Gelap

Merpati 10

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 10

. Aku dengar kecuh-kecuh di ruang tamu, suara Mama dan Papa bercakap kuat sesama mereka di selangi dengan tangisan Mama.
Dan sesekali Dr.
Steve ikut bersuara dengan nada kebimbangan.
Seolah-olah ada peristiwa malang yang telah berlaku.
Aku raba pedih di bibir dan berfikir, siapakah yang lebih malang daripadaku hari ini?Aku ingin bangun melihat tetapi aku tak punya kudrat.
Kemudian Mama menangis-nangis masuk ke dalam bilik dan memeluk aku seraya merayu dengan teramat hiba ... "Indah, ampunkan dosa Boy.
Tolonglah, ampunkan Boy.
Dia dah tak ada, dia dah tak ada.
" Aku lantas terfikir, mimpikah ini? Terlalu cepat Tuhan kabulkan permintaanku.
Tak terkira banyaknya doaku mengharapkan kematian untuk Ghafar ketika dia cuma melihat aku di perkosa tanpa rasa belas.
Aku ingin bunuh dia kemudian hidupkan dia kembali kemudian aku ingin bunuh dia lagi dan berulang-ulang sehingga seribu kematiannya.
Begitu benci dan marahnya aku kepada dia.
I wanted him straight to hell, no return ticket.
Pada awalnya, mendengarkan jeritan kecewa Mama yang pertama sambil teringatkan kesungguhan dia ingin membuang Ghafar dari keluarga mereka dan menggantikannya dengan aku, aku fikirkan kakak Ghafar yang menemui malang.
Aku benar-benar yakin Mama menangisi Kak Saleha dan aku tak terfikir langsung ianya tangisan untuk Ghafar.
Rupanya, kasihnya untuk Ghafar masih utuh, cakap-cakapnya untuk menyisihkan lelaki jahat itu dari hidupnya cuma cakap-cakap marah dan rajuk seorang ibu.
Dan kemudian selepas merayu-rayu aku memaafkan Ghafar, Mama terjelepuk jatuh di atas ribaku.
Aku terkejut, perasaanku ketika itu bercampur-baur, dan berat Mama menyakitkan aku.
Secara spontan, apa yang ingin aku buat hanyalah untuk menolaknya dari terus menyakiti tapi wajahnya ... wajahnya menyentuh hati aku.
Aku biarkan sakit aku berkumpul, mungkin ianya cara aku cuba memujuk lara seorang ibu.
Walaupun sedikitpun aku tidak ada belas kasihan untuk anaknya.
Ghafar sudah mati dan itu satu kemenangan buat aku.
Walaupun kemenangan ini tak memberi erti padaku.
Yang aku hilang, takkan aku dapat kembali hingga bila-bila pun.
Sejurus kemudian, Dr.
Steve pula meluru masuk di ikuti oleh Papa yang sedang bercakap dengan seseorang di telefon.
Muka Papa gelap dan muram, dan muramnya bertukar menjadi takut apabila melihat isterinya tersadai tidak bermaya di atas tubuhku.
Serta merta mereka kemudian mengalihkan badan Mama dari terus menghempap aku.
"Encik bawa isteri keluar, dia mungkin pengsan mungkin kerana terlalu terkejut.
Baringkan dia dan letak kaki dia atas bantal.
Pakaian dia tolong longgarkan.
" Papa memangku Mama dengan kemas dan membawa dia keluar dari bilikku.
Tinggal aku dan Dr.
Steve berdua.
"Are you okay?" Soalnya dengan berhati-hati.
Aku cuma memandangnya tanpa menjawab.
"Are you OKAY? Sedikit tegas dia menyoal balik, dan entah mengapa aku merasa kecil hati.
Terasa hangat di hujung mataku di basahi setitis airmata.
"Please, please don't cry.
I'm sorry.
" Dia tepuk kepalaku seolah-olah aku anak kecil yang sedang merajuk.
"Doktor cuma mau tau awak okay atau tidak.
" Kedut banyak di dahinya menunjukkan dia benar-benar risau dengan keadaan aku, dia tak berpura-pura.
"Ghafar suami awak?" Aku anggukkan kepala.
"Ini semua ..." dia tunjukkan pada lebam pada bibir dan tangan aku.
"... suami awak yang buat?" Aku angguk lagi.
"Nombor telefon doktor, mana?" Aku hulur dan buka genggaman tanganku dan tunjukkan kertas yang bergumpal di telapak tangan.

Sumber:Internet