. Media ..Maya.. Seusai solat, aku merebahkan diri di atas katil empuk bersaiz queen milikku.
Alangkah indahnya kalau papa ada bersamaku di saat-saat getir macam ni.
Papa, along, abang.. Adik rindu.
Rindu sangat.
Ku capai album keluarga di atas meja belajar.
Di saat hatiku di balut perasaan rindu seperti ini, hanya dengan menatap gambar mereka dapat menjadi pengubat rinduku tatkala ini.
Hmmm segaknya papa.
Cantiknya along.
Kacaknya abang.
Semoga kita bertemu di alam lain papa.
Aku bangun dari pembaringan dan mengambil sesuatu di dalam dresser.
Mana ni? Tak jumpa pulak.
Hatiku resah.
Mana kotak besi ni?? Alaaaa.
Pintu bilikku dikuak.
Seseorang menerpa masuk.
Lantas aku cepat-cepat berbaring di atas katil.
"Maya.
Buat apa tu? Tadi pergi mana?" Soal ibu.
"Eh ibu.
Taaaa tadi Maya pergi birthday kawan.
Dekat hotel.
Haaa hotel.
" Jawabku.
Sorry ibu Maya terpaksa menipu.
"Kawan yang mana? Ibu kenal ke?" "Takk.
Ibu tak kenal.
Classmate Maya.
Hehe.
Ibu dah dinner?" "Yeka macam tu.
Takpe lah.
Dah sayang.
Mak Inah masak kari kepala ikan tadi.
Tu haa kat kitchen ada lagi lebih.
Ibu simpan untuk Maya.
Pegi la makan.
" Ucap ibu sambil membelai rambut lurusku.
"Takpe lah bu.
Maya dah makan tadi.
Still kenyang lagi ni.
Haa tengok perut dah buncit ni.
Sat g jadi gendut tak larat nak jalan pulak.
Hahaha.
" Aku cuba ketawa tenangkan hati.
Hmmm.
Aku terfikir tentang kotak besi yang papa amanatkan.
Nak tanya ibu ke tak? Nak ke tak? Nak? Taknak? Emmm.
Cubalah tanya.
Mana tahu kot-kot ibu tahu.
Tak tanya maka tak tahu.
Bukan tak tanya maka tak cinta okay.
Haha "Ibu.
Maya nak tanya something boleh?" "Apa dia? Eh kamu ni.
Tanya je lah ibu okay je.
" "Emmmm.
Ibuuuuuu.
Betul ke papa meninggal sebab excident? Bukan sebab lain?" "Laaa betul la excident.
Kenapa? Tak percaya ke?" "Bukan tak percaya.
Entahlah.
Macam tak je.
Ibu sure ke ni?" "Lepas tu kamu nak cakap meninggal sebab apa? Someone bunuh papa??? Or sebab lain???? Ibu tak suka kamu tanya macam-macam pasal kematian papa.
Dah stop! From now on, stop tanya pasal papa meninggal sebab itu ke ini ke.
Ibu tak suka!!!" Marah ibu.
Pantas keluar dari bilik begitu sahaja.
Alamak! Aku salah tanya ke? Apasal ibu marah semacam?? Or papa memang betul kena bunuh? Kalau betul? Ya Allah.
Peliknya ibu ni.
Tadi elok je, ni marah semacam.
Angin monsun mana yang melanda ni? Or something wrong happen? Ahh buntu.
Sumber:Internet