. WAKTU menunjukkan sekitar pukul dua dinihari ketika Pak Semaun meninggalkan rumahnya untuk membuka tali air di sawah yang dimilikinya.
Walaupun sawahnya hanyalah beberapa petak sahaja tetapi Pak Semaun tetap bersungguh-sungguh mengerjakan sawahnya.
Selain dari itu, Pak Semaun juga bimbang kalau-kalau Zawiah yang terkenal dengan sikap tamaknya ini akan mencuri air sesiapa sahaja untuk mengairkan tanah sawahnya yang luas terbentang.
Kadang-kadang, Zawiah, janda tamak itu sanggup mengupah tukang pukul untuk mendapatkan air bagi mengairkan tanah sawahnya.
Syukurlah, ketika itu adalah waktu yang paling baik untuk Pak Semaun mengairkan sawahnya.
Dalam masa sejam setengah sahaja sawahnya yang hanya sekangkang kera itu sudah bergenang dengan air dan kaki pukul yang diupah oleh janda tamak itu sudah tidak perlu lagi untuk mengertaknya supaya segera menutup tali air.
Dan kalau masih ada masa yang terluang, Pak Semaun bersedia pula untuk mengairkantanah sawah kepunyaan Lijah yang bersebelahan dengan tanah sawahnya kerana jika terlewat, mungkin airakan kehabisan dan sawah kepunyaan janda yang memikat hatinya itu akan terus kekeringan.
Lijah adalah seorang janda beranak empat wajahnya tidaklah terlalu cantik tetapi tubuhnya begitu montok dan berisi.
Apabila tersenyum, Pak Seman merasakan seolah-olah bibir Lijah menggamit bibirnya untuk dikucupi.
Walaupun Lijah telah agak lama hidup menjanda tetapi rasa kasih dan sayang terhadap arwah suaminya tidak pernah padam.
Untuk itu dia sering menjauhkan dirinya dari lelaki walaupun lelaki itu seorang duda yang sudah berusia lanjut seperti Pak Semaun.
Walaupun hanya dihadiahkan dengan sebuah senyuman, Pak Semaun sanggup menentang kaki pukul yang diupah oleh Zawiah ketika Lijah mengairkan sawahnya.
Udara yang lembap berkabut membuat Pak Semaun terasa begitu sejuk ketika dia menjongkok masuk ke sawah yang padinya sudah pun setinggt lutut.
Sambil menikmati rokok yang dapat menambahkan kehangatan tubuhnya, Pak Semaun terus memikirkan waktu yang sesuai untuk dia mengingatkan Lijah bahawa arwah suaminya telah lama menjadi tulang dan kini dia memerlukan seorang lelaki untuk membimbing anak-anaknya yang masih. kecil.
Lijah juga perlu mempunyai seorang suami yang dapat memanaskan tubuhnya yang montok berisi itu.
Dia tidak mahumelihat Lijah mensia-siakan hidupnya begitu saja.
Bagi Pak Semaun, dirinya adalah orang yang paling layak untuk tugas itu.
Dia sudah lama hidup menduda dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali batang tubuhnya sendiri.
Batang tubuh yang rela dilakukan apa saja oleh Lijah janda.
Tidak tertahan akibat membayangkan komontokan tubuh Lijah janda.
Pak Semaun bangkit lalu berjalanterhinguk hinggak menuju ke arah pondok di tengah sawah.
Lamuanannya boleh berkembang lebih jauh jika dia berlindung dari kesejukan embun pagi di dangau buruknya di tengah sawah itu.
Ketika Pak Semaun melangkah menaiki tangga danau yg diperbuat daripada kayu sebesar lengan tiba-tiba dia tersentak apabila dia terdengar bunyi dengkuran orang yang sedang tidur nyenyak.
"Apakah salah seorang kaki pukul upahan zawiah telah datang lebih awal untuk menggertak aku?"Tanya Pak Semaun pada dirinya sendiri.
Ketika itu, ingatannya kepada Lijah hilang dengan tiba-tiba.
Dengan perasaan cemas, Pak Semaun masuk ke dalam pondoknya dengan begitu berhati-hati.
Di dalampondok dia ternampak sekujur tubuh manusia yang sedang meringkuk kesejukan sedang tidur denganbegitu nyenyak.
Lampu suluh Pak Semaun dihalakan ke arah kaki lelaki yang sedang tidur.
Lelaki itu masih berkasut dan memakai seluar jeans yang sudah lusuh.
Nyata bahawa lelaki yang sedang tidur di pondoknya itu bukanlah kaki pukul yang diupah oleh Zawiah.
Kepastiannya terbukti apabila lampu suluh yang bersinar lemah kerana baterinya sudah seharusnya diganti dengan yang baru menampakkan seraut wajah seorang anak muda yang kelihatan sudah agak matang mengharungi kehidupan.
Pak Semaun tersentak.
Fikirannya kembali sedar.
Adalah merupakan satu kesilapan kalau dia mengatakan kepada Lijah, janda beranak empat dan bertubuh montok bahawa dia kini hidup keseorangan dan tidak mempunyai tanggungan sedangkan dia sebenarnya masih mempunyai tanggungan.
Paling tidak, itulah yang dikatakan oleh Ghani, mata-mata yang bertugas di kampungnya dua hari yang lalu.
Sumber:Internet