cucunya itu.
Afif mengangguk.
" Tok daddy Afif nak tengok adik boleh?" Tanya Afif polos.
Arshad tersenyum.
" Jom! " Jawab Arshad.
Ashikin tertawa kecil melihat telatah suaminya itu.
" Wardiah nak jumpa adik? " Tanya Ashikin kepada seorang kanak kanak perempuan berumur tiga tahun.
Wardiah, anak kedua Adam dan Ainul itu hanya mengangguk tanpa sebarang bunyi.
Wajah kanak kanak perempuan itu jelas lebih mengikut gabungan ibu dan ayah mereka .
Berbanding pula dengan Afif, yang lebih mengikuti raut wajah ayah mereka.
" Bang tunju Diah! ( Abang tunggu Diah!)" Ujar Wardiah.
Afif tersenyum.
Walaupun tidak kelihatan kerana di dukung oleh datuknya.
" Lambat tinggal!" Ujar Afif selamba.
" Tok daddy cepat! Tinggal Diah dengan Tok mummy tu.
" Tertawa si kecil itu apabila Arshad menuruti permintaan dia.
Arshad berjalan sedikit laju ke hadapan meninggalkan Ashikin dan cucu perempuannya.
" Eh, orang tua ni.
Tak sedar diri betul.
" Gumam Ashikin sambil mengatur langkah ke wad yang menempatkan anak perempuannya.
Nurul Ainul Mardhiah.
Sumber:Internet