Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Mayaa 11

. Media ..Maya dengan papa.. Aku tergerak hati untuk masuk ke dalam stor petang tadi.
Patutlah.
Aku dapat rasakan sesuatu.
Kotak besi yang ku temui ku letak di sudut katil bilikku.
Kotak besi yang berwarna hitam ku pandang sepi.
Aku masih berkira-kira samada mahu membuka atau tidak.
Sangat misteri! Kenapa kotak ni mesti di letakkan di dalam stor? Lagipun kenapa nak dirahsiakan sangat? Siap di pasangkan padlock! Aku memerhati design kotak tersebut.
Unik! Macam mana aku nak buka ni? Saat aku menyentuh kotak tersebut.
Aku ternampak ukiran! Ya ukiran.
Your birthday.
Ah parah! Satu persatu misteri menerpa dalam hidup aku.
Pening aku pening! Si Dairy Milk lagi, mat rock, Anne dan Eric.
Boleh gila aku kalau macam ni.
Kalau boleh buat novel ni confirm meletop novel aku.
Tapi ni kisah hidup aku kot.
Mana nak sama dengan novel kan.
Ku cuba membuka padlock tersebut.
Namun cubaanku gagal lagi.
Kali ini masuk 7 kali aku mencuba.
Otakku ligat memikirkan sesuatu.
Macam mana aku nak buat ni.
Apa kaitan ukiran di kotak ni? Mesti ada kaitan dengan padlock ni.
Your birthday.
Your birthday.
Your birthday.
Your birthday.
Yesssss! Aku dah tahu.
Mungkin birthday aku kot.
Tapi kenapa birthday aku? Kotak ni memang di tuju khas untuk aku? Tapi.
Siapa yang bagi? Ku pusingkan padlock dan memasukkan tarikh lahirku.
Dan aku menarik padlock tersebut secara perlahan-lahan.
Tingg! Terbuka.
Amboi bunyi loceng lagi.
Aku tersenyum sendirian.
Mungkin dengan terbukanya padlock ni, satu persatu misteri dapat ku rungkai.
Mana tahu kan? Ku temui sepucuk surat bertulisan tangan di dalam kotak tersebut.
Macam pernah nampak tulisan ni.
Tapi kat mana? Dear Maya, Papa harap Maya dalam keadaan baik-baik saja.
Ketika Maya temukan surat ini mungkin papa sudah tidak ada atas dunia ini.
Tapi papa nak Maya tahu, papa teramat sayangkan Maya.
Dari kecil hinggalah besar kasih sayang papa tidak berbelah bagi untuk puteriku ini.
Papa pernah melakukan kesilapan besar.
Iaitu melukai hati ibumu.
Maafkan papa.
Papa tahu papa tidak berguna.
Tapi tolong janji dengan papa jaga ibumu baik-baik untuk papa.
Papa juga dapat rasakan cita-cita Maya semakin dekat.
Kejarlah cita-cita mu wahai puteriku.
Papa tetap menyokongmu walau bagaimana keadaan sekalipun.
Tetapi ingat.
Jangan tinggalkan perintah Allah dan tinggalkan semua larangan Allah.
Maka hidupmu akan di berkati hendakNya.
Ingat, jika sesuatu peluang datang dalam hidupmu, maka rebutlah peluang itu.
Sesungguhnya peluang hanya datang sekali.
Jangan sesekali kamu sedih dengan hidup ini anakku, papamu sentiasa dekat denganmu walaupun tidak berada di depan mata.
Papa sudah wasiatkan beberapa harta papa buatmu wahai anakku.
Papa sertakan surat wasiat dan juga geran tanah disini.
Untuk memudahkan mu pada masa hadapan.
20 ekar bidang tanah, 10 lot kedai, 5 gudang dan duit cash sebanyak 3,000,000 usd ke dalam akuan mu setelah umurmu mencecah 25tahun.
Gunakanlah harta peninggalan ini ke jalan benar wahai sayangku.
Setakat ini sahaja untuk buat masa ni wahai puteriku.
Jangan lupa doakan dan sedekahkan papa Al-fatihah setelah papa meninggal.
Doamu amat diperlukanku.
Semoga kita bertemu di alam lain sayangku.. Salam sayang, Papa.
Air mataku terus membanjiri pipi.
Tidak dapat ku tahan airmataku turun mencurah-curah.
Ya Allah papa! Aku sangat rindukan mu, papa.
Surat tadi ku gengam dalam tanganku.
Aku tidak dapat menahan lagi kesedihan ini.
Aku perlukan penjelasan.
Ye, penjelasan.
Aku berfikir seketika.
Patutkah aku tanya ibu pasal surat ni? Ahh! Mungkin tak.
Kalau ibu tahu, apa guna papa menulis surat ini lalu diletakkan didalam stor dikunci dengan menggunakan padlock? Mungkin papa mahu rahsiakan perkara ini dari ibu buat masa ini.
Ya, aku patut rahsiakan perkara ini buat sementara waktu.
Ku tilik geran tanah yang berada didalam kotak besi.
Hmm.
Apa patut aku buat? Dalam surat papa tadi.
Papa cakap papa melukakan hati ibu.
Tapi kenapa? Cita-citaku semakin hampir? Rebut peluang yang ada? Tapi peluang apa? Mungkin ada maksud tersirat di sebalik semua ni.
Kepalaku berserabut.
Aku buntu Ya Allah.
Tolonglah hambamu ini.
Beep beep.
Handphone ku berbunyi.
Message from : Unknown NumberKau jangan ingat aku akan lepaskan kau! I'm watching you!!!!!!!!! Tanganku mengeletar.
Aku buntu.
Aku terduduk di satu sudut.
Ya Allah! Airmataku tumpah lagi untuk kesekian kali.
Aku takut.
Setahu aku, aku takda musuh.
Tapi kenapa aku di ugut sebegitu? Mungkin musuh papa? Atau musuh ibu? Mana mungkin papa dan ibu mempunyai musuh.
Orang tuaku orang baik-baik.
Ya Allah lindungilah hambamu ini.
Aku gagahkan diriku ke toilet untuk mengambil wudhuk.
Wudhuk merupakan ubat terbaik ketika manusia tengah marah, sedih atau kecewa.
Aku menunaikan kewajipan ku sebagai seorang muslim.
Jangan sesekali kamu sedih dengan hidup ini anakku, papamu sentiasa dekat denganmu walaupun tidak berada di depan mata Jangan sesekali kamu sedih dengan hidup ini anakku, papamu sentiasa dekat denganmu walaupun tidak berada di depan mata Terngiang-ngiang pesanan papa di dalam kepalaku.
Betul! InnaAllahama'na Jangan sedih.
Seseunguhnya Allah bersama kamu.
Ya , Allah bersama kita! Jangan sesekali kita takut.
Aku mendakap potret papa bersamaku.
Malam ini, bertemankan airmata dan pelbagai persoalan di minda, aku terlena diatas katil.
Aku letih.
Sorry.
Makin lama makin misteri story I.
Kalau ada typo maafkan I 😘😘                  Nabyha Ahmad.
Sumber:Internet