Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 45

. "Sayang, tolong ambil bakul baju kotor abang dalam bilik.
Lupa nak bawa turun".
Aku baru nak naik tangga, terhenti.
Terus memandangnya yang sedang membaca surat khabar hujung minggu.
Abang?? Sayang? Sejak bila? Sepatah haram pun aku tak bercakap dengan dia selama ni, tetiba je panggil macam tu.
Dah la suka suka hati mengarah aku ni.
Mentang mentang ni rumah kau kan.
"Basuh sekali ye.
Jangan lupa letak pelembut kain", katanya bila nampak aku membawa bakul kain tu ke dapur.
Sengaja la tu, sengaja kan? Mentang mentang mak takde, sedap kau je mengarah aku macam macam.
Suruh kemas bilik dia la, ganti cadar la.
Apa yang tidak, kenapalah dia ni? Buang tebiat? " nak masak apa lunch ni?"Suara dia mengejutkan aku yang sedang termenung depan peti sejuk yang terbuka, dok merangka nak masak apa.
Selalunya mak masak, aku tolong tolong saja, itu pun kalau sempat.
Tak perlulah berfikir nak masak apa.
"Dari tadi peti terbuka.
Sejuk tau abang duduk kat depan ni".
Propa betul.
Jauh kot peti sejuk ni dari ruang tamu.
Saja cari modal nak bercakap dengan aku la tu.
Malas nak layan.
Aku keluarkan ayam sebelah dan masukkan ke dalam microwave untuk defrost.
Nasi ayam je la.
Ada timun setengah lagi tu, baki ulam semalam.
Aku baru nak suap nasi ke mulut, dia dah komen, tak sedap.
Kurang itu kurang ini.
Aku tengok dia ni kecil besar, kecil besar je, geram.
Dah la aku penat buat macam macam, dia mengarah je macam boss besar.
dia memang boss pun.
Tapi tu di pejabat.
Ni kat rumah.
"Tak sedap tak payah makan".
Panas pulak hati aku.
Aku angkat semua hidangan atas meja dan buang ke dalam tong sampah.
Pinggan pinggan kotor aku tinggalkan di dalam sinki.
Aku basuh tangan dan tinggalkan dia yang masih di meja makan.
Pintu bilik aku tutup dan kukuncikan.
"Mama cry?"Tanya Aryan, membuat panggilan video petang tu.
"No.
Mama sleep""Eyan school today""Good boy""Eyan miss mama""Mama miss Eyan too""Hana mana?""Hana with papa""Papa mana?"Allahu anak.
Mana mungkin kau faham situasi ini.
"Play""Mami... Eyan nak play", jeritnya pada Kak Shila.
Aku ketawa sebab berjaya mengharu birukan petang Ahad kak Shila.
Aryan sekolah main main setiap pagi Ahad selama 2 jam.
Aku turun sebab terasa pedih perut, yelah dah pukul enam lebih.
Terakhir makan masa sarapan bersama mak, sebelum Kimi sampai.
Tiada kereta Ayie, lantaklah dia nak ke mana.
Pinggan kotor tadi sudah tersimpan dalam kabinet.
Aku membawa secawan milo panas ke belakang, ada kerusi dan meja untuk minum petang dan bersantaian.
Seronok kalau ada Aryan dan Hana, boleh diorang berlari di halaman belakang ni.
Hana kini dah boleh berjalan walaupun ada kalanya tersungkur.
Ada video dari Saiful, kak Shila hantar kepadaku.
Abang Saiful terus berpatah arang denganku.
"Tak habis habis termenung.
Dah petang ni, kain pun tak berangkat lagi.
Nak tunggu malam?".
Sungguh, aku terlupa nak angkat kain.
Selalunya mak yang buat.
Tapi sakit hati juga, nak marah aku pula macam dia tak boleh buat.
Bakul kain di sebelah mesin basuh aku ambil, sambil menjeling padanya di dalam, menjinjing beg plastik.
"Kang gosok baju tu.
Jangan lupa simpan dalam almari sekali".
Katanya sewaktu aku lalu di dapur dan dia sedang menyusun barang dibeli tadi ke dalam peti sejuk.
Mak ni baru mesej, seusai aku solat maghrib.
Dia kata balik esok.
Tadi pagi Kimi dari Ipoh menjemputย  mak untuk temankan dia pulang ke kampung.
Ada barang yang Kimi nak ambil.
Elok sampai disana, ada pula yang menjemput kenduri tahlil malam ni.
Silap aku tak ikut mak dengan Kimi tadi.
Konon nak belajar untuk peperiksaan akhir semester, tau tau buku pun tak disentuh.
Mujur esok cuti am.

Sumber:Internet