Gelap

Love Hakthuiii 17

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 17

. Aku pulang dengan hati yang membengkak selepas tumbukan padu melayang ke muka Saiful.
Perutku sebu.
Isteri?? Merah inai di jari perempuan tu, pasti baru lagi bernikah.
Aku teringat- ingat pada Lia dan anak anaknya.
Ah tak keruan jadinya aku.
Kunci kereta, wallet dan jaket.
Done.
Aku memandu ke rumah Lia.
Aku berhenti di depan rumahnya.
Hanya ada kereta Lia.
Kereta Saiful tiada, maknanya dia bersama perempuan tadi.
Lampu tingkat bawah sudah terpadam.
Hanya lampu di bilik utama yang menyala.
Aku nampak bayangan budak melompat lompat atas katil.
Tingkap yang hanya ditutupi dengan langsir jarang membolehkan aku nampak Lia sedang mendodoikan baby Hana.
Rambut Lia separas dada beralun mengikut rentak dodoiannya.
Setelah beberapa lama, lampu kalimantang ditutup, hanya lampu tidur yang menyala.
Tiada lagi bayangan Aryan melompat.
Lia memandang keluar tingkap sambil mengikat rambut.
Lama Lia bersandar memandang bulan separa penuh.
Wajahnya muram, sedih.
Aku kesal membiarkan Lia begini.
Semuanya sebab aku, Lia menderita.
Aku kembali lagi pagi ni, satu malam aku tak mampu melelapkan mata.
Satu malam aku diburu dosa dosa lampau.
Setiap kali aku menutup mata, bayangan Lia datang menghampiri.
Aku nampak Lia sedang memerhatikan Aryan berbasikal roda tiga dan Hana diletakkan di dalam walker.
Hana pun sibuk nak berjalan.
Lia nampak tenang, masih boleh tertawa dengan telatah Aryan disebalik kemuraman di wajahnya.
Aku menghampiri pagar rumah dan memberi salam.
  Aryan melambaikan tangan sebaik mendengar suaraku, mempamerkan gigi disebalik senyumannya.
Oh anak.. comelnya.
"Ada apa datang sini?", soal Lia dingin tanpa memandangku.
"Nak jumpa Lia dan anak kita".
Lia berpaling memandangku sambil tersenyum sinis, "anak kita?Baliklah.
Tak manis orang pandang.
Abang Saiful tak de ni", halaunya.
"No.
Ayie nak jumpa anak Ayie", kataku keras.
Emilia seolah tiada perasaan.
"Ayie tau Lia terseksa kan? Sebab Saiful kawin lagi", sengaja aku pancing reaksinya dan berjaya.
Dia terkejut.
"Saiful ada di Cyber dengan isteri baru.
Bukannya ke Indonesia", kataku menambahkan pedihnya.
"Biarlah.
Asalkan dia bahagia begitu", balas Lia mendukung Hana dan menarik Aryan masuk ke dalam rumah.
Pintu ditutup rapat.
Aryan menjerit jerit hendak keluar.
"Assalamualaikum.
Kenapa ni?", ada suara menegurku dari belakang.
Ada seorang lelaki agak berumur dan perempuan lebih kurang sebaya aku, agak agak je.
Aku pernah jumpa mereka masa kenduri tempoh hari.
"Waalaikumsalam.
Saya nak jumpa Emilia", kataku bila perempuan tadi membuka pintu pagar.
Aku bersalaman dengan lelaki itu kemudian dipelawa masuk.
Aryan meluru keluar untuk bermain semula, sempat aku menangkap Aryan.
Hati terasa sayu saat memeluknya.
Aku rugi 3 tahun dalam proses pembesarannya.
Aku tak dapat lihat dia merangkak, berjalan jauh, berlari, dengar perkataan pertamanya dan macam macam lagi.
Lia sedang duduk menyusui Hana ketika aku masuk, langsung tak dipandangnya aku.
"Emi, ni ada orang nak jumpa", ujar perempuan tadi.
Emilia langsung tak mengangkat muka.
Perempuan tadi memandangku seribu persoalan.
"Lia, please forgive me".
Ungkapan paling berat aku pernah ucapkan.
Tiga tahun aku menanti untuk melafazkannya.
Air mata Lia menitik.
Lia memandang ke arah lain.
"You Hasri kan? I Shila", kami berjabat tangan.
Dia mencelah bila suasana agak janggal tadi.
"Ni my husband, Ahmad Adri but I think you kenal dia as Andrew".
Aku menghulurkan tangan, hormat dia lebih tua.
Aku kenal dia, pernah berjumpa saat aku mendaftar Lia di kolej dulu.

Sumber:Internet