Gelap

Love Hakthuiii 44

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 44

. Aku memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah.
Persimpangan ni memang lama la menunggu.
Oh.. aku dah berpindah ke Cyberjaya, dah hampir sembilan bulan.
Aku berhijrah ke syarikat lain setelah bertahan hampir dua tahun  di Penang.
Penat la nak mengelak dari Zuri- staff baru aku, satu departmen.
Aku ajar dia betul betul, semua permasalahan kerja aku tolong.
Kadangkala masalah peribadi dia diceritakan pada aku juga, aku sekadar beri nasihat berdasarkan pengalaman pahit yang telah dan sedang aku harungi.
Alih alih dia ingat aku ni dah jatuh cinta pada dia.
Ingatkan lepas Anis dah selesai, hidup aku aman.
Rupanya,... mujur aku dapat tawaran lebih baik dari syarikat lain.
Aku berada di lorong tengah.
Sebelah kiri, ada sepasang suami isteri, aku agak je.. sedang makan pisang goreng- siap suap menyuap.
Untung la kau bang, semoga kau bahagia, doaku sambil tersenyum.
Sebelah kanan ada seorang wanita berselendang dalam awal 20an dengan 2 orang anak.
Yang besar dalam 3 tahun duduk dalam kerusi bayi di belakang sedang menyusu menggunakan botol.
Seorang lagi aku kira sekitar 6 ke 9 bulan dalam kerusi bayi sebelah pemandu, sedang menangis.
Tiba tiba cermin belakang keretaku dibaling sesuatu.
Terkejut betul.
Nasib baik tak melatah.
Aku memandang ke belakang.
Perempuan tadi keluar dari kereta dan mengutip sesuatu.
Botol susu rupanya.
Tingkapku diketuk "Maaf encik.
Silap saya tak lock tingkap.
Aryan baling botol tadi".
"Eh.. takpe.
Tak pecah pun cermin.
Puan masuk cepat.
Bahaya ni".
Dia mengucapkan terima kasih dan aku nampak dia membebel, agaknya marahkan anak lelakinya.
Bayi disebelah disua puting dan ditepuk tepuk pahanya.
Dia perasan aku memandangnya.
Pandangan kami bertemu.
Lampu bertukar hijau, dia melemparkan senyuman padaku sebelum meluncur ke depan.
Hati aku berde "Lia.
Dia Emilia".
Aku cuba mengejarnya, kenderaan yang banyak di lebuhraya MEX dan bertali arus menyukarkan pergerakan aku.
Kenapa aku tak perasan tadi? Aku dah lupa wajah Lia ke? Tak mungkin, setiap hari aku tatap gambar gambar lama kami.
Ye.. Lia kelihatan lebih matang.
Aryan?? Anak aku ke? Kalau ikut pengiraan aku dan saiz tubuh anak tadi, memang betul tu anak aku.
Kecil sikit dari Haydan.
Habis bayi kat depan tadi? Anak Lia? Lia dah kawin? Memandangkan kereta yang dipandu, pasti suami Lia berjawatan besar.
Lia dah tak kenal aku? Ke buat buat tak kenal? Sebab tu dia melajukan pemanduannya.
Aahhh Ayie, kenapa tak tengok nombor plat?? Aku hanya perasan Honda B-RV hitam.
"Kenapa kau ni? Termenung je.
Kan kita reunion ni", tegur Man, teman sekuliahku dulu.
Aku tersenyum pahit.
Sungguh tadi aku rasa memang teruja untuk reunion ni.
Lepas waktu kerja tanpa berlengah terus memulakan perjalanan.
Mereka ni memang tinggal di Lembah Klang, selalulah berjumpa.
Aku ni kiranya ahli baru sebab ni pertemuan pertama aku.
Seorang demi seorang tiba.
"Mana Saiful?", tanya Man.
"Mak dia tak sihat.
Dia kena jaga di hospital", sahut yang lain.
"Mak dia tinggal dengan dia? Tak tau pula aku", balas Man.
"Eh.. tak.
Turun KL untuk treatment saja kot.
Datang dengan kakaknya".
Ada saja yang tolong jawabkan.
Maknanya mereka saling berhubung.
Cuma aku la yang agak terpinggir.
Dalam grup whatsapp pun masih baru.
Selalunya aku tak baca pun perbualan mereka.
Aku hanya memasang telinga.
Saiful, aku cuba mengingati semula pelajar Malaysia yang seuniversiti denganku.
"Eh.. bukan dia kerja di UAE ke?", sampukku.
"Haah.
Dah habis contract.
Dia tak  sambung, balik sini sebab wife dia sakit.
Kerja kat Cyberjaya sekarang".
"Meninggal dah kan?" Sampuk sorang lagi.
Yang lain mengangguk.
"Kawin baru dah kot.
Duda hot tu", celah seorang lagi.
Yang lain ketawa besar.
"Yang paling hot sebelah aku ni, tak kawin kawin", usik Man.
"Tunggu bidadari turun dari langit".
Ada saja yang menyampuk.
Panas telinga aku.

Sumber:Internet