Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 11

. Makin ramai adik abah pulang, anak perempuan kak ngah yang sulung turut menumpang dalam bilik Suhaila.
Anak buah lelaki menumpang dalam bilik abah.
Bilik kosong lagi satu untuk kak ngah dan suaminya.
Suaminya orang Amerika, tak betah berkongsi bilik.
Kak lang menumpang bilik mak.
Hakimi pula berkongsi dengan Hasri, adik abah yang kerja di KL, katanya jurutera.
Suhaila bagitau Hasri ni romeo dari along.
Along tu diburu perempuan tapi Hasri ni memburu dan diburu.
Hebat, memang pun rupa sangat kacak, jauh mengalahkan abah.
Memang berbeza dari adik beradik lain, ikut rupa ayahnya kot.
Sibuk sangat abah hari ni, dari sebelum subuh dah keluar rumah.
Pagi tadi masa sarapan je nampak abah.
Tu pun jauh, tak dan nak tegur pun.
Tapi abah sempat kenyit mata.
Abah ni, sejak kat kampung ni macam macam tau.
Malam semalam, orang lain sibuk kat bawah rumah menyambut kakngah sekeluarga tiba dari utara, abah naik ke atas katanya pening.
Aku ambil minyak angin dan panadol yang memang aku bawa dari rumah.
Semasa masuk ke bilik sebelah, aku tengok dia duduk di bucu katil.
Panadol yang aku beri; ditelan danย  meminta aku memicit kepalanya yang diletakkan diribaku.
Sewaktu aku turun ke bawah, Hasri ada di meja makan sedang minum air.
Aku senyum padanya sekadar berbudi bahasa, dan menyertai keriuhan adik beradik abah.
Jenuh nak menjawab soalan soalan kakngah dan kaklang, mujur ada mak dan Suhaila, diorang tolong jawabkan.
Hasri turut serta, duduk di sofa belakangku.
"Along mana?", soalnya tiba tiba.
Baru yang lain perasan dan tertanya tanya.
"Cikgu kata dia pening, dia nak tidur kejap", jawabku bagi pihak abah.
Semua terdiam seketika, kemudian kembali bising.
"Penatlah kakak nak kejar awak", ujarku mencungap sambil mengejar Irsyad, anak kaklang untuk dimandikan, Izah kukelek dipinggang.
Mandi pagi pun susah, masing masing dah bau masam.
Apataknya, lepas sarapan terus hilang, ni dah dekat jam 10.
Kaklang meninggalkan pesan padaku untuk mandikan Izah dan Irsyad, dia dan kakngah ke pasar membeli barang mentah untuk dijadikan lauk malam ni.
Izah dan Irsyad ni macam kembar.
Tapi bukan kembar lahir, cuma kembar tahun.
Cucu mak yang lain aku tak nampak, pergi mandi sungai ke meronda kampung ke aku tak tau.
Sunyi sepi rumah, hanya ada suara Irsyad dan Izah je.
Irsyad berlari mengelilingi rumah mak kemudian di celah celah kereta yang bersusun di halaman.
"Nah...""Tolong bawakan ke bilik air boleh? Tak larat nak dukung"Abah akur.
Basah baju aku akibat budak dua orang ni main simbah simbah air masa mandi.
Geram sungguh.
Tak pasal macam baru lepas mandi je rupa aku ni, padahal aku dah mandi subuh tadi.
Aku masuk ke bilik mak membawa keduanya sebab kaklang cakap baju mereka ada di situ.
Langkahku terhentiย  bila Hasri sedang baring di atas katil mak.
Aku ambil baju Izah dan Irsyad yang kaklang dah letak di hujung katil dan keluar.
"Nak kemana?", soalnya.
"Pakaikan baju Izah dan Irsyad kat luar".
"Pakai je kat sini.
Tak ganggu aku pun", katanya sambil tangan laju menekan nekan telefonnya.
Payah nak pakaikan baju budak budak tu, ada je akal nak melarikan diri.
"Suhaila mana?", tanya Hasri sewaktu aku nak menyiapkan Izah.
Irsyad masih berbogel dah berlari keluar dari bilik.
"Gi ambil kerepek dengan mak"jawabku kalut menyikat rambut Izah.
"Irsyad.. meh sini pakai baju", jeritku, bangun dan keluar untuk menangkapnya.
Izah dah cantik wangi, aku tinggalkan dengan Hasri.
"Ala paklong lagi", Irsyad memukul mukul abah yang berjaya menangkapnya.
"Budak nak kena sunat ni, nakal sangat", sakat abah, sewaktu menghulurkan Irsyad padaku.
"Kenapa seksi sangat ni?", bisik abah.
Aku baru terperasan padahal dari dalam bilik air, aku dah begini.
"Lepas ni pergi tukar baju", pesan abah.
Aku dah segan nak masuk bilik mak.
"Kenapa tak bawa Irsyad masuk bilik pakai baju?", tanya abah bila aku masih tak berganjak.
"Tolong masuk, ambilkan baju Irsyad.
Ada Hasri kat dalam".
"Bila dia masuk?", abah terkejut.
"Dari tadi".

Sumber:Internet