. 'Okay, I will call you now.
' Hampir sepuluh minit aku menunggu ( sepuluh minit yang terasa sangat lama) barulah mesej berbalas.
Dan tak sampai pun sepuluh saat selepas mesej itu, dia sudah di hujung talian bertanyakan khabar.
"Indah sudah sihat? Tadi awak call, sorry, doktor ada kerja.
" "Saya pregnant, doktor.
" Aku jujur memberitahu.
Aku malas cakap berpusing-pusing untuk kebenaran yang semudah itu.
"That's not good news?" Soalnya.
Aku diam, tak ingin menjawab.
Meski aku sedang kandungkan anak halal sekalipun, kalau bapanya sudah arwah, mungkinkah ianya good news? Ianya tetap seorang bayi yang tanpa ayah, seperti aku.
"Okay, awak di mana? Boleh datang ke klinik saya, kita boleh buat ujian kehamilan? Klinik saya di Bangsar, boleh datang sini?" Bagaimana untuk di jawab soalan itu? Aku nak ke sana dengan apa? Dengan bas aku tak pandai, dengan teksi aku tak pasti aku cukup duit.
Nak gunakan khidmat Grab, aku tak pernah cuba.
Aku dengar Doktor Steve mengeluarkan nafas dengan kuat seolah mengeluh tidak sabar dengan aku yang berkali-kali tidak menjawab.
"Awak sekarang di mana?" "Kelang.
" Jawapan yang mudah untuk soalan yang mudah.
"Kelang agak jauh juga.
Tak apa, awak text saya alamat, nanti saya datang.
Wait until I arrive, understand? Jangan pergi mana-mana, tunggu saya.
Just wait.
" Nada suaranya seolah-olah aku ini seorang budak kecil yang punya daya kefahaman yang rendah, berulang-ulang kali dia berikan arahan dengan sebutan yang jelas.
Dan itu membuatkan aku rasa senang, entah mengapa.
"Okay, saya tunggu.
" Talian di matikan, dan aku hantar alamat kepadanya.
Aku terangkan sedikit tentang kedudukan restoren itu yang agak tersorok dan sebagai jawapan dia cuma jawab 'tunggu'.
Seolah-olah aku ada ada banyak lagi tempat untuk di tuju selain menunggu dia.
Seperti aku akan lari ke tempat lain, padahal dia lah satu-satunya harapan aku.
Lama aku menunggu, hampir satu setengah jam, baru lah dia menelefon aku lagi.
"Saya parking di depan pintu McD, mahu bercakap dalam sana atau dalam kereta saja?" "Dalam kereta.
Saya turun.
" "Audi kelabu.
" Ada sedikit rasa segan bersarang di dalam hati ketika membuka pintu keretanya.
Di kalahkan lelaki, dan terpaksa juga mengharapkan lelaki.
Tapi, aku pujuk hatiku, Dr Steve lain, dia lain.
Dia akan membantu.
Keretanya seperti dia juga.
Kemas dan bersih.
Haruman bunga yang tak begitu kuat tetapi cukup.
Terdapat dua, tiga biji buku tebal bersusun di atas tempat duduk belakang.
Tergantung dari cermin depan, gambar bersaiz kecil seorang kanak-kanak perempuan.
Pertama kali aku menaiki kereta yang mewah, empuk kerusi kulit memang berbeza dengan kerusi kereta murahan.
"Sudah makan?" Aku angguk.
"Kita pusing-pusing saja dalam kereta, awak takut orang nampak, kan?" Aku geleng kepala.
Setakat cakap-cakap orang, aku tak peduli.
Aku ada masalah yang lebih besar dari merisaukan umpatan mereka-mereka yang tak pernah memberi aku makan.
"Brave girl.
Tapi saya tak begitu berani.
Nanti orang tenguk lelaki Cina tua kidnap perempuan Melayu muda, mati saya kena hentam.
" Dia tergelak kecil, lucu dengan lawaknya sendiri.
Bila dia lihat aku tidak memberikan reaksi, dia menyambung, "Okay, cerita dengan doktor, apa sudah jadi?" "Saya pregnant.
" "You told me already.
Jadi apa masalahnya? Awak tak mau ini baby?" Aku diam tak menjawab.
Sumber:Internet