Gelap

Love Hakthuiii 42

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 42

. "Any updates from Lia? Kau dapat call dia tak?", tanyaku sebaik Kimi sampai dari Bangi.
Aku sampai awal sikit.
Esok kenduri cukur jambul dan aqiqah anak along.
Tadi mak sibuk bertanya tentang Lia.
Kenapa aku tak tumpangkan Lia balik? Kenapa nombor telefon Lia tiada lagi dalam perkhidmatan? Kenapa itu kenapa ini? Aku tak mampu nak jawab.
"Nothing.
Nombor dah tukar agaknya.
Kau pun pernah cuba call dia kan?", jawab Kimi, duduk di depanku.
Bosan la tu dengan soalan aku.
"Ig?", tanyaku lagi.
"Deactivate", balas Kimi mengeluh.
Bukan aku tak tau tapi aku nak tanya secara berdepan.
Mendapatkan kesahihan.
"Lupakan dia", Kimi bersuara.
Keras bunyinya.
"Kimi... kau dapat tak call Emilia? Aku banyak kali mesej dan call dia, tak dapat dapat", tiba tiba Suhaila muncul dari luar bersama mak.
Entah dari mana, tiba tiba muncul.
" ni lagi sorang.
Apsal tanya aku? Kau tanya la orang yang buat Emilia lari", balas Kimi menjeling padaku.
Aku bangun dan ke dapur, mengelakkan diri dari disoal siasat.
"Siapa? Kesian Emilia, dah la sebatang kara.
Sunyi la aku takde geng", sahut Suhaila.
"Geng konon.
Kau malas nak tolong mak kan?", bidas Kimi.
Suhaila tersengih, tau sangat dah.
Kenduri baby Haydan meriah.
Betul cakap Lia, comel sangat anak along ni.
Hati aku tersentuh, macam mana Lia sekarang.
Masih alahan ke seperti waktu dia tinggalkan aku? Masih muntah ketika menggosok gigi? Macam mana selera dia? Pasti sekarang dah nampak baby bump.
"Serasi Haydan dengan kau.
Selalunya nangis je kalau dengan orang yang jarang jumpa", tegur along, sedang aku mendukung Haydan sebab Ayu nak ke tandas.
Tak de orang lain masa tu.
  Aku tak sempat nak menjawab, mak dah bersuara, "dah layak jadi ayah pun.
Tah bila cari ganti.
Tengok Lisa tu, tua tua pun lelaki tu, dah jadi suami dia.
Dah besar perut Lisa tu".
Aku memandang ke arah khemah depan rumah.
Ye lah, Lisa dengan suaminya.
Nak je aku ceritakan apa yang bekas adik ipar dia buat pada Lia dan aku, tapi apa gunanya.
Aku memang dah kehilangan Lia dan puncanya dari aku sendiri.
Bahagialah kau Lisa.
Tu pilihan kau, tua pun tak pe.
Along mengambil Haydan dari aku, nak dibawanya berjumpa sanak saudara lain.
Cucu pertama dari anak sulung mak, jadi ramai la yang datang.
"Kawin la Ayie kalau tak puas dukung Haydan.
Lupakan Lisa", kata Ayu perlahan, dia dibelakang aku rupanya.
Aku tersenyum pahit.
Bukan lupakan Lisa tapi Lia.
Lia yang aku cari sebab ruang hati aku ini telah dipenuhi oleh dia walaupun telah berkali aku cuba kosongkan.
Aku dah ke KK tapi bila sampai di sana aku buntu.
Aku nak cari Lia di mana? KK boleh tahan besarnya.
Adakah memang dia tinggal di KK atau bahagian lain Sabah.
Pemergian aku sia sia bak kata Kimi.
Tapi padaku tak, sekurang kurangnya aku berusaha mencari Lia walaupun kemungkinan menjumpainya sangat tipis.
Aku terserempak dengan juniorku ketika di UK, kami bertembung ketika aku hendak membeli air di kedai serbaneka di KKIA sementara menunggu kereta sewa disiapkan, manakala dia sedang menunggu penerbangan untuk ke Kuala Lumpur.
Dia dan isterinya menuju ke UAE untuk bekerja di sana.
  Kami sempat berbual pendek dan bertukar nombor telefon.
Aku baru nak senang hati, ingatkan boleh la nak minta tolong.
Anis...Lagi satu masalah aku.
Rumah aku a.
k.
a unit kondo aku, memang milik syarikat dan sepatutnya hak peribadi aku selagi aku menjadi penghuninya.
Aku tak tau bagaimana dia boleh dapat kunci dan kad akses.
Tau tau aku balik dari kampung, dia sedang memasak di dapur.
Hati aku berbunga bila terbau sesuatu yang harum tatkala membuka pintu, aku ingat Lia dah pulang.

Sumber:Internet