. Media .... Fibroid .... Teh tarik dihadapanku ini ku pandang dengan penuh keasyikkan.
Aromanya betul-betul membangkitkan nafsu minumku.
Itu baru hidu aroma dia, belum lagi minum.
Keenakkannya boleh membuatkan sesiapa sahaja ketagih, termasuklah aku.
A teh tarik lover, ya itu aku.
Masakan saja aku tidak tertarik, buih-buihnya yang tinggi menggunung bak kinabalu membuatkanku tidak senang duduk.
Mahu sahaja cepat-cepat aku meneguk dan menikmati segala isinya.
Dicampurkan dengan susu pekat manis, susu cair dan secubit garam menghasilkan rasa yang amat luar biasa.
Ya itulah teh tarik kegilaan ramai.
Tak malaysialah kalau tak minum teh tarik.
Tapi harus diingat, kandungan kalori nya juga tinggi.
Segelas teh tarik boleh mencecah sehingga 250 kalori.
Ia menyamai kalori satu senduk nasi berlaukkan semangkuk kecil sup ayam malah boleh menandingi kalori seekor ikan goreng 80g.
Teh tarik, amat sinonim dan sebati dengan masyarakat malaysia.
Dan teh tarik jugalah antara penyumbang terbesar obesiti dan diabetes rakyat malaysia.
Eh.
"Yang you tengok je teh tarik tu kenapa Maya? Apasal tak minum je?" Soal Doktor Ziyyad.
"Eh takda apalah.
Saja je tengok ni haa.
Nak minum cemana panas lagi ni.
Nanti suam suam satgi I minum lah.
" Aku memandang sepi kearah Ziyyad.
Hm boleh tahan handsome! Kulit putih langsat, bermata bundar, alis kening yang menawan dan bibir merah bak delima.
Eh tak lupa juga dengan jambang yang menambahkan lagi aura kekacakkannya! Cukup lengkap, orang kata full package.
Eh bukan sama ke? Mempunyai rupa paras yang agak menawan, dan kerjaya yang cukup disanjungi, memang cukup digilai makcik-makcik kepohci untuk dijadikan bakal menantu.
Tapi saiyang, semua tu tidak dapat menambat sekeping hati Maya Sofea.
Kahkah.
"Baguslah kalau macamtu.
You taknak makan apa-apa ke? Order jelah apa yang you nak, I bayar.
Temankan I makan.
" Ziyyad dihadapanku aku pandang lagi.
Setiap kali dia berbicara, aku akan memerhati setiap gerak geri mulutnya.
Ya aku suka tengok benda-benda yang indah sahaja.
Lumrah lah manusia, sukakan benda yang indah yang menarik.
Kan? "Takpa lah Ziyyad.
I kan dah makan dekat rumah tadi, still kenyang lagi ni.
Cukuplah dengan teh tarik ni.
" Aku meneguk perlahan teh tarik yang berada di tangan kecilku.
Hmm sedap! Memang teh tarik mamak ni kaww gila! "You sure ke ni taknak order makan? Nasi kukus dia ni sedap tau.
Berani cakap terbaik gila.
Mehlah cuba.
" Pelawa Doktor Ziyyad lagi.
Dia memerhati tingkah lakuku kemudian senyuman menawan terukir dibibirnya.
Ya, senyuman yang boleh membuatkan mana-mana gadis tersungkur oleh keindahan ciptaan Maha Esa.
Alamak! Jangan senyum please! "Yes im sure Ziyyad.
Dah kenyang sangat, sumbat apa pun dah tak jalan dah perut I ni.
Nanti termuntah balik lagilah susah.
" "Okaylah kalau macamtu.
You study lagi kan?" "Ha'ah.
Study lagi.
Final year dah sekarang ni.
" "You study course apa?" "Business.
Business study.
" Aku jawab acuh tidak acuh.
"Ouh okaylah.
Back to our discussion dekat klinik tadi.
I ada a few news nak sampaikan.
Pasal perempuan tu.
Dia sebenarnya ada fibroid.
" "Fibroid? Penyakit apa tu? Bahaya ke?" Soalku panik.
"Yes fibroid.
Dalam bahasa mudahnya, sejenis ketumbuhan atau erti kata lain penyakit yang berkaitan dengan rahim.
Fibroid ni sel-sel otot rahim yang bergumpal tapi ia bukan kanser.
Fibroid juga tidak berbahaya namun bergantung kepada saiznya dan kedudukan.
"
Sumber:Internet