Gelap

Klinik Kristal Cahaya 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Klinik Kristal Cahaya 3

. Hadapan Klinik Kristal Cahaya berdiri seorang wanita.
Dia memakai baju tshirt lengan panjang dengan belang hitam putih.
Tudung warna hitam, stoking tangan hitam, dan seluar slack hitam.
Bertubuh sederhana tinggi, kurus ramping, dan berkulit kuning langsat.
Dalam genggaman terdapat satu dokumen.
Dengan senyuman, dia menolak pintu masuk ke Klinik Kristal Cahaya.
Dalam klinik sunyi dan senyap.
Ruang kosong dari pesakit.
Dikaunter terdapat dua orang wanita sedang bertugas.
Mereka memakai pakaian ala jururawat.
Kaki terus menuju ke kaunter.
"Ya.
Apa boleh saya bantu.
" Tanya Lila yang bertugas di kaunter.
"Saya datang untuk temuduga.
" Jawab wanita itu dengan malu.
"Ooo.. Cik Shikin.
Doktor baru kan.
" Balas Lila dengan ceria.
"Ya saya.
" Shikin menggaru kepala dengan perasaan yang malu.
"Baiklah.
Saya akan bagitahu doktor.
Cik Shikin tunggu sebentar.
" Beritahu Lila sambil mengarahkan Shikin duduk dikerusi rehat.
Shikin melabuhkan punggung.
Dokumen ditangan diperiksa dan diteliti kembali.
Bersiap sedia untuk di temuduga.
Kemudian dia melihat sekeliling klinik.
Suasana begitu tenang.
Di dinding terdapat kata-kata semangat dan risalah maklumat kesihatan.
Pekerja pula sentiasa terukir senyuman.
Terasa sejuk dan tenang bila berada disini.
Selepas seketika, Shikin didatangi oleh Roliza.
Wanita tinggi dengan memakai tshirt hijau dan stoking hitam.
Bertudung putih dan seluar jeans biru.
Wajah sentiasa kekal dengan senyuman.
"Cik Shikin.
Sila ikut saya.
" Kata Roliza dengan isyarat tangan.
Shikin terus bangun.
Dia membetulkan kedudukan tudung dan baju.
Dokumen dipeluk erat ke dada.
"Semoga berjaya Cik Shikin.
" Ucap Lila dikaunter.
"Terima kasih.
" Balas Shikin lembut.
Shikin dibawa ke bahagian belakang klinik.
Di sana terdapat bilik dengan tanda nombor 1 hingga nombor 6.
Dan Shikin menuju ke bilik nombor 6.
Roliza yang bersama Shikin mengetuk pintu.
Wajah Shikin kelihatan cemas dan gugup.
"Masuk.
" Suara dari dalam bilik.
Pintu bilik dibuka oleh Roliza.
Dia mempelawa Shikin untuk masuk.
"Terima kasih.
" Ucap Shikin dengan menunduk kepala.
Bila melangkah masuk, Shikin dapat lihat satu meja panjang dihadapan.
Dimeja itu terdapat dua orang, satu perempuan dan satu lelaki.
Wanita itu memakai baju kurung hijau dengan baju kot doktor.
Memakai tudung hitam dan stoking tangan.
Wanita itu adalah Raihan.
Manakala lelaki memakai baju kemeja biru tua dengan seluar slack hitam.
Lelaki itu memiliki warna kulit sawo matang dan wajah yang tampan.
Di tengah bilik terdapat satu kerusi dan bahagian tepi memiliki katil kecil.
"Sila duduk.
" Arah Raihan.
Shikin yang merasa janggal dan kekok mula duduk dikerusi.
Dokumen diserahkan kepada Roliza dan diberikan kepada Raihan.
Kemudian Roliza berdiri disudut bilik.
Shikin duduk tegak dan lurus.
Mata memerhati Raihan yang sedang menyelak dokumen miliknya.
Manakala yang lelaki, melihat ke arahnya sambil tersenyum.
"Baiklah.
Saya memperkenalkan diri dulu.
Nama saya Raihan.
Dan ini pula Rahman.
" Raihan memulakan perbualan.
"Nama saya Shikin.
" Balas Shikin lembut.
Cuba menjaga bahasa.
"Shikin dah tahu kan mengenai klinik kami.
Klinik bukan sahaja merawat penyakit biasa.
Tapi klinik kami juga ada membuat rawatan istimewa.
" Kata Raihan dengan sopan.
"Ya.
Saya tahu.
Datin Najmah ada beritahu saya.
" Balas Shikin.
Kedudukan tubuh diperbetulkan.
"Bagus.
Jadi kita tak perlu buang masa.
Roliza.
Sila bawa pesakit kita masuk.
" Rahman memberi arahan kepada Roliza.
Wajahnya jelas menunjukkan tidak sabar.

Sumber:Internet