Gelap

Love Hakthuiii 34

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 34

. "Emilia", seseorang memanggil aku sedang aku menyapu halaman rumah.
Siapa pula ni, mak dan Suhaila ke pekan sari membeli sarapan dan bahan untuk masak hari ni, Kimi dan Ayie rasanya masih tidur.
Aku berhenti menyapu dan berpusing ke belakang, arghhhh.
"Mmm.. cikgu".
Aku cuba kelihatan biasa sambil mencari kak Ayu.
Pagi benar cikgu sampai ni, masih berbaju melayu dan berkain pelikat.
Baru balik dari masjid kot.
"Ayu takde.
Kita boleh bercakap dengan aman", ujar cikgu seolah olah tau apa yang aku cari.
Kami duduk di pangkin.
"Emilia sihat? Tak apply untuk sambung belajar?"Alhamdullillah.
Apply juga.
Tapi tak dapat kot.
Tak pelah, bukan ada duit pun ni.
Saya kerja je".
"Mungkin intake ke dua atau ke tiga kot.
Macam mana kerja? Susah tak?".
"Mana ada kerja senang cikgu.
Boleh la untuk orang sekadar lulus SPM""Tempat tinggal? Gaji?""Bolehlah.
Cukup untuk saya""Dah ada boyfriend?", soal cikgu yang duduk disebelahku.
Aku terdiam, tak tau nak jawab bagaimana.
"Saya tak sepatutnya ceraikan Emilia hari tu", tiba tiba nada cikgu berubah.
"Tu qada dan qadar saya.
Tak perlu nak sesalkan", balasku menguis guis tanah dengan kaki.
"Kita nikah semula nak? Kali ni ikut prosedur yang betul.
Saya nak tebus kesalahan saya.
Saya janji untuk jaga Emilia betul betul kali ni", kata cikgu tiba tiba menarik tanganku dan menggenggamnya.
Mata kami bertemu.
Semestinya aku terkejut.
Brain freeze.
"Saya akan tanggung perbelanjaan Emilia kalau dapat sambung belajar".
"Jangan macam ni cikgu".
Aku cuba melepaskan tangan dari genggamannya.
"Saya rindukan awak, Emilia.
Sakit hati saya bila mak nak jodohkan Kimi dengan awak".
Semakin kuat genggaman dan diletakkan diantara dua kakinya.
"Kak Ayu?" Soalku memandang tepat matanya.
"Ehem.. lama dah sampai long?"Cikgu melepaskan genggamannya.
Ayie berada di belakang kami, dah segak macam nak keluar berjalan je gayanya.
"Baru lagi.
Nak sarapan kat sini cadangnya", jawab cikgu.
Aku menyambung mengumpul daunan kering untuk dibakar petang nanti.
"Ayu mana?", Ayie singgah duduk disebelah cikgu.
"Lisa ajak dia keluar sarapan.
Hantar Ayu ke rumah Lisa, tu terus ke sini".
"Mana mak ni lambat pula balik.
Bukan jauh pun", bebel Ayie.
Aku masuk ke rumah, tak kuasa nak dengar apa yang dibualkan 2 beradik tu.
Baik aku siapkan meja.
"Emilia.. mana Ayie?".
Kimi baru bangun tidur, dengan rambut kusut masai bertanya padaku tapi kelihatan cemas.
"Tu kat luar dengan cikgu", jawabku.
"Ayie.. along..", laungnya.
Telefon masih ditangan.
"Mak dengan Suhaila kemalangan", jeritnya.
Pinggan yang aku pegang jatuh berderai.
***** Hasri Aku berdiri lama dibelakang mereka, kusyuk sangat berbual agaknya tak sedar kehadiran aku.
Tapi bila along memegang tangan Lia, hati aku berdetak.
Harus diganggu, Lia hanya untuk aku.
Rancangan aku harus membantutkan apa saja yang along ingin lakukan.
Aku berdehem kuat, kelam kabut along berlakon seolah tiada apa apa.
Menyampah aku, hari tu tak nak.
Sekarang bila dah cantik, solid gebu.. macam nak terkeluar biji mata bila nampak Lia.
Bunyi sesuatu pecah di dapur membuatkan aku berlari ke sana tapi Kimi lagi pantas membantu Lia.
Aku mengemaskan pinggan yang berderai.
Setelah itu kami ke hospital.
Rupanya Suhaila terbabas setelah bergesel dengan kereta yang dipandu laju.
Mujur mak dan Suhaila tak cedera teruk.
Tapi mak terpaksa duduk di wad untuk pemeriksaan lanjut manakala Suhaila hanya cedera ringan.
.
Sumber:Internet