. Dan jika ianya bukan pun cinta, ia tetap cukup untuk aku.
Kerana apa yang ku rasa itu sangat berlainan dari segala bentuk perasaan yang pernah menjentik hatiku selama ini.
Terasa seolah-olah di sepanjang hidupku yang serba celaru, dia lah yang aku nantikan.
Cahaya di hujung lorong gelap yang aku cari selama ini, cahaya itu dia.
Syed Adonis.
Dia bagai sedang menampal kekosongan yang aku sendiri tak pernah tahu wujud dalam hidup aku.
Dalam beribu-ribu lelaki yang pernah di temui, cuma dia seorang yang terasa istimewa.
Apa yang aku kehendaki dari dia, cumalah untuk dia berada di depan mata ini.
Sangat mengkhayalkan perasaan itu.
"Indah, you rasa tak apa yang I rasa?" "Hmm?" Gugup telah menelan suaraku.
"I rasa macam I dah kenal you lama.
Macam semua ni ..." dia pusing jari telunjuknya merujuk kepada sekeliling cigar room, "... dan sekarang ini, semuanya macam dejavu.
Macam kita pernah bertemu di masa lalu, di bilik ini dan bercakap seperti ini.
Macam drama yang di ulang tayang ..." Kasih sayang dia memandang aku,Cinta sayang dia melihat aku.
Dengan berkat La illaha il laullah,Muhamad ar Rasullullah.
Kalimah-kalimah itu bersenandung, mengkhayalkan aku.
"Do you feel it too?" "Cigar Room ni memang dejavu, Syed.
" Aku ketawa perlahan, menyilangkan kaki.
Terasa berbelah bahagi, aku ingin menjadi Indah untuknya tetapi aku rasa lebih yakin sebagai Lily.
And Lily won.
"Semua yang I lakukan, now here with you, memang dejavu, cuma bukan dengan you.
Dengan orang lain.
Kita boleh terus pura-pura, tapi the fact stays, you are paying me to be here.
Bilik ni bukannya pertama kali untuk I.
You're not the first.
" Aku tak pasti mengapa, tapi ketika itu aku ada keinginan mendesak untuk menyakitkan hatinya.
Benarlah seperti kata orang, cinta itu perasaan yang celaru.
Tapi dengan cepat aku rasa menyesal kerana Syed menutup mata seolah terlalu sakit dengan apa yang aku katakan.
Dan hati aku turut menjadi sakit! "Siapa yang paling sayangkan you, Indah?" "Excuse me?" Tak pernah aku di tanya soalan seperti itu.
Dr.
Steve seringkali tanya aku ... who do you love the most, Lily? And aku selalu menjawab ... "You, because you saved me.
" Tapi Syed, dia tanyakan soalan yang sukar untuk di jawab.
Siapa yang paling sayangkan aku? Nenda, itu sudah pasti.
Kasih sayangnya melimpah ruah terhadap aku.
Tapi Nenda tak kenal Lily.
Dia cuma kenal Indah.
"Mak ayah you?" "I tak ada mak bapak.
I yatim piatu.
" Selesa saja jawapan jujur itu keluar dari bibirku.
Jawapan yang terus dari hati tanpa perlu penipuan untuk bermain dengan perasaannya seperti setiap kali aku lakukan dengan lelaki lain dalam dunia Lily.
"I pun dah tak ada bapak.
Tapi I ada mak.
Nak kongsi mak dengan I?" Dan kemudian dia ketawa, dia tarik dan genggam tanganku kuat.
Aku turut gelak, cuma membenarkan.
Tadi sebenarnya aku rasa jengkel, kerana rasa di permainkan.
Berkongsi emak dengannya?? Permainan apakah ini? Aku lebih rela berhadapan dengan kebenaran kejam dari lelaki-lelaki yang cuma ingin membeli aku, dari berhadapan dengan Syed yang seperti sedang cuba mencuri hati.
Sumber:Internet