. Ketika beberapa orang penduduk kampung datang ke rumahnya sambil mengusung seorang pemuda yang sedang pengsan, Mariam menyedari bahawa itulah makna dari firasat yang telah dirasakan olehnya.
Dua hari sebelum itu, Mariam mendapati jantungnya berdenyut begitu kencangtanpa sebarang sebab.
Begitu juga dengan telinga kanannya sesekali berdesing panjang yang menandakan bahawa dia akan menerima atau mengalami satu peristiwa yang tidak pernah diduganya sama sekali.
Anak muda yang masih pengsan itu dibaringkan di atas kerusi panjang di ruang tamu.
Mariam memerhatikananak muda itu seketika.
Kemudian dia terdengar suara seorang penduduk kampung yang memberitahu di mana tempat anak muda itu di temui dan kenapa dia membawa anak muda itu ke rumah Tok Empat Sitam.
โKatanya, dia meminta dihantarkan ke rumah Tok Empat Sitam bagi menemui seseorang di rumah ini.
Apakah kakak mengenalinya?" Tanya lelaki yang menemui anak muda itu di tepi hutan.
Mariam menatap wajah anak muda itu sekali lagi.
Anak muda itu membuka matanya perlahan-lahan dengan keadaan yang amat payah.
Mata mereka bertemu dan jantung Mariam semakin berdenyut kencang.
Mukanya tiba-tiba menjadi merah tetapi akhirnya menjadi pucat apabila dia dapat mengingati bahawa anak muda yang ada di hadapannya itu adalah Meran, Anaknya sendiri.
Anaknya bersama Muluk.
Apabila anak muda itu sudah mampu untuk duduk dan bercakap.
Mariam sudah yakin bahawa pemuda itu adalah anaknya sendiri dan anak muda itu tidak perlu memperkenalkan siapakah dirinya.
Dengan hanya melihat sinaran mata anak muda itu, Mariam sudah tahu dan yakin bahawa anak muda itu tidak lain dariMeran.
Biji mata Meran pekat.
Melihat mata hitam anak muda itu, Mariam seolah-olah sedang melihat cermin dan melihat mata hitamnya sendiri.
Mata itu berwarna coklat gelap, warna yang menyimpan kekerasan hati serta hasrat petualang yang begitu kuat sehingga kadangkala melampaui batas.
Meskipun kerinduannya terhadap anak lelakinya itu amat mendalam tetapi dia masih dapat menahan dirinya dari terus memeluk dan mencium anak yang telah lama tidak ditemuinya itu.
Terdapat bermacam perasaan bersalah di dalam diri Mariam.
Perasaan bersalah dipendamnya sejak belasan tahun yang lalu dan kini menjadikan dirinya semakin takut.
Takut kalau-kalau-huluran tangannya nanti akan disambut dengan penolakan yang pasti akan menyakitkan hatinya atau kebencian yang amat keras seperti seketul batu yang tidak dapat dicairkan lagi.
Lebih-lebih lagi dia mendapati anak muda itu memandangnya dengan tidak berkelip-kelip dari hujung rambut hingga ke hujung kaki lalu kembali memandang wajahnya.
Wajah Mariam direnungnya begitu lama.
"Jadi, kaulah perempuan yang telah melahirkan aku?" Anak muda itu bersuara perlahan tetapi agak keras bunyinya, "boleh aku tahu berapakah umur ibu sekarang?"Soalan itu amat mengejutkan Mariam.
Namun begitu dijawabnya juga, "tiga puluh empat tahun.
Kenapa?""Sebelum ini aku bayangkan ibu adalah seorang perempuan yang sudah tua, kurus dan sering sakit," balas Meran.
"Ohhh, begi Mariam menahan perasaan.
"Sungguh.
Aku benar-benar tidak percaya ibu telah berusia lebih dari tiga puluh tahun!""Ketika aku bernikah dengan ayahmu, umurku baru 13 tahun," Mariam cuba memberikan penjelasan.
"Lalu!""Lalu apa?""Lalu ibu kelihatan masih begitu muda dan sihat!"Mulanya Mariam ingin memberikan penjelasan kepada Meran bahawa keadaan dan wajah seseorang itu tidak bergantung kepada usia mereka.
Ada orang yang berusia masih muda tetapi wajahnya sudah memperlihatkan kedut dan pasti nampak tua manakala ada orang yang telah tua tetapi kelihatan masih muda dan cantik.
Mariam juga ingin menjelaskan kesemuanya kecuali kehidupan yang ditempuhinya ketika dia menetap diKuala Lumpur, bandar besar yang sentiasa mencabar.
Sumber:Internet