. Media ..Dary dan Maya.. Aku menarik kerusi plastik tersebut dengan pantas.
Aduh.
Letih betul.
Tayar basikalku bocor ketika dalam perjalanan ke kolej.
Nasib baik ada workshop di tepi jalan.
Kalau tak, masak aku! Nory di sebelah memandang pelik ke arah ku.
Aku memasuki kelas dalam keadaan tergopoh gapah.
Gara-gara basikal bocor pagi ini, aku hampir-hampir datang lewat.
Nasib menyebelahiku.
Aku datang 2minit awal dari pensyarahku, Madam Koo.
Kalau tak, confirm kena denda.
"Okay guys.
I dah check you all punya assignments.
And dalam kalangan kamu semua, ada 3 orang yang tak submit.
Nak kena potong markah ke apa?" Seluruh kelas menyepi.
"Nevermind.
I ada news yang lagi penting dari tu.
Next month, our college akan buat satu trip to Rumah Kasih.
" "Rumah Kasih? Apa tu madam?" Tanya salah seorang pelajar.
"Rumah Kasih ialah rumah anak-anak yatim.
Which is located in Kelantan.
So, disini I nak tanya.
Ada tak student I volunteer nak pergi? I takde letak notis dekat board lagi.
I tanya you all dulu.
I nak dalam 75 orang.
You all boleh tulis full name dekat a piece of paper, ic and student id.
Then bagi dekat I.
I nak kira.
Lepastu baru I nak tampal dekat notis.
If you all pergi, akan dapat extra mark too for my subject.
" Ulas Madam Koo panjang.
"Berapa hari kat sana Madam? Apa aktiviti kat sana? I mean, apa yang kita boleh buat kat sana? " Aku menyampuk.
"Good questions Maya.
Seminggu Maya.
First of all, kita akan bagi sumbangan dekat mereka.
Then, bagi moral support.
And also aktiviti which is menarik mereka untuk more to lebih belajar.
Dan banyak lagi.
" "Bagi sumbangan tu sumbangan apa Madam?" Tanya seorang pelajar.
"Sumbangan tu berupa pakaian, barangan persekolahan, mainan and etc.
I nak you all collect barang-barang yang dah tak di gunakan tapi dalam keadaan elok, then kumpul satu tempat.
Boleh kita bagi dekat mereka.
You all semua tahu kan, last year kelantan banjir teruk? Rumah Kasih pun tenggelam jugak.
Sekarang tak fully recovered lagi.
Kesian dekat mereka kat sana.
" "Bila kita boleh start kumpul semua barang tu Madam?" Tanyaku.
"As soon as possible.
Takde limit.
So, korang boleh kumpul sebanyak mungkin.
Lagi banyak lagi bagus.
" Madam Koo memberiku sekeping kertas.
Tanpa berfikir panjang, aku mengambil kertas tersebut dan menulis butir-butir peribadiku.
Aku memang cintakan kerja amal sebegini.
Kesian dekat mereka dekat sana.
Kalau aku pergi boleh jugak aku tolong apa yang patut.
Setelah 15 minit berlalu, kertas kosong tadi di penuhi dengan butiran pelajar.
Ya, hampir penuh kertas tersebut.
Hampir keseluruhan pelajar di dalam kelasku memilih untuk pergi.
-------------------------------------------- Kelas yang bising dengan bunyi riuh pelajar bertukar menjadi sunyi dan sepi.
Seorang jejaka yang tidak dikenali muncul dan tersenyum serta berjalan meluru kearah meja salah seorang pelajar perempuan.
"Bingo! Aku dah agak kau belajar kat sini.
Bukan susah sangat pun nak cari kau.
What is your name huh, pretty lady?" "Maya Sofea.
" Sampuk seseorang
Sumber:Internet