. Media ..Faiq tengah belajar memanah.. Aku ke dapur untuk bersarapan dulu pagi itu.
Setelah penat semalaman menyiapkan assignment, aku memerlukan tenaga baru untuk hari ini.
"Maya, kelas sampai pukul berapa harini?" Soal ibu "Ten to two.
Why?" Soalku kembali.
"Ibu nak ajak Maya keluar harini.
Sekali dengan Mak Inah ni.
Kita pergi ziarah kubur papa.
Tapi since Maya ada kelas takpe lah.
Maybe next time.
" "Ouh okay ibu.
" Sambil tangan giat mengisi air kosong didalam botol, sempat aku meneguk beberapa teguk air milo panas.
Memang kaw kaw betul milo ni.
Lantas tanganku mencapai dua keping roti bakar dan 2biji cream puff.
Aku menuju ke arah wardrobe kasut untuk mengambil kasutku.
Setelah puas mencari, aku menyarungkan sepasang kasut adidas limited edition pemberian ibu.
Aku memakai jaket denim dipadankan dengan skinny jeans berwarna biru muda.
Sudah cukup perfect bagi aku.
Yang penting aku selesa.
Dengan susuk tubuhku yang tinggi lampai, pakai apa pun nampak menarik.
Yang penting, confident! Sebelum keluar, aku menyalami tangan ibu terlebih dahulu.
Tubuh kecik moleknya ku peluk dan ku cium dahinya.
Basikal didalam garaj aku tuntun keluar hingga ke pagar.
Ye basikal.
Semenjak peristiwa skuterku rosak tempoh hari, aku meminta ibu belikan basikal buatku.
Basikal berwarna pink persis anak jiran sebelah.
Korang jangan tuduh aku curi pulak.
--------------------------------------------- "Okay class.
See you on wednesday.
Don't forget to submit your assignment before 3pm today.
And don't forget your final exam is around the corner.
So, get ready guys.
" Ucap Madam Koo panjang.
"Madam.
May i ask you something?" Ucapku.
"Yes, you may Maya.
" "Err, pasal report before this, I dah submit last week.
Madam dah tengok?" "Yup Maya.
I dah tengok.
So far okay je.
I give you full mark.
And, don't forget to submit your assignment before 3pm today.
" "Thank you madam.
Okay.
" Ucapku pendek.
--------------------------------------------- Aku menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada untuk bersiar-siar di dalam kolej.
Madam Koo menamatkan kelas terlebih awal harini.
Jadi, aku ada banyak masa terluang sebelum pukul 2.
LAPANG SASAR MEMANAH.
Aku menuju kearah tempat tersebut.
Okay jugak lah tempat ni.
Aku sememangnya berminat dengan aktiviti lasak seperti ini.
Tiba-tiba aku ternampak pujaan hatiku.
Ya Allah Faiq!!! Dia tengah belajar memanah.
Tengah memanah pun handsome jugak dia ni.
Aku menyorok di sebalik tiang-tiang yang ada.
Aku segere mengeluarkan iphone6 dari poket.
Misiku kali ini untuk curi-curi ambil gambar dia.
Ahhh aku tak kira.
Aku mesti dapatkan jugak gambar dia.
Aku terus menekan butang kamera di skrin handphone ku.
Klik klik klik klik klik! 5 keping pon dah okay ni.
Yayy dah ada gambar Faiq.
Boleh tahan stalker jugak aku ni.
Kat mana ada Faiq mesti ada aku.
Adakah ini jodoh? Alangkah indahnya.
Aku perhatikan gambar Faiq di skrin handphone ku.
Kulitnya putih.
Bibirnya merah bak delima.
Cantik.
Matanya bundar dan berwarna hazel.
Lawanya.
Haih boleh gila bayang aku macam ni.
"You tengok apa tu? Boleh I join?" Sampuk seseorang.
"Eh, you.
Err takde lah I tengah main game ni.
" "Game apa? I rasa macam you tengah tengok gambar someone kan? Your boyfriend ke?" Soal Faiq.
Prangggggg! Tiba-tiba handphone ku terlepas dari tangan.
Ah macam mana boleh jatuh ni.
Ya Allah! Apasal boleh terpampang gambar Faiq pulak.
Malu.
Malu.
Malu.
Malu.
Malu besar aku kali ini.
Aduhh! Masak aku kali ni.
Mesti Faiq ingat aku stalk dia dari tadi.
"Maya, boleh I pinjam phone you kejap?" "Emm, yes sure.
" Lantas Faiq mencapai phone ku yang berada di atas lantai.
Dia menekan sesuatu di skrin.
Kemudian Faiq mengajak aku selfie bersama.
Aku mimpi ke ni?? Ku cubit lenganku.
Sakit!! Maknanya aku tak mimpilah.
Klik klik klik klik! "Maya you save tau gambar ni.
Jangan delete.
You ada pen?" "Ada.
Kejap I ambil.
You nak buat apa?" "Secret.
" Faiq menarik tanganku dan menulis sesuatu di tapak tanganku.
Aku tak pasti apa.
Tindakan Faiq membuatkan aku penasaran.
Ahhh Faiq! Kau memang buat aku gilakan kau.
"Ni number I.
Nanti you whatsapp gambar kita tadi.
Jangan lupa tau.
I have to go.
" "Okay.
I will.
" Bijak jugak si Faiq ni.
Dia tak guna cara kasar nak dapatkan number aku.
Tapi dia guna cara halus.
Memang betul-betul manfaatkan teknologi lah dia ni.
Aku tersenyum sendirian.
Hatiku berbunga riang.
Hubunganku dengan Faiq selangkah ke hadapan.
Apa salahnya kalau aku mulakan langkah pertama kan? Kalau ada typo maafkan I 😘😘 Nabyha Ahmad
Sumber:Internet