Gelap

Lembah Puaka 5

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Lembah Puaka 5

. Telah beberapa kali berlaku perkara yang tidak baik ke atas diri Meran ketika dia sedang melakukan kegiatan jenayah ketika dia menetap di Kuala Lumpur.
Jadi tidak hairanlah kalau dia telah direkodkan oleh pihak polis sebagai salah seorang penjenayah bahaya.
Dalam usia baru menjangkau 15 tahun, Meran telah merengkok di dalam penjara.
Pengalaman memang patut dijadikan peringatan supaya peristiwa buruk yang menimpa ke atas dirinya tidak berulang.
Tetapi disebabkan oleh keinginan untuk memiliki sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat akhirnya segala pelajaran yang diberikan oleh guru termasuklah gurunya ketika berada di dalam penjara tidak dapat dijadikan panduan olehnya.
Nafsu itulah yang sedang mendorong Meran supaya tidak tidur.
Setelah mendengar dengkur Pak Cik Liki, dia masih perlu bersabar dan berpura-pura tidur dengan turut berdengkur mengikut irama dengkur Pak Cik Liki.
Sahut menyahut antara satu sama lain.
Sambil berpura-pura berdengkur, Meran perlahan-lahan mencapai pisau komandonya.
Setelah pisau itutergenggam kemas di dalam tangannya, anak muda itu perlahan-lahan merangkak menuju ke arah bilik tidur Mawar.
Kali ini dia terpaksa lebih berhati-hati.
Halangan pertama yang terpaksa dihadapinya ialah perasaan jijik, mual dan seram tatkala dia melangkah longgokan jerami yang sedang ditiduri oleh makhluk besar berwarna hitam yang masih melengkar.
Ketika lalu berhampiran dengan makhluk besar dan menakutkan itu, Meran terpaksa menahan nafasnya.
Muncung makhluk besar dan menakutkan itu terletak dilingkaran paling atas.
Mulutnya tertutup rapat manakala matanya yang tidak berkelopak juga turut terkatup.
Tidak ada bunyi desis yang terdengar oleh Meran ketika itu.
Melihat akan keadaan demikian, Meran segera melompat ke arah sudut bilik.
Di situdia duduk mencangkung sambil tangannya menyentuh peti kecil berwarna kuning pekat dengan keinginan yang semakin meluap.
Seperti juga dengan pintu bilik, peti kecil itu juga tidak berkunci dan memudahkan Meran membukanya.
Melalui sinaran dari cahaya pelita minyak tanah, Meran dapat melihat apa yang berada di dalam peti kecil itu.
Meran mendapati kandungan yang disimpan di dalam peti itu ialah intan berlian manakala emas adalah sebahagian kecil sahaja.
Menyedari bahawa harta karun yang tidak ternilai harganya itu sudah berada di dalam genggamannya, secara tidak sengaja Meran telah mengerengkan peti tersebut untuk melihat kandungan di dalam peti itu dengan sepuas-puas hatinya.
Tanpa disedarinya, pancaran cahaya dari batu-batu permata yang berharga dari peti itu telah terkena cahaya pelita dan memantulkan cahayanya ke arah tubuh makhluk hitam besar yang berada tidak jauh dari situ.
Apabila pantulan cahaya itu terkena ke arah mata makhluk besar itu tiba-tiba sahaja mata makhlukitu terbuka lalu mengawasi apa yang sedang berlaku.
Bahagian kepalanya mula bergerak-gerak dan lidahnya yang bercabang dua itu berbuih-buih sambil terjelir-jelir keluar masuk dari muncungnya.
Bunyi desis mulai memecah kesepian malam dan bunyi itu tiba-tiba mengejutkan Meran yang sebentar tadi telah lupa bahawa dia masih berada di sisi makhluk yang dahsyat dan menakutkan itu.
Agak seketika Meran macam terpukau ketika matanya bertentangan dengan mata merah makhluk aneh itu.
Kemudian tangannya segera menghunus pisau komandonya dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Jangan tunggu! Kau harus menyerang dahulu sebelum engkau diserang!" bisik hati kecilnya.
Walaupun makhluk berbadan hitam dan besar itu masih lagi berlengkar di dalam bilik itu kerana dia hanya menggerakkan mata dan kepalanya sahaja tetapi perasaan takut tetap menghantui jiwa Meran.
Disebabkan oleh perasaan ingin menyelamatkanbdirinya adalah lebih utama, Meran tidak menyedari bahawa tangannya telah bergerak dengan begitu pantas dan hinggap di antara dua mata makhluk besar itu.
Seperti orang yang tidak sedarkan diri, Meran mencabut pisaunya dan menikam ular besar itu bertubi-tubi.

Sumber:Internet