Gelap

Lembah Puaka 6

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Lembah Puaka 6

. Giliran untuk Pak Semaun mengairkan sawahnya masih ada dua jam lagi sedangkan air sudah lebih dari mencukupi untuk membasahi sawahnya.
Pak Semaun membuang puntung rokoknya lantas terus menutup kunci air dan terus pulang.
Biarlah air di saluran itu mengalir terus ke mana saja dan terbuang dengan percuma.
Yang pasti dia tidak rela kalau air itu mengalir ke arah sawah Zawiah yang tamak itu.
Pak Semaun juga tidak mahu lagi membantu untuk mengairkan tanah Lijah, janda beranak empat yang mempunyai bentuk tubuh yang mengiurkan itu.
Bantuan yang diberikan oleh Pak Semaun selama ini langsung tidak dipandang walau dengan sebelah mata oleh janda itu.
Pak Semaun masih lagi teringat akan kata-kata yang diucapkan oleh Lijah, janda beranak empat itu petang kelmarin.
"Bukannya aku menolak, kata Lijah dengan lembut.
Alasan yang diberikan oleh Lijah tidak menyenangkan Pak Semaun.
"Aku telah bersumpah dengan arwah suamiku ketika dia akan menghembuskan nafas terakhirnya.
Aku telah bersumpah tidak akanmensia-siakan hidup anak-anaknya, bersumpah akan terus menghormati hari-hari bahagia ketika kami hidupbersama.
"Bersumpah ataupun tidak adalah satu persoalan lain.
Yang jelas sekarang ternyata Lijah tidak mahu menerima huluran tali kasih yang ditunjukkan oleh Pak Semaun.
Kini Pak Semaun sedar bahawa selama ini diahanya bertepuk sebelah tangan.
Tidak berapa jauh kakinya melangkah, Pak Semaun tiba-tiba ternampak kelibat dua lembaga manusia yang sedang berjalan menuju ke arah kunci air yang sebentar tadi ditinggalkan oleh Pak Semaun.
Dengan memerhati hanya sekilas pandang, Pak Semaun tahu kedua-dua mereka adalah kaki pukul yang diupah oleh Zawiah.
bSalah seorang dari lelaki itu merungut: "Dasar orang tua bangka dah nak mampus!"Pak Semaun dapat mendengar kata-kata lelaki itu dengan agak jelas.
Hulu parang bangkung yang masih tergenggam di tangan kanannya dipegangnya denganblebih kemas.
Kemudian dia terdengar pula suara pemudanyang lagi satu berkata: "Bagaimana kalau kita ajar saja dia! Kita kencingkan mukanya supaya dia tahu siapa kita!""Sudahlah!" kata kawannya,"tanpa mengotorkan tangan kita, orang tua itu akan mampus dengan sendirinya.
Mati disebabkan oleh sifat dengkinya sendiri!"Kecut hati Pak Semaun sewaktu dia meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.
Bolehkah dia mati kerana diburu oleh sifat dengki? Apa benarkah dia seorang yang dengki? Dia tidak rela untuk menghabiskan usianya yang masih berbaki itu untuk mengairkan tanah sawah Lijah, janda bertubuh gempal yang menarik perhatiannya.
Dia juga tidak mahu lagi membantu janda itu setelah Lijah menolak cintanya lalu air itu dibiarkan mengalir begitu saja.
Adakah itu dengki namanya?Kedengkian itulah yang telah mendorong anaknya pergi ke bandar.
Meran, cucu kesayangannya yang masih kecil turut dibawanya.
Kalau bertemu dengan isterinya, anak kecilnya itu akan disuakan ke muka bininya yang sampai hati mengikut lelaki lain.
Sehingga akhir hayatnya, Muluk gagal menemui isterinya.
Walaupun isterinya curang kerana lari mengikut jantan lain tetapi kasih dan cinta Muluk terhadap Mariam tidak pernah pudar.
Tidak pernah luntur.
Yang menjadi mangsa ialah Meran, anak kecil yang tidak tahu apa-apa.
"Cucuku yang malang," bisik hati kecil Pak Semaun,"dia pasti tidak melakukan kejahatan jika hidupnya tidak disia-siakan oleh ayah dan ibunya.
"Perasaan kasih kepada cucunya itulah yang mendorong dia berhasrat untuk meninggalkan rumahnya setelah bersarapan pada pagi itu.
Lagipun tak ada lagi yang diharap-harapkan olehnya di dunia ini kerana Lijah pun sudah menolak cintanya.
Satu-satu lagi harapannya yang masih tersisa adalah memberikanperhatian terhadap cucunya.
Meran masih muda dan mempunyai harapan.
Walaupun sukar dan merbahaya, Meran masih mempunyai harapan untuk mengharungi lembah puaka itu dengan selamat.
Pak Semaun akan pergi menemui cucunya untukbmenyatakan bahawa sawahnya yang tidak seberapa itu akan diwariskan kepada Meran.
Dengan jagaan sempurna oleh ibunya sendiri, Pak Semaun berharap cucunya itu mahu menukar sikapnya dan mahu membuka lembaran hidup yang baru.

Sumber:Internet