Gelap

Merpati 12

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 12

. Dan bagaimana aku tau? Di waktu tidur aku di bermimpi berjumpa seorang lelaki tua yang menghulurkan tangannya memberikan aku sesuatu.
Aku tolak dan ingin berpaling pergi, kerana takut melihat anak matanya yang terlalu anih bercahaya.
Tapi dia menarik tanganku dan letakkan benda itu di atas kedua-dua telapak tanganku.
Kemudian orang tua itu berjalan pergi tinggalkan aku terpinga-pinga keseorangan.
Aku kemudian lihat ada serangga-serangga kecil berterbangan menghurung tanganku Sarang lebah! Aku menjerit ketakutan dan menjatuhkannya, habis pecah berderai semuanya.
Lebah-lebah terus menjadi garang, mereka terbang mengerumuni dan menggigit-gigit perutku.
Aku terbangun dan ianya terasa sangat pelik.
Suara-suara yang aku dengar seringkali memujuk aku dengan gurindam, tiada.
Langsung tiada.
Aku cuma dengar kesunyian ... Dan degupan jantung yang bukan dari aku, tapi dari dalam perut aku.
Ketika itulah aku tahu.
Seperti halalintar menghentam, aku rasa seolah aku tergelincir ke dalam lubang yang dalam.
Seperti Alice dalam cerita Alice in Wonderland yang aku pernah lihat dalam filem.
Aku jatuh, jatuh dan jatuh.
Semakin lama semakin dalam.
Dan satu persatu, rupa tiga lelaki yang telah merogol aku menjelma di depan mataku berulang-ulang kali.
Ketakutan yang sama ketika aku di dalam bilik ketika maruahku di cerobohi datang kembali.
Ketakutan dan kemarahan bergabung dan menarik nafas dari anak tekak.
"Bunuh saja aku.
Aku tak nak hidup lagi.
Biarlah aku mati.
Biarlah aku mati.
" Dan kemudian tiba-tiba aku berhenti jatuh.
Semuanya menjadi sangat jelas.
Aku tahu apa yang PERLU aku lakukan, apa yang HARUS aku lakukan dan apa yang MESTI aku lakukan.
Kesedaran itu terlalu benderang hinggakan aku tersilau dengan kebenaran yang terbentang di depan mataku.
Aku keluarkan telefon bimbit, aku cas baterinya.
Aku tarik beg pakaian aku dari dalam almari, pakaian yang di lipat di dalamnya sudah Uda susun cantik-cantik di dalam laci.
Aku masukkan tanganku ke dalam poket luar beg itu dengan dada yang berdebar-debar.
Leganya bila jariku tersentuh benda yang ku cari, aku tarik kertas itu keluar.
Nombor telefon Dr.
Steve, aku perlukan nombor telefonnya.
Aku lipat kertas itu dengan hati-hati, aku letakkan di dalam laci almari paling bawah bersama-sama pakaian dalam.
Uda jarang membuka laci yang paling bawah, itu tempat yang paling selamat.
Aku buka pintu bilik, menjenguk.
Nenda sedang menyapu sampah di luar, Uda pula sedang sibuk di dapur.
Mataku meliar mencari, dan aku nampak beg tangan lusuh Nenda di tepi mesin jahit.
Aku berjalan keluar perlahan, hampir berjengkit.
Rasa bersalah, tapi aku tau ianya harus di lakukan.
Duit yang Mama berikan masih tersimpan dalam sampul surat, di dalam saku tengah yang zip nya sudah aku tarik perlahan.
Aku tarik empat keping not lima puluh ringgit dan berjalan masuk kembali ke dalam bilik.
Aku sudah jadi pencuri tapi hidup perlu ada wang.
Masalah aku ini puncanya wang.
Atau lebih tepat ketiadaan wang.
Tiada duit untuk membayar sewa membuatkan aku terjerumus dalam perkahwinan yang kotor bersama Ghafar.
Dan lagipun Mama kata duit ini untuk aku.
Secara teknikalnya, duit ini aku yang punya.
Kembali ke dalam bilik, duit yang aku curi itu di simpan bersama kertas di dalam laci dan kemudian aku membuka baju.
Aku harus bersihkan basuh rambut dan mandi.
Aku belai perutku, kadangkala mencengkamnya kuat.
Perut aku masih kempis, langsung tak ada tanda apa-apa pun.
Kalau dia di lahirkan, adakah dia lelaki atau perempuan? Adakah Mama akan benarkan dia ber bin atau ber binti Ghafar? Jika dia lelaki, adakah dia akan mengikut perangai binatang ayahnya? Dan jika dia perempuan, siapa yang akan mewalikan dia nanti, bila dia ingin kahwin? Apa yang aku akan beritahu dia? Dia akan mendapat nasib yang serupa dengan aku, menjadi perempuan yang tidak punya ayah.

Sumber:Internet