Gelap

Kiamat Dunia 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Kiamat Dunia 7

. 9.
30 malam, 120 kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebuah kereta Proton Gen 3 membelah kegelapan malam di jalan lama Karak.
Ustaz Khairul sudah memandu selama 8 jam tanpa rehat.
Badannya mula kepenatan.
Anak gadis suntinya, Wanie yang berusia 14 tahun dalam keadaan separuh mengantuk.
"Ee Tengok di depan tu.
Ada dua orang kat depan.
Bukan ke i ujar Wanie tanpa menghabiskan kata-katanya.
Ustaz Khairul merenung ke hadapan.
Memang benar, kelihatan dua susuk tubuh manusia sedang berjalan 100 meter di hadapan keretanya.
Hatinya mula berdebar-debar.
Tatkala Proton Gen 2 nya menghampiri kedua-dua manusia itu, Ustaz Khairul bersedia menekan pedal minyaknya jikalau mereka berdua adalah mayat hidup.
"Tolong kami, encik.
Kasihani la kami.
" teriak salah seorang dari mereka.
Ternyata mereka berdua adalah manusia normal.
Masih hidup.
Ustaz Khairul segera memberhentikan keretanya.
Ustaz Khairul dan Wanie keluar dari kereta dan menuju ke arah pasangan tersebut.
Ternyata mereka adalah seorang lelaki dalam lingkungan usia 28 tahun dan seorang gadis dalam lingkungan usia 24 tahun.
Ustaz Khairul mengenali mereka..."E Alan dan Siew Mei ke..?" ujar Ustaz Khairul terkejut.
Kedua pasangan berbangsa Cina itu menjenguk-jenguk di dalam kegelapan malam cuba mengecam Ustaz Khairul dan Wanie.
"Eer...itu Ustaz Khairul ka?" tanya gadis Cina yang berpakaian t-shirt putih sendat berjenama DKNY serta berskirt ketat paras peha.
Ustaz Khairul mengangguk sambil tesenyum.
Dia memang mengenali pasangan berbangsa Cina tersebut.
Alan Lee dan Siew Mei merupakan pasangan suami isteri dan juga jiran sekampungnya.
Pasangan ini sudah berkahwin 2 tahun dan tidak mempunyai anak.
Mereka tinggal selang dua buah rumah dari rumah Ustaz Khairul.
Alan yang berusia 28 tahun merupakan seorang pengurus sebuah syarikat komunikasi sementara Siew Mei yang berusia 24 tahun merupakan seorang jurulatih aerobik sebuah pusat senaman ternama di Bandar Kuantan.
Tubuh ramping Siew Mei sememangnya mantap kerana kerjayanya sebagai Jurulatih Zumba... " Ustaz Khairul tolong la kami berdua ni.
Alan sudah cedera di kaki kirinya.
Dia susah hendak berjalan.
" rayu Siew Mei.
"Apa yang terjadi dengan kamu berdua ni.
Macam mana kamu boleh sampai di sini..?" tanya Ustaz Khairul ingin kepastian.
"Kami baru pulang dari Bandar Kuantan semalam.
Semasa tiba di Bandar Temerloh, kami lihat bandar itu sudah dilanda oleh ratusan mayat hidup.
Alan cuba memandu untuk keluar dari Bandar Temerloh.
Tetapi tiba-tiba tayar kereta kami meletup dan kami terbabas.
Semasa kami keluar dari kereta untuk melarikan diri, kaki Alan cedera kerana tersangkut pada cermin kereta kami yang pecah.
Sekarang kami sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.
Dengar cerita terdapat pusat pemindahan di sana.
Tetapi luka di kaki Alan semakin teruk dan dia hampir tidak boleh berjalan.
" terang Siew Mei dengan panjang lebar.
"Mari saya balutkan luka kaki Alan tu.
Saya ada kotak First Aid di dalam kereta.
" ujar Ustaz Khairul.

Sumber:Internet