Gelap

Love Hakthuiii 12

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 12

. "Mak.. along nak bawa Emilia keluar kejap".
Mak menjeling, aku tau tu tandanya akan disoal siasat.
Dan rasa macam muda remaja pula bila mak beraksi demikian.
"Nak kemana?""Pekan je""Bawak ashu.
Tak pun bawa sapa sapa saje asal jangan berdua.
Nanti orang mengata".
Padan muka, sapa suruh tak terus terang dengan mak.
Nak berdating pun susah.
"Alongggg...", seruan panjang Suhaila memanggilku dengan manja dari tingkat atas, tersenyum senyum.
Ada la tu, dah faham sangat.
"Jom pergi pekan.
Ashu ingat nak masuk kelas komputer la kat pekan", katanya memelukku manja.
Memang dia terlebih manja dengan aku sebab sewaktu dia dilahirkan, ayah dah meninggalkan kami sekeluarga.
Akulah ayahnya.
Paling terkesan dengan sikap ayah, Hakimi.
Dia paling manja dengan ayah, tiba tiba ayah pergi begitu saja.
"Kelas komputer? Sapa nak bayar?", tanyaku.
Emilia turun tangga, sejuk hati aku bila dia tersenyum.
Emilia ni tak la nampak rupa melayu sangat "Along la.
Boleh kann....", pujuknya.
Hasri menolak kerusi roda Hakimi ke dapur dan duduk didepanku.
Hanya tinggal kami yang bujang bujang.
Keluarga kakngah dan kaklang sudah ke Legoland.
"Emilia nak masuk kelas komputer dengan Suhaila?", tanyaku.
Dia mengeleng, "mana ada duit nak bayar"  katanya tertawa kecil.
Dia duduk diantara Hasri dan Hakimi.
Itu saja tempat yang kosong di meja makan.
Diorang ni pun, bukan tak boleh duduk sebelah menyebelah.
Saja je kan nak apit Emilia.
"Kalau Emilia nak belajar, Ayie (nama panggilan Hasri di rumah)boleh bayarkan.
Along bayar untuk Ashu je", Hasri mencelah sambil tangannya menyenduk nasi.
Emilia yang sedang menuang air, tergamam.
Mak dan Suhaila merenung Hasri dan Emilia silih berganti.
"Bukan pe, Emilia kan tak de keluarga.
Hari tu mak juga cakap anggap Emilia ni macam adik kita kan? Kalau along tanggung sorang, teruklah.
So kita split, boleh kan?", tambahnya.
Aku mengangguk bersetuju dengan kebenarannya.
"Pekata Ayie bayar sekali untuk ashu.
Bukan selalu pun.." , pujuk Suhaila tiba tiba memeluk leher Hasri dari belakang.
"Yelah... Ayie bayar sekali.
Belajar betul betul", kata Hasri tegas, mengelus rambutnya yang dah serabut akibat dimain oleh Suhaila tadi.
Memang kepantangan dia, orang usik rambut tu.
"Eh.. biarlah Suhaila belajar sorang.
Saya tak payahlah.
Lagipun nanti Cikgu balik, takkan saya tinggal sini", celah Emilia.
"Belajar je Emilia.
Sekarang tengah cutikan.
Kat sana, Emilia duduk menumpang rumah orang jugak kan, baik duduk sini boleh teman mak dan Suhaila.
Lagipun bukan senang nak dapat Ayie belanja.
Kaki kemut ni", ujar mak mengenyit mata.
Memang betul, susah nak merasa duit Hasri.
Pandai betul menyimpan duit.
Gaji besar tapi belanja untuk diri sendiri je.
Selera besar, bergaya.
"Kejap ek... baru teringat", Hasri tiba tiba bangun dan berjalan ke bilik.
"Nah Emilia.
Gunalah.
Ayie dah tak guna.
Nanti pergi kelas senang nak contact mak ke ashu ke cikgu ke".
Hasri memberikan telefon bimbit warna kelabu pada Emilia.
Bukan Emilia saja tapi semua terkejut bila Hasri memberi telefon tu.
"Eh.. tu kan Ayie baru beli tahun lepas", Suhaila bersuara.
"Haah, tapi baru ni company bagi new phone to all engineers.
Ada reward sebab collab company kami dengan syarikat telefon ni berjaya.
Ayie guna la telefon baru tu", terang Hasri.
"Bagilah kat Ashu", merajuk pula budak sebelah aku ni.
"Ashu, Along baru bagi hadiah telefon masa birthday hari tu kan.
Kenapa tamak ni?", tegurku tapi curiga dengan perubahan sikap Hasri, tetiba jadi pemurah.

Sumber:Internet