Gelap

Lembah Puaka 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Lembah Puaka 4

. Bersama larutnya malam, larut pulalah benteng pertahanan iman dan nafsu Meran.
Dengan iringan dengkur Pak Cik Liki yang makin kuat.
Lelaki tua itu masih lelap di atas kerusi malasnya.
Dengan berjengkit-jengkit, Meran menapak ke arah pintu bilik tidur Mawar.
Ternyata pintu bilik anak gadis Pak Cik Liki itu tidak dikunci.
Sewaktu tangan Meran menolak daun pintu bilik tidur Mawar, terdengar bunyi keriut pintu tetapi ianya tidak memeranjatkan sesiapa.
Hanya Meran yang terpegun dan berdiri tegak untuk mempastikan tidak mengejutkan Pak Cik Liki.
Hanya bunyi dengkur lelaki tua itu yang memecah kesunyian malam dan selain dari dengkur lelaki tua itu, Meran tidak mendengar bunyi apa-apa lagi.
Sebenarnya, Meran tidak mengetahui bahawa ketika dia menutup kembali pintu bilik anak gadis Pak Cik Liki, rupanya lelaki tua itu memandang ke arahnya dengan matanya yang separuh terbuka.
Lelaki tua itu mengawasi pintu bilik tidur anak gadisnya yang ditutup dengan begitu berhati-hati.
Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, lelaki tua itu berkata di dalam hatinya: "Lelaki, walau di mana pun berada, sama saja!" kemudian matanya kembali pejam.
Di dalam bilik tidur Mawar, cahaya samar dari pelita minyak tanah menerangi lantai tanah yang kerasterdapat lapisan jerami yang tebal di mana tubuh Mawar yang mengghairahkan sedang terbujur macam orang pengsan.
Mawar langsung tidak terkejut oleh bunyi langkah Meran yang amat berhati-hati masuk ke dalam bilik tidurnya.
Langkah Meran yang lembut dan perlahan itu semakin lama semakin rapat ke arah Mawar.
Tubuh molek itu tetap mendiam ketika Meran duduk mencangkung di sisinya.
Kemudian Meran membongkokkan tubuhnya lalu mengucupi bibir Mawar yang ranum itu.
Mawar hanya menggeliat lemah ketika kain selimutnya disingkap dengan lembut oleh Meran.
Dia baru membuka matanya ketika Meran menyusup ke dalam selimutnya.
Mawar membelalakkan bijimatanya kemudian dia menentang hasrat Meran itu dengan gaya lembutnya.
Tentangan dari Mawar itu langsung tidak diendahkan oleh Meran sebaliknya dia terus mematahkan larangan dan tentangan dari Mawar melalui ciuman rakusnya yang bertubi-tubi.
Kemudian,apabila Meran melepaskan ciumannya, Mawar sempat berbisik ke telinga Meran.
“Aku harap kau tidak akan menyesal nanMeran hanya mendengar bisikan yang dibaratkan sebagai amaran oleh Mawar tetapi dia tidak mempedulikannya.
Nafsunya sudah tidak dapat dikawal lagi dan seketika kemudian mereka bersatu dan melakukan perkara terkutuk dan dilaknat Allah.
Meran hanya menyedari bahawa gadis itu bertindak liar dan buas apabila Mawar berada di atas tubuhnya.
Gadis itu meliuk-liuk dan menjadi semakin liar.
Akhirnya Meran tersentak apabila melihat keadaan Mawar yang seperti dirasuk hantu.
Separuh dari tubuh Mawar mendongak ke atas sedangkankedua-dua belah tangannya tidak mencecah lantai untuk menampung keseimbangan tubuhnya.
Dengan posisi yang aneh itu, Mawar sempat melepaskan dendam berahinya yang telah dibangkitkan oleh Meran.
Ketika itu.
Meran terdengar bunyi berdesis dari mulut Mawar yang setengah ternganga.
Bunyi itu berterusan dan semakin tajam menikam telinga Meran.
Kemudian gadis itu menjelirkan pula lidahnya yang bercabang dua di bahagian hujungnya.
Lidah itu berubah dan buihnya yang berbau busuk dan hanyir itu jatuh menitis ke muka Meran.
Ketika itu, mata Mawar mula berubah menjadi merah kehijau-hijauan lalu disusuli pula dengan perubahan yang berlaku pada bahagian tubuh gadis itu.
Wajah gadis itu menjadi semakin lonjong dan kulitnya yang halus itu menjadi semakin kasar dan bersisik.
Kesat dan berwarna hitam pekat.
Ketika itu, kaki dan tangan gadis itu lenyap dengan sendirinya.
Manakala tubuhnya terus memanjang.
Besar dan berwarna hitam pekat berkilat.
Akhirnya, dengan satu bunyi desis yang kuat melalui mulut dan lidahnya yang bercabang dua, bahagian atas tubuh makhluk yang menyeramkan itu melorot lalu terjatuh di atas jerami betul-betul di sisi Meran yang berwajah pucat lesi dan menggeletar ketakutan.
Nafsu berahi Meran yang memuncak telah mati dengan tiba-tiba.

Sumber:Internet