Gelap

Merpati 20

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Merpati 20

. Air susu itu terasa panas di dalam perut.
Seolah suamnya bukan semakin sejuk malah semakin naik suhunya.
Minumlah wahai anak, aku berkata-kata di dalam hati.
Ini perkara pertama yang aku buat khas untuk dia, sebaknya terasa.
Susu ini untuk kau.
Kau sebenarnya tak bersalah langsung ...Terngiang pula masa itu lagu Queen yang selalu di nyanyikan Sam ketika di sekolah.
Lagu itu memang menjadi kegemaran pelajar-pelajar lelaki yang lebih banyak hormon berontak mereka.
Dan aku pun akan turut menyanyi bersama-sama mereka, hingga sudah ku hafal liriknya.
Mama, just killed a man.
Put a gun against his head, pulled the trigger now he's dead ..."Girl?" Ujar Dr.
Stephan dengan perlahan.
"Awak mau simpan ini baby?"Aku letakkan gelas yang sudah kosong di atas meja dan bangun, tanganku memegang perut.
Perut aku masih tak nampak apa-apa tanda pun tapi aku self concious dan datang ke klinik memakai baju kembang hingga ke buku lali.
Untuk menutup cela, kononnya.
Aku mengusap perut perlahan-lahan.
"Girl?" Soalnya kembali.
Aku tala pandanganku ke luar tingkap, terpandang refleksi sendiri.
Me staring back at myself.
Aku nampak seorang yang terpaksa menjadi kuat walau apapun keputusan yang terpaksa di ambil.
Di telan mati mak, di luah mati bapak.
Dan apa-apa pun keputusannya, aku tetap seorang anak yatim piatu yang terpaksa hadapi semua ini keseorangan.
Kemudian aku pandang kembali kepada doktor yang bertanya ..."Saya tak mau simpan.
"Dia angguk-anggukkan kepala, sambil menggaru dahinya yang sudah kelihatan sedikit botak.
"I understand ...""Saya takkan jadi emak yang baik ..."Ketika itu aku ada perasaan kesian, tetapi terlalu sedikit berbanding dengan benci aku terhadap ayahnya.
Aku berikan susu untuknya, sebagai tanda aku juga memikul tanggungjawab membenarkan semua ini berlaku.
Aku sepatutnya lebih melawan, aku sepatutnya menjerit lebih kuat, aku sepatutnya ... entah ... aku mungkin sepatutnya terjun dari tingkap sebelum mereka menyentuh aku ... mati pun lebih baik dari terpaksa menerima apa yang mereka telah lakukan ..."Duduk.
" Kata doktor, lalu aku duduk.
Dan di hulurkan aku pil itu sekali lagi.
"Saya tak mau ulang-ulang tanya lagi.
Saya rasa you sudah make up your mind.
"Doktor itu tidak mahu, aku memang pasti tapi rasa bersalah itu menghenyak jiwa dengan sangat parah.
BismillahirahmanirrahimRuh wujud badanAir nafas darah bersatuSemua menjadi paduKasih menjadi satuBerkat nama Allah Maha Pengasih Berulang-ulang di telingaku, seolah bisikan itu memujuk aku.
Memberi aku kekuatan, dan membuat aku yakin.
Wahai nyawa, aku terpaksa, aku terpaksa.
Jangan salahkan aku, aku tak cukup rasa belas untuk membela darah daging orang yang aku terlalu benci.
Mama, I don't wanna die, I sometimes wish I have never been born at all ...Terlalu jelas apa yang aku harus lakukan.
Aku telan pill itu bersama air mineral yang di beri doktor.
Tanpa sedikit rasa ragu-ragu pun di dalam hati.
Dan aku rasa bilik klinik seolah sudah bertukar menjadi sebuah bilik mayat, dinding putihnya memancar terang menyilau mataku.
"Dengar baik-baik.
Ini pill awak makan lepas balik di rumah.
Pill yang tadi awak makan akan ..." dia tepuk lengan aku sedikit, seakan memujuk kemudian menyambung "hentikan pembesaran janin ..."Membunuh maksudnya, fikirku ketika itu.
Aku sedang membunuh keturunan seorang lelaki yang buruk perangainya.
Mengapa aku perlu gusar? Aku sedang membuat perkara yang betul.

Sumber:Internet