Gelap

Merpati 11

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 11

. "Semalam Nenda bermimpi Indah di pukul orang ..." Aku menelan air liur.
Aku tak faham, sumpahan apakah menyebabkan kami sekeluarga asyik di ganggu mimpi-mimpi.
Dan mimpi Nenda kali itu menyusahkan aku.
Aku kena jaga hati dia, kena jaga hati aku, kena jaga segalanya.
"Mak, macam mana Mak mimpi, tidur pun tak.
" "Iya, Mak tutup mata asyik terbayang Indah kena pukul dengan orang ..." "Indah jatuh, Nenda.
" Dia menghulurkan sehelai lipatan kain putih kepadaku.
Yang menyambutnya Uda, dia buka lipatan kain itu dan di kibaskannya.
Sehelai selendang putih.
Di pakainya ke atas kepalaku, membiarkan hujung selendang jatuh lepas ke bawah bahu.
Nenda mengusap muka aku.
Juntaian rambutku di selit ke tepi telinga dengan rapi dan menyilang hujung selendang ke dua bahuku.
"Mimpi Nenda tak macam mimpi, macam betul.
" Aku abaikan.
Uda juga, dia cuma memandang aku sesaat dengan ekor matanya.
Aku tau dia takut aku terkesan dengan kata-kata Nenda.
Memang aku terkesan.
Jujur, aku cuma ingin menangis dan mengiyakan kata-kata Nenda supaya beban rahsia yang tergalas di bahuku terlerai.
Tapi aku nampak kerisauan yang keterlaluan di air muka Nenda.
Aku tak sampai hati.
Apa yang dia tidak tahu tak akan boleh menyakitinya.
Neraka aku biarlah aku saja yang menanggungnya.
"Sungguh macam betul mimpi Nenda.
" Dia masih mengulanginya.
"Nenda ..." aku cuba meyakinkannya.
"Indah jatuh.
Indah berdiri atas bangku mencari biskut yang dia ...." tekakku kembang terpaksa bercakap tentang Ghafar.
"... arwah, dia simpan di tempat tinggi ..." Nenek memeluk aku.
"Ya, sudah ... sudah.
Nenda percaya.
Tak payah cakap apa-apa dah.
" Di usap-usap belakangku dengan manja.
"Tak tau kenapa Nenda nak kalut dengan mimpi.
Mainan tidur.
" Aku di dudukkan bersandarkan dua biji bantal di atas katil.
Sepanjang pagi membawa ke tengahari kami menunggu mayat, kadang kala Mama keluar masuk membawa saudara mara rapat yang ingin mengucapkan takziah kepadaku.
Terpaksa aku terima kata-kata simpati dari mereka dengan wajah yang berpura-pura sedang berkabung.
Aku banyak diam membisu dan itu memaksa mereka tidak berlama-lama bersama aku.
Pukul 3 petang barulah mayat Ghafar sampai ke rumah.
Orang yang menziarah sudah tak terlalu ramai, tetapi aku di beritahu ada pemberita akhbar yang datang untuk membuat liputan.
Bahkan, dari sosek-sosek saudara mara, kematian Ghafar telah pun di siarkan di siaran berita di layar tv dan internet.
Aku di bawa duduk di luar, ada saudara mara yang menyuruh aku duduk di sisi jenazah.
Tapi Mama bertegas dan lantang memarahi mereka, suaranya yang kuat terdengar serak mungkin sebab banyak menangis.
"Sudah, jangan serabutkan menantu aku.
Biarkan dia duduk di mana-mana yang dia suka, jangan sibuk-sibuk nak arah-arahkan dia.
" Aku bersimpuh di tepi almari perhiasan dan pinggan mangkuk Mama di temani Uda.
Seseorang menghulurkan aku Surah Yasin, lalu aku buka dan pura-pura membaca.
Aku? Menghadiahkan bacaan ayat suci kepada Ghafar? Sedekahkan pahala supaya dia lebih tenang di Sana? Itu tak mungkin sehingga hari kiamat.
Aku ingin dia membayar hutangnya dengan aku di dunia itu.
Dan kemudiannya aku langsung tak cuba pun untuk berpura-pura.
Aku cuma duduk memandang jenazah dan menyumpahnya di dalam hati.
"Indah tabah kan?" Tiba-tiba Uda menyoal perlahan sambil jarinya mengusap lebam di tepi bibirku.
Aku anggukkan kepala dan selendang di atas kepalaku jatuh melorot ke bahu.
Dia mengangkat dan kembalikan kain itu semula menutup kepalaku.
"Jangan risau.
Uda dengan Nenda masih ada, kami akan jaga Indah.
"
Sumber:Internet