. Tok Empat Sitam tidak perlu tergopoh-gapah menyuruh anak-anak buahnya mencari bangkai anjing besar yang telah terputus dua yang telah ditanamkan oleh para penduduk Kampung Gintung dan Lompat itu.
Baginya bersikap tunggu dan lihat adalah merupakan jalan paling baik.
Pagi itu, Tok Empat Sitam pergi ke balairaya kerana ada tugas yang perlu dilaksanakan olehnya.
Dia perlumendapatkan penjelasan daripada Seman, mengenai projek tanaman tembikainya.
Adakah buah-buahtembikai di kebunnya itu sudah boleh dipetik.
Dia juga ingin mendapatkan penjelasan daripada penduduk-penduduk kampung mengenai lembu pawah yangdiberikan oleh kerajaan.
Disebabkan sikapnya itu.
Tok Empat Sitam merupakan ketua kampung yang paling disayangi oleh penduduk kampung.
Dia terlalu mengambil berat atas kebajikan anak-anak buahnya.
Segala masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung akan dirujukkan terlebih dahulu kepada Tok Empat Sitam dan selalunya Tok Empat Sitam amat mudah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak buahnya.
Ketika Tok Empat Sitam sampai, balairaya masih bertutup rapat.
Berkunci.
Sudin Botak yang tinggal berhampiran dengan balairaya terus berlari sambil membawa kunci.
Memang kunci balairaya itu sengaja diserahkan kepada Sidun Botak untuk memegangnya kerana dia tinggal paling hampir dengan balairaya itu.
Barang siapa yang ingin menggunakan balairaya itu bolehlah meminta kunci daripada Sudin Botak.
"Apa halnya, tok empat? Pagt pagi lagi dah datang ke balairaya?" Tanya Sudin Botak.
"Kebetulan pagi ini aku tak ada tugas untuk dibuat, Jadi aku sengaja datang ke mari kerana mungkin ada penduduk kampung yang ingin mendapatkan bantuan daripadaku," jelas Tok Empat Sitam sambil tersenyum memandang ke arah Sudin Botak yang kelihatan tergopoh gapah membukakan pintu balairaya.
Sangkaan Tok Empat Sitam memang tepat.
Belum pun sempat dia duduk tiba-tiba Sudin Botak memberitahunya bahawa seorang penduduk dari Kampung Lompat datang untuk menemuinya.
Dada Tok Empat Sitam berdebar seketika.
Apakah penduduk dari Kampung Lompat itu datang untuk menjelaskan kedudukan terakhir mengenal anjing besar yang telah dibunuh oleh penduduk Kampung Lompat dan Gintung.
"Aku ingin berpindah, tok empat," ujar Setapa.
"Kau nak berpindah? Kemana?" Tok Empat Sitam kehairanan.
"Sebenarnya bukanlah aku yang nak berpindah tetapi Gayah yang mendesak sangat supaya kami berpindah," balas Setapa.
"Siapa pula Gayah tu?""Anak saya!""Kenapa pula dia nak berpindah?""Dia dah tak tertahan mendengar cemuhan orang kampung setelah dia diperkosa oleh anjing besar itu.
"ujar Setapa dengan suara agak sedih, "tunangnya pula telah mengambil keputusan untuk memutuskan talipertunangan mereka.
Tok Empat Sitam termenung panjang.
Fikirannya menerawang jauh terutama memikirkan penderitaan yang dihadapi oleh keluarga Setapa dan yang menjadi punca bagi segala masalah itu adalah makhluk jahanamitu dan makhluk itu adalah anak tirinya sendiri.
Sungguh amat menyakitkan hati.
Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Tok Empat Sitam sehingga dia mendapat aib yang bukan sahaja mengerikan malah amat memalukan dirinya.
Dia sangat menyayangi Mariam dan Mariam juga turut menyayanginya.
Mariam juga tidak lupa mengingatkan Tok Empat Sitam supaya suaminya itu tidak mengabaikan Selamah, isteri tuanya.
"Selamah adalah isteri pertama abang dan dia tetap isteri nombor satu dan harus dihormati," Mariam selalu menyatakan demikian.
Tok Empat Sitam tidak pernah terfikir untuk mennombor duakan Selamah dan dia juga tidak pernah menganggap Mariam sebagai isteri nombor duanya.
Tok Empat Sitam tidak pernah membezakan antara kedua-dua isterinya.
Baginya, baik Selamah maupun Mariam adalah isterinya.
Tidak ada had dan batas antara mereka.
Ini diperkuatkan lagi oleh sikap Selamah dan Mariam sendiri.
Mereka tidak pernah menganggap bahawa mereka hidup bermadu.
Mereka sepakat dalam serba serbi dan ini adalah satu anugerah Allah yang patut disyukuri.
Sumber:Internet