. "Abi, bangunlah," tegurku.
Hatiku agak sebak tengok keadaan Abi seperti itu.
"Ameera suapkan ya," pujukku pula supaya Abi mengalas perutnya sebelum aku ke sekolah.
"Letak ja atas meja tu.
Nanti Abi makan.
Kau geraklah.
Nanti kau lewat pulak.
""Baiklah Abi," aku iyakan saja.
Aku harap tak sia-sialah aku sediakan sarapan lepas subuh tadi.
Aku pun bangun, hulur tangan untuk salam Abi.
"Tunggu Ameera balik ya Abi.
" Tangan Abi kucium, sebelum aku dekatkan kepala untuk mencium pipinya pula.
Belum pun sempat, Abi dah palingkan muka.
Hatiku tersentap.
Dah setahun lebih Abi macam ni.
Nampaknya dia sangat terkesan dengan pemergian Ummi.
Tahun lalu, Abi dan Ummi habiskan cuti tahunan mereka berdua dengan melancong ke Korea.
Aku tahu, Abi Ummi gembira sangat pada waktu tu.
Setiap hari semasa di Korea, mereka hantar update pada aku dan Haikal.
Dah macam pengantin baru pergi honey moon.
Namun, takda siapa yang sangka ulang tahun perkahwinan ke-25 Abi dan Ummi itu ialah ulang tahun terakhir yang mereka sambut bersama.
Balik ja ke Malaysia, gempar satu negara pasal berita Covid-19 yang pelancong dan warga asing bawa dari China.
Seminggu selepas pulang, Ummi dan Abi mula tunjukkan tanda-tanda jangkitan wabak tu.
Aku dah mula risau, tapi Abi tetap tenang.
Dia yakinkan kami semua, itu cuma selesema dan demam biasa saja.
Malang tak berbau, keadaan Ummi semakin teruk.
Barulah Abi terpanggil untuk bawa Ummi ke hospital.
Hasil ujian, Ummi dan Abi positif Covid.
Aku dan Haikal pun sama.
Pengalaman dirawat dan ditahan di hospital betul-betul pahit.
Selepas tiga minggu, barulah aku dan Haikal dapat keluar.
Abi pula seminggu kemudian.
Malangnya, Ummi tak selamat dari wabak celaka tu.
Abi tak habis-habis salahkan dirinya atas apa yang terjadi.
Abi yang ajak Ummi pergi ke luar negara, Abi yang tak bawa Ummi ke hospital awal-awal.
Semua tu menghantui Abi.
Lebih menyakitkan, kami tak dibenarkan pun untuk lihat dan uruskan jenazah Ummi.
Syukurlah Covid dah semakin terkawal.
Tapi parut luka di hati Abi masih berdarah.
Sejak peristiwa tu Abi kemurungan.
Seharian masanya banyak dihabiskan dengan termenung.
Kalau tak pun, menangis.
Nasiblah Haikal dah habis belajar.
Satu-satunya abang aku ni lah yang menyara kami sekeluarga sebab Abi dah tak dapat bekerja.
Tahun ini aku kalau ikutkan aku dah habis sekolah menengah.
Tapi, SPM tak ambil lagi.
Batch aku lah yang special ni sebab umur dah cecah 18 masih kena datang sekolah sebab nak kena duduk SPM.
Gembira jugak dapat kembali ke sekolah.
Sekurang-kurangnya dapatlah legakan sedikit tekanan dan kesunyian terperap di rumah dengan Abi.
Sebenarnya aku hairan, semakin hari semakin dingin Abi dekat aku.
Tak sama macam waktu awal-awal ibu pergi dulu.
Akulah tempat Abi meluah.
Aku jugalah yang selalu berusaha ceriakan dia.
***Hari itu selepas pulang dari sekolah, aku terus jenguk Abi dalam bilik.
Seperti biasa, pintunya tak berkunci.
Makanan yang aku beli balik rumah aku letak atas meja di tepi katil.
Bekas bubur pagi tadi pun ada, tapi habis jugak Abi makan.
Abi tidur mengiring, tak menghadap aku.
Ak tepuk lembut bahu Abi untuk kejutkan dia.
"Abi?""Riana?" Sambil panggil nama Ummi, mata Abi yang pejam terbuka perlahan.
Tak semena-mena tanganku digenggamnya.
"Ini Ameera, Abi... Bangun ya, kita makan sama-sama.
Meera ada belikan makanan ni.
" Mungkin lepas Abi dah betul-betul sedar, barulah tanganku dilepaskan.
Abi bangun lalu duduk dari katilnya.
"Ambik la yang kau punya, tinggalkan Abi punya atas meja tu, nanti Abi makan.
" Sekali lagi, aku terasa hati sebab dilayan dengan dingin.
Aku cuba mengukir senyuman tawar, pujuk hati sendiri.
Aku cuba jugak fahami tekanan dan kegelisahan Abi.
"Baiklah Abi.
" Aku bangkit dari birai katil.
Aku ambil sebungkus makanan dari plastik sekali dengan bekas makanan pagi tadi.
Lepas tu, tanpa cakap apa-apa aku terus keluar tinggalkan bilik Abi.
Habis jamah makanan sendiri, aku terus ke bilik, salin pakaian sekolah.
Aku cepat-cepat berwuduk, nak solat Zohor.
Waktu aku tarik sejadah dan telekung, aku teringat balik pasal Abi.
Dah lama sangat rasanya kami tak solat berjemaah.
Aku pun kembali ke bilik Abi, nak ajak dia solat sekali.
Sebab dah terbiasa pintu Abi tak pernah berkunci, aku pun terus masuk tanpa ketuk pintu.
Tapi hari itu, apa yang aku nampak di dalam bilik Abi betul-betul di luar kebiasaan.
Terbuka saja pintu bilik, aku tengok Abi terkejut dengan kehadiranku.
Selimut ditarik laju-laju.
Bahagian bawah tubuhnya ditutup selimut.
Rona merah merangkak naik di wajah Abi.
Entah malu, entah marah, aku tak tau.
Macam Abi, aku pun sama terkejut.
Masa tu jugak, benakku masih nak berfikir, betul ka apa yang aku nampak tadi? Dah kenapa Abi nak melancap?"Abi... A aku tergumam.
Aku cuba datang dekat arah Abi di katilnya.
Perasaan aku tak senang.
Lidah kelu, masih nak fikir apa soalan yang tepat untuk aku tanya, apa respon yang sepatutnya untuk aku bagi.
"Abi... Kenapa buat macam ni?" Ini saja yang mampu aku tanya.
"Keluar, Meera!," nada Abi keras.
"Tapi Abi, Meera..." belum sempat habis ayatku, Abi membentak.
"Kau takkan faham.
Keluar Meera, keluar!" Boleh nampak urat di lehernya tegang.
Aku tersentak.
Belum pernah lagi Abi tinggikan suara macam tu dekat aku.
"Memang Meera tak faham pun.
Abi selalu mengelak dari Meera.
Apa salah Meera?" nadaku kecewa.
Aku dah banyak kali usaha nak Abi kembali seperti biasa.
Aku dah penat pujuk, dekatkan diri dengan Abi.
Tapi dia buat aku macam bukan anak dia.
Aku cepat-cepat berpaling, tinggalkan bilik Abi dalam kesedihan.
Lepas pintu aku hempas, perlahan-lahan aku pergi dengan mata yang berkaca-kaca.
Tunggu masa ja untuk dipecahkan oleh sebak di dada.
Tertatih-tatih, aku berjalan ke bilik.
Air mata pun berlinangan.
Masuk saja ke bilik, pintu kututup perlahan.
Aku rebahkan punggung ke lantai, bersandar di birai katil.
Tertunduk layu, aku lepaskan tangisan yang kusimpan.
Ber
Sumber:Internet