Gelap

Lembah Puaka 11

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Lembah Puaka 11

. Sebelum matahari terbit, penduduk Kampung Gintung telah gempar apabila mendapat tahu mengenai kematian Bidin.
Berita itu juga tersebar sehingga Tok Empat Sitam juga turut mengetahuinya.
Tok Empat Sitam amat terkejut mendengar berita yang disampaikan kepadanya dan dari cerita yang disampaikan kepadanya itu, seolah-olah dia tidak percaya bahawa kematian Bidin ada kaitan dengan kubur anjing besar yang ditanam dekat jambatan yangmenghala ke Kampung Gaung itu.
Antara jerit tangis yang memenuhi rumah Bidin, terdengar juga suara-suara berbisik yang menceritakan kejadian yang telah menimpa diri Bidin.
Semua cerita-cerita yang dibualkan itu adalah berkaitan dengan anjing besar yang telah dipenggal oleh Bidin.
Tok Empat Sitam menjadi semakin lemas dan runsing.
Setelah Pak Semaun membisikkan sesuatu ke telinganya barulah Tok Empat Sitam teringat apa yang patut dilakukan olehnya.
Tanpa membuang masa dia meminta supaya orang yang berada di rumah Bidin ketika itu supaya diam sebentar.
"Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Bidin," ujar Tok Empat Sitam dengan suara yang tenang dan mendatar.
Dia tidak inginmemperlihatkan kemarahannya tetapi kata-katanya yang menyusul kemudian jelas menampakkan kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya.
"Tanpa bermaksud untuk merendahkan martabat arwah Bidin, aku harus mengingatkan kamu semua dan aku rasa telah banyak kali aku mengingatkan kamu supaya melihat dahulu ke dalam diri masing-masing ketika ingin melakukan sesuatu yang melibatkan syaitan Jahanam!" Ujar Tok Empat Sitam sambil menundukkan. kepalanya.
"Tanpa mempunyai kekuatan iman yang teguh, pasti ianya akan membuka jalan kepadanya untuk memperbudakkan kamu semua.
Memuja benda atau tempat keramat untuk tujuan memulihkan kesakitan atau mendapatkan nombor ekor haruslah dikikis dari diri kita semua.
Namun begitu, kita tidak harus memperkecil-kecilkan kepercayaan masyarakat lain.
""Untuk itu, perlulah kita saling bertukar-tukar fikiran atau bertanya daripada orang yang lebih mengetahui tentang perkara-perkara yang kita sendiri kurang pasti.
Dengan cara begini, mudah-mudahan segala kesulitan yang dihadapi akan dapat diselesaikan tanpa menyinggung perasaan sesiapa, baik yang masih hidup ataupun yang telah mati.
"Ketua Kampung Gintung juga turut memberikan nasihat kepada anak-anak buahnya.
"Tak ada jalan lain," katanya, "aku tak rela jika ada penduduk kampung ini yang sanggup memuja atau mengotori tempat yang tidak sepatutnya dipuja ataupun dikotori.
""Kubur anjing sial itu harus digali semula dan kepala anjing yang ditanam disitu hendaklah kita buang!""Buang ke mana?" Sampuk salah seorang yang berada di situ.
"Biarlah aku yang akan menguruskannya!" Balas Tok Empat Sitam tanpa memperlihatkan wajah gembiranya kerana sudah dapat membayangkan hasratnya kini sudah hampir terlaksana, "aku akan menguburkannya di suatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun!"Harapan Tok Empat Sitam itu adalah setulus hatinya.
Ketulusan hatinya itu, meskipun dalam tafsiran lain tetapi telah mendapat persetujuan ramai.
Selepasmengalami rasa ngeri dan sedih melihat kematian Bidin, Pak Semaun tersenyum kerana kagum dengan muslihat yang dilakukan oleh Tok Empat Sitam.
Ketika kubur itu digali untuk mengeluarkan kepala anjing besar itu, Pak Semaun sudah tidak dapat tersenyum lagi.
Dia sendiri yang mengangkat kepalaanjing besar itu dari lubang kubur lalu terus membungkusnya dengan sehelai kain yang diberikan oleh salah seorang penduduk Kampung Gintung.
Ketikamembungkus kepala anjing besar itu, tangan Pak Semaun terketar-ketar.
"Benarkah kepala anjing ini adalah kepala cucuku sendiri?" Tanya hati Pak Semaun.
Tak seorang pun yang berani mengikuti Tok Empat Sitam dan Pak Semaun ketika mereka beredar dari Kampung Gintung sambil membawa kepala anjing besar itu di dalam bungkusan lain.
Mereka berjalan dengan pantas tanpa bercakap antara satu sama lain.

Sumber:Internet