Gelap

Lembah Puaka 13

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Lembah Puaka 13

. Makhluk yang hanya mempunyai kepala dengan matanya yang merah menyala itu melayang-layang di lereng gunung sambil melalui lorong-lorong yang sempit lalu masuk dari satu gua ke gua yang lain.
Matanya ditumpukan ke arah semak dan belukar sambil mengintai di sebalik pepohon yang tegak merimbun lalu masuk kembali ke dalam gua-gua yang terdapat di lereng gunung itu.
Semakin lama berlegar-legar di kawasan itu, mata makhluk tanpa badan itu terpegun beberapa kali sambil berhenti dan terapung-apung di udara.
Ada juga ketikanya kepala tanpa badan itu turun ke tanah lalu tergolek lemah di atas batu dan tanah yang terdapat di lereng gunung itu.
Selepas itu, kepala itu terbang semula sehinggalah mata merahnya semakin lemah kerana berputus asa.
Ketika itu, tiba-tiba muncul satu lembaga besar dan sasa dengan rambut serta janggutnya yang memutih.
Sambil memegang sesuatu di tangannya, lembaga itu keluar ke tempat yang terbuka dan lapang di bawah sinaran bulan purnama.
"Kau sedang mencari benda ini, bukan?" Lelaki itu bersuara lantang tetapi masih ada kelembutannya.
Benda yang diseretnya tadi dicampakkan ke atas tanah di hadapannya.
Ternyata benda yang dicampakkan oleh lelaki itu ialah satu tubuh berkaki empat yang berwarnahitam dengan bulunya yang telah hampir botak.
Kepala yang masih terapung-apung di udara itu terpaku dan tergamam.
Kemudian barulah dia memalingkan mukanya.
Matanya yang merah menyala itu merenug tepat ke arah tubuh berkaki empat yang sedang terjelepak di atas tanah di bawahnya.
Kemudian matanya diarahkan pula kepada lelaki tua yang baru keluar dari persembunyiannya itu.
Dari gerak-gamit muncung makhluk yang sedang terapung itu terdengar suara mengerang dan matanya yang merah itu menyatakan kemarahannya.
"Kau betul-betul sial, bukan? Mereka telah memenggal lehermu lalu memisahkan kepala dan tubuhmu tanpa mengetahui bahawa ketika itu engkau sebenarnya masih belum mati yang sebenar-benarnya mati!""Mereka tidak tahu perkara itu kecuali aku yang mengetahui. segala-galanya kerana aku adalah Liki, orang yang sentiasa mengikuti setiap pergerakan yang kaulakukan sejak kau meninggalkan pondok burukku yang terletak di tengah-tengah hutan.
""Aku mengekori ke mana saja kau pergi melalui mata hatiku dan dengan mata hatiku, aku dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh penduduk kampung terhadapmu ketika tubuhmu digantungkan pada dahan belimbing tua itu.
Dan melalui mata hatiku juga aku dapat melihat setiap perbuatan yang engkau lakukan dan kenapa kau telah melakukan perbuatan-perbuatan buruk dan terkutuk itu? Belum cukupkah jika Mawar saja yang kau. jadikan mangsa nafsu ganasmu?"Mendengar nama Mawar disebut oleh lelaki tua itu, kepala makhluk tanpa badan yang sedang terapung-apung di udara itu terus berhenti mengerang dan sinaran matanya yang merah itu tidak lagi segalak tadi.
Ketika itu hanya terdengar dengus nafasnya yang dituruti oleh lidahnya yang terjelir-jelir keluar masuk dari mulutnya.
"Setelah kau hampir memperkosai ibumu sendiri, kau sebenarnya tidak perlu takut padaku," ujar Pak Cik Liki, "kau tak perlu bersembunyi dan lari ke sana ke mari.
Dan aku telah mengingatkanmu sejak dari awal lagi dan apa yang telah terjadi ke atas diri Mawar adalah sesuatu yang wajar sebagai pembalasan.
Aku tidak pernah menaruh perasaan dendam terhadapmu walaupun aku merasa amat kecewa atas perbuatanyang telah engkau lakukan terhadap anak gadisku itu dan yang lebih menyedihkan lagi apabila aku kehilangan seorang anak yang amat aku sayangi.
"Kepala yang masih terapung-apung di udara itu kelihatan tunduk seolah-olah memberi tanda hormat kepada lelaki tua yang berada di bawahnya.
"Tetapi nafsu marahmu rupanya tidak pernah terlepas dari dirimu dan sehingga ajalmu benar-benar akan simpati, lidahmu masih terus mengucapkan lafaz untuk membalas dendam terhadap penduduk kampung.
Nafsu marahmu itu kemudiannya memperbudak-budakkan dirimu sendiri dan memberikan kekuatankepadamu untuk menjayakan niat jahatmu itu.
Rohmu telah diperbudakkan oleh perasaan busuk hatimu lalu membuangkan perasaan baik yang ada di dalam tubuhmu itu jauh entah ke mana.
Perasaan baik dan buruk memang ada dalam diri setiap makhluk tetapi jika perasaan buruk sudah menguasai perasaan baik maka kehancuranlah yang akan kau dapati.
"
Sumber:Internet