Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 1

. Jika orang bertanya pendapat aku, samada aku ini orang yang baik atau orang yang jahat, aku terpaksa memilih untuk tak menjawab.
Aku tau, 'baik' itu langsung bukan perkataan yang tepat untuk menggambarkan peribadi aku.
Takkan orang seperti aku ini, yang sentiasa meletakkan kepentingan diri aku sendiri sebelum hal ehwal orang lain, boleh di panggil orang baik?Seorang GRO nightclub yang kerjayanya melayan lelaki-lelaki, perempuan seperti aku saban hari di pandang hina, dan aku tak menyalahkan sesiapa.
Aku pasrah saja dengan susunan pemikiran masyarakat.
Dan lagipun, baik itu memang bukannya aku.
Tapi aku tak pernah membunuh, tak pernah merompak, dan aku juga ada belas bila melihat orang buta atau cacat menadah tangan untuk sesuap nasi.
Aku bukannya baik, itu betul.
Tapi jahat pun, aku rasa ... itu bukan aku juga.
Aku cuma ... aku.
Baik atau jahat bergantung kepada siapa kau dalam kehidupan aku.
"Daud, lambat betul Horlick ais you ni.
Lily dah nak mati haus sangat ni.
"Aku memang suka manja dan mengada-ngada dengan Daud.
Mungkin sebab dia sabar melayan.
Aku kenal dia sudah lama, sejak masa aku di sekolah menengah lagi.
Zaman aku masih polos.
Aku senior dan dia junior, jarak beza umur kami tak banyak, cuma setahun.
Mula-mula aku buat dia macam adik-adik saja; sebab dia comel, pendik dan telinganya capang macam Dopey dalam cerita Snow White.
Pakai uniform pengawas dengan songkok seketul di atas kepala dan di hantar ke sekolah setiap hari oleh kereta Audi mewah yang hitam berkilat.
Budak-budak lain cakap, ayah dia peniaga franchise restoren mee rebus yang berjaya dan kaya raya.
Tapi tak pernah sekali pun aku nampak ibubapanya ke sekolah walaupun untuk majlis penyampaian hadiah atau hari sukan.
ย Padahal setiap kali di hari penyampaian hadiah, Daud akan naik ke pentas mengambil hadiah.
Pada hari sukan, dia selalu ambil bahagian dan menang tempat teratas.
Mungkin orang-orang kaya tak punya masa untuk perkara-perkara remeh seperti itu.
Dan dia pun tak pernah tunjuk sikap seperti anak orang kaya yang serba serbi ada.
Dia langsung tak meninggi diri.
Kalau orang tak beritahu aku yang dia anak orang kaya, aku pun tak boleh nak agak.
Ketika dia di tingkatan tiga, aku tengah sibuk bercinta dengan Sam, budak Chindian senior tingkatan lima aku.
Jadi aku tak beri perhatian yang lebih kepada Daud.
Tapi bila Daud naik ke tingkatan empat, tiba-tiba dia jadi kacak.
Telinganya masih capang, tapi entah beras apa yang dia makan, sekelip mata dia berubah menjadi seorang lelaki yang mempersonakan.
Tinggi dan gagah.
Mula dari hari aku terkesima tenguk dia sudah bukan Dopey lagi, aku berhentikan sikap kakak-kakak aku dengan dia dan aku mula pandai mengusik dia.
Sam sudah pun out of the picture masa ini, dia sudah pun tamat sekolah.
Biasalah, cinta zaman sekolah adalah cinta monyet.
Bila masuk dunia dewasa, Sam jumpa gadis-gadis yang lebih up to date dari aku, jadi aku pun dengan senang dia lupakan.

Sumber:Internet