Gelap

Love Hakthuiii 38

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 38

. "Nak masuk dalam kejap, ambil cawan dan piring lagi, cikgu sampai tu", kataku menuding jari ke arah kereta yang baru tiba.
Sebenarnya aku nak mengelak dari topik tu berkembang.
Hati ini dah tak tenang.
Aku lihat dari dalam, meriahnya mereka berbual.
Bahagianya mak dengan kehadiran anak anaknya.
Aku mungkin setakat ni menumpang kasih dengan mak? Rahsia aku bakal berkahwin dengan Izham pasti akan terbongkar juga.
Mungkin aku takkan kembali merasai kasih sayang mak jika Izham tak benarkan aku kembali ke sini.
Lagipun, aku harus berdepan dengan Ayie jika datang berjumpa mak.
Cukup kuatkah hati ni? Izham dah tau aku cuma menumpang kasih pada keluarga ni.
Aku tiada ibu dan bapa.
Aku ceritakan satu persatu siapa aku sebenarnya.
Cuma aku tak memberitahunya rahsia diri aku dan cikgu serta kehidupanku kini.
"Emilia tak makan sama?", pelawa cikgu sambil mengunyah cucur.
Aku mengelengkan kepala, "kenyang dah.
Tadi sambil goreng, sambil makan".
"Baby sihat?", tanyaku.
Ayie menghulurkan piring kosong padaku, tau sangat nak bertambah lagi.
Mana cukup setakat 3 keping cucur udang.
"Sihat.
Ohh.. lupa.
Ayu kirim salam kat semua.
Tak lama lagi habislah pantang", jawab cikgu, ceria bunyinya sambil menunjukkan gambar anaknya yang disimpan di galeri telefon.
"Comelnya, geram tengok", komenku menunjukkan gambar itu kepada Ayie.
Ayie buat tak tau, lalu kuberi kepada Kimi.
Angin kus kus dah datang ni.
"Pergilah melawat nanti", kata mak.
"Tak sempat kot mak.
Lia dapat kerja baru.
Nak kena cari bilik sewa pula.
Lagipun, adat orang menumpang, kena ikut kata pemilik kereta", balasku, menjeling pada Ayie mengharapkan ada respon darinya, hampa.
"Nanti Lia kawin, boleh dapat baby juga", kata cikgu.
Aku ketawa - Kecil hati saya bila cikgu cakap begitu.
Cikgu yang ceraikan saya hari tu.
"Mmm.. Emilia.
Budak hari tu kata nak datang bincang masa raya haji kan? Sapa ye nama?  Bilanya nak datang?", tanya mak.
Aku terkedu terus.
"Tah mak.
Sibuk sekarang ni.
Lupa nak tanya", responku.
Dari hujung mataku, aku nampak Ayie menjeling.
"Cincin yang dia bagi Emilia tak pakai pun", kata mak membelek kesemua jari tanganku.
"Ada dalam beg".
******* Hasri Terus mati selera aku bila mak bertanya pasal cincin pada Lia.
Cincin apa? Aku tak tau pun.
Kimi tak memandang aku.
Maknanya Lia tak beritahu dia apa apa.
Setakat ni, memang tak de Kimi bercerita tentang perkara ni.
Nasib baik dah banyak makan hidangan kegemaran aku tadi.
Aku bangun meninggalkan mereka, aku katakan perut meragam.
Sebenarnya geram sebab Lia dan rahsianya.
Didalam kereta sepanjang perjalanan ke Penang, kami hanya berdiam diri.
Tadi sebelum bergerak pulang, Lia dan mak beriya iya menangis.
Dari malam Lia dan mak menghabiskan masa bersama.
Tidur pun berdua.
"Sayang, Lia rasa tak sihat la pagi ni.
Sorry ye, tak dapat nak buatkan sarapan", ujar Lia masih terbaring di katil, matanya masih terpejam.
Aku mengancing butang di lenganku.
"Tak pe.
Ayie nak pergi awal hari ni", kataku tanpa tonasi tidak seperti selalu.
Aku meninggalkannya tanpa kucupan.
Sengaja nak bagi dia sakit hati sebab merahsiakan sesuatu sangat besar dariku.
Semalam Lia tidur lena sangat, jadi aku menyelongkar beg yang dibawa ketika balik kampung.
Aku jumpa sebekas kotak warna merah dan ada sebentuk cincin belah rotan didalamnya.
Aku terduduk dan tersandar di kaki katil.
Lia menduakan aku? Sejak bila? Selama ni, dia menipu aku? Siapa lelaki itu? Aku cuba membuka kata kunci telefonnya, gagal.
Lia dah tukar kata kunci baru, bukan lagi yang aku beri tempoh hari.
Pasti dalam telefon itu, semua rahsia tersimpan rapi.
Aku cuba dan cuba semua kata kunci yang aku terfikir, tetap gagal.

Sumber:Internet