. Media ..Dary dengan pandangan sinis.. Aku memerhati sekeliling ku.
Pandanganku seolah-olah berada di awangan.
Kemudian muncul wajah salah seorang insan yang paling aku sayangi.
Papa! Dia tersenyum kearahku.
Aku bangun untuk memeluknya.
Namun tanganku ditepis olehnya.
Mulutnya seperti ingin memberitahu sesuatu.
Malangnya aku tidak dapat menangkap bait-bait ucapannya.
Kemudian, dia berjalan perlahan-lahan mahu meninggalkanku.
Tetapi langkahnya terhenti di satu sudut.
Dia menoleh kearahku dan datang memeluk aku kembali.
Baju putihnya dipenuhi darah.
Jelas aku nampak papa dalam kesakitan.
Tetapi dia masih lagi segak dan mampu tersenyum.
Dia memesan sesuatu kepadaku.
Maya... Papa sayang kamu, nak.
Papa nak tengok kamu berjaya.
Papa yakin pilihanmu suatu hari nanti tepat.
Usah hiraukan orang sekeliling.
Papa tahu kamu ada cita-cita yang tinggi.
Tempat ini akan menjadi titik permulaan kejayaan dalam hidup kamu.
Belum sempat aku membalas katanya, papa hilang dari pandanganku.
Ya, papa hilang!! Aku nampak dia di seret oleh seseorang.
Papaaaaaaaaaa!!! Pantas laju airmataku mengalir.
Rupa-rupanya aku bermimpi.
Tapi, apakah petanda tadi? Aku memerhati sekeliling.
Em, nampak macam studio.
Simple tapi cantik.
Tapi.
Tadi aku dekat kafe.
Emmm apa dah jadi? Aku mahu bangun, tetapi kepalaku tidak dapat diangkat.
Masih terasa sisa hentakkan tadi.
Oh, baru aku ingat.
Aku jatuh.
Dan, mat rock tu? Jadi ?? Di satu sudut khas, aku ternampak sepasang kekasih sedang asyik bercumbu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Aku cuba bangun lagi buat kali kedua.
Namun aku di halang oleh seseorang.
Aku pandang ke sisi kananku.
Mat rock? "Kau takyah lah bangun.
Kau masih sakit tu.
Aku dah panggil doktor tadi, dia kata takde apa-apa.
Cuma luka kecil.
" Ucapnya.
"Kenapa kau tangkap aku? Kenapa kau buat aku macam ni?" Kejap.
Tadi dekat kafe bukan main lembut lagi dia ni bahaskan diri I You dengan aku? Apasal berubah jadi kau aku? Pelik.
"Aku tak tangkap kau.
Kau yang jatuh lepastu pitam tepi jalan tadi.
Kau ingat kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang tepi jalan, kau boleh selamat?" "Tak.
Tapi mesti ada apa-apa.
Kenapa kau sanggup belanja aku makan tadi? Mesti kau nakkan balasan.
" "Kau jangan risau.
Aku takkan apa-apakan kau.
Kami bukan seperti yang kau fikirkan.
Aku takdelah nak jual kau dekat bapak ayam.
" "Habistu?" Pertanyaanku dibiar sepi.
"Dahlah, joshua.
You keluar dulu.
Biar I explain dekat dia.
Lagipun dia tengah sakit tu.
" Ucap perempuan yang bercumbu tadi.
Mamat punk rock yang digelar joshua menghilangkan diri disebalik pintu.
"Hai, I Anne.
Lelaki yang borak dengan you tadi tu Joshua.
You jangan risau, dia orang baik-baik.
Yang ni boyfriend I, Eric.
" "Hi.
I'm Eric.
" Sapanya "So.
Apa kaitan aku dengan korang? Aku tak faham.
" "You nampak signboard tu?" Tangan Anne menuding kearah satu signboard bertulis WIY.
"WIY?" "Yup.
WIY.
" "Apa benda tu?" "You memang betul-betul tak tahu ke, atau you memang buat-buat tak tahu?" "Aku memang taktahu dan taknak ambil tahu!".
Sumber:Internet