Gelap

Love Hakthuiii 48

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Love Hakthuiii 48

. -saiful minta akak tanya ni.. -kalau soalan yang sama, saya minta maaf  kak.
Belum masanya buat diri dan hati ni -ok.
Akak faham.
Tapi sampai bila? Aku tak jawab pertanyaan Kak Shila melalui whatsapp.
Aku pandang pada Hana yang mula merangkak laju.
Tersengih sengih dengan gigi bawah 2 batang tu.
Aku mengesat air mata sebaik terdengar bunyi anak tangga dipijak.
Aku kerling, Aryan dan papa turun bersama.
Dah segak Aryan, wangi bila memeluk aku.
"Eyan andi nan papa", katanya tersengih sengih mencium pipiku.
"Wanginya anak mama ni", aku membalas ciumannya di pipi sambil mengigit pipi gebunya.
Hana merangkak dan mendapatkan papa.
"Papa pun wangi juga", papa mencelah.
Aku buat tak dengar.
"Nak ke mana hensem ni Eyan?", tanyaku.
Pelik jugak selalunya Sabtu pagi, bersantaian je.
Ini papa siap berbaju melayu hijau firus dan bersamping sementara Aryan berseluar jeans dan baju kemeja.
"Mama, kan papa dah cakap minggu lepas, ada wedding kat johor", kata papa bermain dengan Hana.
"Eh.. sabtu ni ke? Bukan sabtu depan?", aku menggaru kepala yang tak gatal.
"Lupa la tu", sindir abang Saiful sambil mengagah Hana.
"Sorry.
Sorry", aku terus mengambil Hana yang sedang duduk diriba papa, nak bersiap.
Lambat siap nanti, lambat sampai.
"Slowly.
Papa tunggu mama.
Pakai baju raya hari tu ye", sempat dia berbisik dan mencium pipiku.
"Abang ni!!".
Mencuka mukaku.
Aryan tertidur dalam carseat.
Dia didepan, jadi co pilot papa.
Kacak bergaya, tidur dengan spek hitam.
"Abang, dah bagitau Kak Shila tak, kita pergi ni?", tanyaku dari belakang, risau juga jika dia datang ke rumah.
Hana pun tidur.
Jauh perjalanan kami hari ni.
"Dah.
Dia kata ok.
Dia pun ada kat Penang ni", balas Abang Saiful.
Aku terdiam, aku rindu Penang.
Aku rindu orang yang aku sayang walaupun hatiku sakit.
Aku masih tak boleh lupakan dia.
Cinta yang tidak berbalas.
"Kenapa senyap? Rindu Penang?", persoalannya membuat aku tersenyum.
"Nanti kita honeymoon kat sana nak?".
Mati terus selera aku untuk senyum.
Aku tau dia perasan perubahan mood aku.
Hati aku berdegup kencang bila melalui pintu gerbang kampung ini.
"Kenduri kat sini?".
Soalanku disambut dengan anggukan.
Semakin lama semakin sesak nafas aku, aku kenal laluan ini.
Semakin aku resah bila Honda C-Rv ini berhenti di tepi jalan berhampiran rumah yang cukup aku kenali.
"Emi ok tak ni?", tanya abang Saiful menoleh ke belakang melihat aku.
Dia perasan kot.
"Ok.
Kejap, nak touch up", kataku sambil mengeluarkan bedak kompak dan gincu.
Aryan berjalan beriringan denganku manakala Hana berdukung dengan papa kesayangannya.
Kami berjalan beriringan.
Aryan sibuk bertanya pokok apa, ayam siapa, longkang besar sangat kenapa, aduh anak.
"Emilia.. ni Emilia kan?", bisik mak ketika aku bersalaman dengannya.
Aku tak dapat menahan air mata.
Kami berpelukan, maka terjadilah drama air mata.
Aryan termangu dan cuba meleraikan pelukan kami.
"Mama mama..", panggilnya.
Mak memandang Aryan, terus dipeluk dan dicium sepuasnya.
Aryan cuba melepaskan diri.
Mak tertawa sambil menangis.

Sumber:Internet