Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear โš™ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple (๏ฃฟ) > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 2

. "Mazlan.
"Raut wajah Daud terus berubah menjadi tegang.
Daud bencikan Mazlan sejak dari sekolah lagi.
Sejak Mazlan dan Ripin letak ubat khayal dalam minuman Daud dalam usaha untuk meraba tegap ototnya.
Rancangan mereka tak berjaya kerana aku.
Mereka beli ubat untuk di buat spike minuman itu dari Jamal di sekolah bersebelahan, itu lah silap mereka.
Kerana Jamal adalah teman lelaki kepada rakan baik aku ketika aku, Zell, dan akhirnya rancangan pondan-pondan itu aku dapat hidu.
Mereka ceritakan niat busuk mereka kepada Jamal, Jamal ceritakan kepada Zell dan Zell pula cerita kepada aku.
Dan aku terus beri amaran kepada Daud.
"Hidup lagi mak nyah tu?""Bukan setakat hidup, tapi dah seratus peratus Marina.
""Marina?" "Dia dah jadi perempuan.
""Oh.
" "Dia kirim salam kat you, Daud.
""Kau simpan je salam dia.
Aku tak ingin.
"Mimik mukanya hambar.
Masih bersisa amarahnya bekas masa lalu.
"Tak baik lah you ni, dia pun manusia jugak.
" Aku cuba kendurkan tegang suasana.
Daud melontarkan sebuah keluahan.
"Aku bukannya bencikan kejadian dia.
Ramai nyah datang makan minum kat sini, aku tak anggap pun aku lagi baik daripada dia orang.
Yang aku benci perangai buruk dia dengan Ripin.
Susah payah usaha nak rosakkan aku, padahal aku tak pernah ejek-ejek dia orang macam budak-budak lain.
Pernah ke kau tenguk aku cemuh dia orang dulu?" Dia baling soalan itu kepada aku.
Aku gelengkan kepala.
"Aku tak report cikgu pun kan?" Dia soal aku lagi.
Aku anggukkan kepala, bersetuju.
Aku masih ingat ketakutan Mazlan dan Ripin selama berminggu-minggu, menunggu di panggil gurubesar.
Tapi, Daud baik hati, dia diamkan dan simpan marahnya di dalam hati.
Mungkin juga sebab dia rasa malu dia terlibat dalam perkara seperti itu.
"Sanggup dia nak buat benda tak senonoh kat aku.
" Dia mengigilkan badan, tanda dia geli geleman.
"Kalau kau yang goda aku, itu lainlah ..."Ah, dia masih ingat ciuman itu.
"Teruk betul perangai dia dengan Ripin tu, aku takkan maafkan sampai bila-bila.
""Ripin dah arwah.
"Terus dia diam, ketara sangat dia terkejut.
Aku pun diam.
Kematian adalah satu tragedi, walaupun si mati adalah orang kita paling benci.
Aku sendiripun diam terkejut bila MazlanMarina beritahu aku mengenai kematian Ripin dengan suara hibanya yang di iringi bising lagu Ariana Grande dalam kelab malam masa itu.
Takkan aku boleh tak terkejut, sama-sama mekar dari 13 tahun hingga 17 tahun, kena rotan guru disiplin yang sama, di simbah air dan di baling tepung setiap harijadi, berebut jantan sama-sama dan pengakhiran dia ketika dia cuma berumur 21 tahun? Dan mereka kata 21 tahun adalah umur keramat bila seseorang benar-benar mulai dewasa.
Kesian, perjalanan hidup dewasa arwah Ripin terlalu singkat.
Life is so fragile.
"Innalillahiwainnalillahirajiun.
" Daud akhirnya terjumpa suaranya kembali.
"Bila?""Dah lama, kita je yang tak tau menahu.
""Sakit apa?""Dia kena pukul sebab ... Ripin tu you tau lah mulut dia kan laser, kerjanya nak mengutukย  orang je dulu kan ... orang pun sekarang makin gila, berebut tembikai pun boleh membunuh ... well, itu lah, dia mati kena pukul.
"Matanya cuma memandang aku tidak berkelip.
Just letting my words sink in his head.
"Kalau aku tak pandai sabar, masa dia tingkatan lima dulu lagi aku dah pukul dia sampai mati.
"
Sumber:Internet