Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kiamat Dunia 11

. EPILOG KIAMAT DUNIAProjek Bombay ialah satu projek penyelidikan yang dijalankan di atas sebuah kapal yang lokasinya berhampiran pelabuhan Klang.
Projek Bombay ialah projek menghasilkan virus yang akan membunuh mayat-mayat hidup.
Fasa pertama Projek Bombay ialah menyediakan fasiliti penyelidikan serta mengenal pasti virus yang dapat membunuh virus mayat hidup.
Pada peringkat tersebut usaha besar-besaran dilakukan bagi mencari sesiapa sahaja yang tubuh mereka mengandungi virus yang boleh melawan virus mayat-mayat hidup.
Sampel-sampel darah diambil dan dikumpul untuk penyelidikan.
Fasa kedua Projek Bombay ialah membiakkan dengan banyak virus tersebut di dalam satu kolam besar.
Fasa kedua juga melibatkan penghasilan vaksin.
Seterusnya Fasa Ketiga Projek Bombay, virus-virus yang dibiakkan di dalam kolam besar akan disebarkan semasa kerja-kerja pembenihan awan.
Virus-virus tersebut akan bercampur dengan air hujan.
Jatuhan air hujan itu umpama satu ancaman bom bagi mayat-mayat hidup.
Virus tersebut akan menyerang virus di dalam tubuh mayat-mayat hidup.
Seterusnya menewaskan dan membunuh mayat-mayat hidup.
Namun pihak penyelidik perlu mencari virus yang sesuai terlebih dahulu.
Pihak penyelidik mendapati darah Wanie mengandungi virus yang dapat membunuh virus wabak mayat hidup.
Walaupun begitu Wanie tetap akan diserang dan digigit oleh mayat hidup jika dia menghampiri mayat hidup.
Pihak penyelidik turut mendapati darah Salleh mengandungi virus yang mengeluarkan bau yang tidak dapat dihidu manusia biasa tetapi dapat dihidu baunya oleh mayat hidup.
Bau tersebut menyebabkan mayat hidup menjauhkan diri mereka daripada Salleh.
Namun darah Salleh tidak mengandungi antivirus yang dapat melindungi Salleh daripada bertukar menjadi mayat hidup sekiranya virus mayat hidup termasuk ke dalam saluran darah Salleh.
Oleh kerana itu gabungan kelebihan darah Salleh dan darah Wanie merupakan pilihan terbaik.
Melalui teknologi terkini kelebihan pada darah Wanie dan darah Salleh berjaya digabungkan.
Terhasillah vaksin yang akhirnya dapat melindungi manusia yang masih hidup daripada jangkitan wabak mayat hidup..Epilog KIAMAT DUNIA : ZEROKetika hanya kira-kira 20 kilometer sahaja lagi menghampiri Pelabuhan Klang, van yang dinaiki Hanis serta beberapa orang lelaki terbabas dan melanggar tiang elektrik.
Tayar van tersebut tiba-tiba saja pecah, menyebabkan Botak gagal mengawal van tersebut lalu merempuh tiang elektrik.
Botak mati serta merta di tempat kejadian.
Begitu juga dengan Lan yang duduk di kerusi penumpang di sebelah Botak.
Bau darah yang mengalir dari tubuh Botak dan Lan menarik perhatian berpuluh-puluh mayat hidup, yang berada agak hampir dengan tempat kemalangan tersebut.
Hanis bernasib baik kerana sentiasa memakai tali pinggang di kerusi setiap masa.
Jadi kecederaan dia tidak seteruk lelaki-lelaki lain yang berada di dalam van tersebut.
Hanis dan lelaki-lelaki lain yang berada dalam keadaan cedera di kerusi penumpang segera keluar dari van tersebut.
Setelah keluar dari van tersebut barulah mereka tersedar bahawa mereka telah terkepung.
Hanis ternampak sebatang pokok besar.
Hanis segera berlari ke arah pokok tersebut dan memanjat pokok tersebut.
Manakala lelaki-lelaki yang bersama dengan Hanis seperti Jeeva, Balan dan Ah Meng yang sedang cedera ketika itu hanya mampu berjalan ke arah pokok tersebut.
Belum sempat mereka tiba di pokok tersebut mayat-mayat hidup telah berjaya mengepung mereka.
Membaham tubuh mereka dengan ganas.
Hanis yang berada di atas pokok hanya mampu memejam mata dan menangis ketakutan.
Hampir setengah jam Hanis berada di atas pokok.
Hanis tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Awan kelihatan mendung.
Hanis mula terasa titisan air hujan yang kemudiannya bertukar menjadi lebat.
Beberapa ketika kemudian, mayat-mayat hidup yang terkena titisan air hujan tersebut satu persatu tumbang, tidak bergerak.
Hanis tergamam melihat apa yang sedang berlaku.
Tidak ada seorang pun mayat-mayat hidup yang sedang berdiri ketika itu.
Semuanya tumbang.
Kaku tidak bergerak.
Hanis kehairanan.
Sebelum ini Hanis pernah terlihat mayat-mayat hidup terkena hujan namun mayat-mayat hidup tidak pernah pula tumbang dan kaku.
Hanis memberanikan diri.
Turun dari pokok.
Kini Hanis bergerak dengan selamat di tengah-tengah kelompok mayat hidup yang telah kaku, mati.
TAMAT, NI KIRA REAL PUNYA TAMAT TAU.
DAH TAKDE DAAda satu siri lagi, iaitu KIAMAT DUNIA X, tapi ia tiada kena mengena dengan KIAMAT DUNIA yang ini.
ย Versi asal KIAMAT DUNIA X sebenarnya tak ada kaitan dengan siri KIAMAT DUNIA yg sedia ada.
Oleh kerana penulis asal teringin nak letak cerita KIAMAT DUNIA X di blog milik puteri comel, jadi dia edit semula cerita tu.
So jadilah KIAMAT DUNIA X (versi ke dua).
Versi kedua, ada watak Dr Adira, supaya ada kaitan dengan siri KIAMAT DUNIA yang sedia ada.
Tapi versi kedua ada banyak plot hole disebabkan penulis asal tu cuba edit dan kaitkan dengan siri KIAMAT DUNIA.
Kiamat dunia X (versi 2) ada banyak kecacatan jalan cerita.
Jalan cerita versi kedua tak begitu best berbanding versi asal.
Tapi malangnya walaupun versi asal lebih best ceritanya, tapi versi asal kurang sesuai kerana melibatkan watak budak-budak perempuan (tak silap usia 9 atau 10 tahun).

Sumber:Internet