Gelap

Love Hakthuiii 35

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 35

. Kimi menyuruh aku keluar dari wad selepas mak tidur.
Suhaila ditinggalkan di rumah.
Aku duduk dengan Kimi di meja batu luar bangunan wad.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Kimi.
"Aku tak tau""Dah lama kawan dengan dia?" Aku menggeleng perlahan.
"Tapi dia cakap dah lama perhati aku.
Pendam perasaan".
"Kau tak cerita kau ada boyfriend?".
Dahiku berkerut,"Ayie bukan boyfriend aku la".
Aku mencubit manja lengan Kimi.
"Tapi kan Ayie jaga kau""Sampai bila dia nak jaga aku? Dia cakap dia akan lepaskan aku bila aku boleh hidup sendiri.
Apa maknanya?".
Kimi menggaru kepalanya.
"Dengan mak pun dia cakap takde apa apa dengan aku".
Aku mengadu, sedih ni.
"Aku tak faham hubungan korang ni.
Hidup macam laki bini tapi syarat gitu pula".
"Aku lagi tak faham.
Aku rasa aku ni perempuan simpanan dia je", luah aku.
"Perempuan simpanan kalau laki orang.
Datang sesekali, bila perlu nak melampias nafsu ", Kimi mencantas persepsiku.
"Kan elok kalau kau je yang couple dengan aku.
Takde pening macam ni.
Kau baik", gumamku.
"Gila kau.
Tak nak aku", balas Kimi.
Aku tergelak besar.
"Kau kan... baik.
Banyak je perempuan nak kan? .
""Dah.
Kau dah tau kan, simpan.
Aku tak suka la pening kepala macam ni.
Macam masalah aku pulak", ujar Kimi lemah.
"Kau terima la ni?"tanya Kimi membelek cincin belah rotan tu.
"Aku rasa terima je la.
Dia ikhlas dengan aku.
Terus terang nak aku jadi isterinya.
Sedangkan Ayie tak pernah sekali pun cakap hal ni".
Kami sama sama terdiam.
"Cuma aku tak tau macam mana nak bagitau Ayie", ujarku.
"Aku tak boleh tolong.
Tu hal korang.
Kau pandai pandai la nanti".
Esoknya, mak dibenarkan keluar.
Gembira sangat mak bila nampak lorong masuk ke rumah.
Makan pun berselera bukan macam masa di hospital.
Cedera mak dah sembuh cuma aku bantu dia ke tandas.
Tu pun sekadar tengok, mak tak bagi aku atau Suhaila memimpinnya.
Ayie saban malam menghubungi aku, bertanya khabar tanpa ada ayat rindu.
Tapi aku sentiasa ternanti nanti panggilannya.
Rindu.
"Suhaila, kau balik kampus esok ye?", tanyaku dan dia mengangguk.
Matanya pada skrin telefon.
Kini aku dan dia saja menemani mak.
Kimi dah balik KL.
"Boyfriend kau hantar mesej?", tanyaku lagi.
Dia mengangkat muka dan tersengih.
"Boyfriend kau ada cakap rindu tak bila korang tak jumpa?", Suhaila mengerutkan dahinya dengan soalan aku.
"Mestilah.
Tu la baru bercinta.
Kalau tak rindu, tak de cakap sayang, bukanlah in relationship".
"Owh... kau pun ada la cakap rindu kat dia??" Suhaila tersembur air yang berada dalam mulutnya.
"Kau ni.. malu la aku.
Dah boyfriend aku, mestilah aku luahkan perasaan aku.
Kalau sebelah pihak je kata rindu, sayang, cinta.. tu macam bertepuk sebelah tangan.
Macam aku je yang tergila gilakan dia", jelasnya.
Aku mengangguk, macam tu rupanya.
"Kau pernah pegang tangan dia? Buat apa apa ke?" "Eiii.. apa soalan kau ni", kata Suhaila.
Terus diletakkan telefon ke sisi.
"Tak r.
Aku tengok kat tv tu.
Kawan kawan aku pun.
Diorang pegang pegang la, peluk la".
"Biasa la tu.
Tidur sekali pun ada.
Sebab cinta sangat la tu", balas Suhaila.
"Ye ke? Kalau tak cinta maknanya tak tidur sekali?" "Apa kau ni Emilia?? Tak de boyfriend ke baru nak ada ni? Confuse aku" Aku terkebil kebil memandang Suhaila yang mula membebel.
"Orang lelaki ni ada yang gunakan kata kata cinta, ada juga gunakan duit untuk dapatkan yang diorang nak.
Tu umpan.
Kalau tak fikir panjang, memang hanyut la perempuan tu.
Lelaki macam ni memang tak guna.
Kau jaga jaga.
Kau dah la cantik, duduk jauh pula tu, sorang sorang".

Sumber:Internet